Selasa, 25 Mac 2014

Kandungan Kuliah Interaktif

Hari ini saya berpeluang mengikuti bengkel Kandungan Kuliah Interaktif oleh Pusat TM-UPSI dan mempelajari beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk menyokong pembelajaran maya.

blendspace
Aplikasi percuma ini boleh disertai dengan akaun Google, Facebook atau akaun baharu.
Media yang terdapat banyaknya di internet boleh digabungjalin (blend) untuk mencapai objektif pembelajaran.

padlet
Aplikasi percuma ini boleh disertai dengan akaun Google, Facebook atau akaun baharu.
Konsep padlet ini ialah seperti satu papan putih.
Peserta dalam sesi padlet boleh meletakkan apa jua yang mereka ingin kongsikan pada padlet.
Aplikasi ini juga boleh diintegrasikan dalam blendspace di atas.
Saya dapati aplikasi ini tidak dapat dibuka dengan Chrome di Mac OS.

prezi
Prezi boleh dikatakan aplikasi persembahan slaid yang lebih menarik berbanding power point dan keynote.
Namun begitu, untuk versi percuma hanya membataskan pengguna menyunting slaid secara dalam talian sahaja.

polleverywhere
Aplikasi ini adalah yang paling saya sukai.
Aplikasi ini membolehkan pelajar mengundi/memberi pendapat seperti padlet.
Tetapi kelebihannya terletak pada carta undian yang membolehkan pelajar memberikan jawapan dalam masa nyata menggunakan telefon pintar masing-masing atau SMS.
Aplikasi ini boleh digabungkan dalam teknik instruksi rakan sebaya.
Namun begitu, versi percuma terbatas kepada 40 maklum balas sahaja.

screen-o-matic
Aplikasi ini membolehkan apa jua yang dipaparkan pada skrin komputer direkodkan. Kelebihannya ialah, jika komputer dilengkapi kamera, skrin kecil pengguna boleh berada dalam skrin yang direkodkan.
Versi percuma hanya terhad tempoh rakaman 15 minit dan watermark screen-o-matic akan ada pada video.

Kesemua aplikasi di atas memerlukan capaian internet.
Dengan keupayaan internet yang terbatas, dikhuatiri sesi pengajaran dan pembelajaran terbantut akibat masalah teknikal. Aplikasi-aplikasi ini boleh menjadi alternatif penyampaian kursus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...