Jumaat, 24 Disember 2010

Nisab Zakat Emas

Aku ada hantar email kepada Lembaga Zakat Selangor mengenai pengiraan zakat emas. Sekarang ini pelaburan emas memang semakin menjadi-jadi hotnya. Alhamdulillah email dijawab dengan memuaskan dan mudah difahami. Syabbas LZS. Aku memang bulan-bulan ada buat potongan gaji untuk zakat pendapatan ke LZS. InsyaAllah berkat.......

Emailnya seperti berikut:-
From: "Shahrul Kadri" <xxxx@es.hokudai.ac.jp>
To: <callcentre@e-zakat.com.my>
Date: Tue, 7 Dec 2010 15:29:04 +0900
Subject: Zakat Emas

Assalaamualaikum wbt,

Syabbas ke atas laman web yang sangat informatif dan menarik.

Saya Shahrul Kadri bin Ayop

Saya ingin bertanya mengenai zakat emas,.

Saya ada memiliki beberapa keping syiling emas untuk simpanan keluarga.


Melalui laman web tuan, Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

Adakah ia dikira 85 g utk setiap individu dalam satu keluarga? Atau satu keluarga nisab emas simpanan ialah 85 g?

Sebagai contoh, saya dan isteri sama-sama memiliki sejumlah 100 g emas secara pemilikan bersama. Adakah diwajibkan berzakat?

Sekiranya, saya memiliki 90 gram, dan isteri 10 gram secara pemilikan berasingan. Adakah diwajibkan berzakat bagi bahagian saya sahaja?


Terima kasih atas masa yang diluangkan.

Wassalam

-------------------------------------------------

 Jawapannya



From: Mohammad Farid Bin Mohd Zainal [mailto:xxxxx@e-zakat.com.my]
Sent: Thursday, December 23, 2010 4:40 PM
To: LZS Call Centre; xxxxx@es.hokudai.ac.jp
Subject: Re: Fwd: Zakat Emas


Waalaikumsalam wrt wbt.

Terima kasih kepada En. Shahrul yg sudi mengunjungi Portal kami dan mendapatkan maklumat2 berkaitan zakat, walaupun berada jauh di seberang laut.


Sebelum menjawab persoalan En. Shahrul, suka saya menerangkan serba sedikit berkaitan beberapa hukum tentang zakat. Di antara syarat wajib zakat adalah Milik Sempurna. Milik sempurna bermaksud, seseorang itu mempunyai kuasa untuk menggunakan dan mengawal harta miliknya, tanpa campurtangan pihak lain.


Pemilikan juga mempunyai beberapa kategori, di sini saya hanya inginkan mengemukakan 2 jenis pemilikan sahaja iaitu :

1. Pemilikan individu

2. Pemilikan secara bersama (Musyarakah)


Asas ini penting bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh En. Shahrul.


Sekiranya pemilikan emas yg disimpan oleh keluarga En Shahrul adalah dalam kategori 1/individu (En. Shahrul memiliki 90 gram & isteri 10 gram) maka zakat hanya diwajibkan atas En. Shahrul yg mempunyai nilai emas melebihi Nisab (85 gram emas). Zakatnya adalah (90 gram x harga emas semasa) x 2.5 %.

Adapun isteri En. Shahrul tidak diwajibkan zakat kerana pemilikannya tidak melebihi nisab.


Sebaliknya, sekiranya pemilikan itu adalah kategori 2/ pemilikan bersama (perkongsian), iaitu En shahrul berkongsi dengan isteri untuk membeli emas sebanyak 100 gram, dengan nisbah 90-10 (atau apa jua nisbah dan cara perkongsian), maka zakat dikenakan ke atas perkongsian harta tersebut. Zakatnya adalah (100 gram x harga emas semasa) x 2.5 %.


Semoga penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada En. Shahrul dengan sebaiknya.


Wallahu A'lam Bissowab.

Sekian.

Wassalamualikum wrt wbt.



Mohd. Farid Mohd. Zainal

Ketua Unit Penyelidikan Syariah

Bahagian R&D

LZS (MAIS)

Rabu, 22 Disember 2010

rekod dividen 1993-2010

Kali ini biar aku berbicara pasal kewangan pula. Cheewah!
Semalam dividen dan bonus ASB di umumkan. Aku pun terfikir untuk tengok corak keuntungan pelaburan yang biasa orang buat iaitu ASB, Tabung Haji dan terkini orang sudah sibuk untuk melabur dalam emas. Aku cari maklumat-maklumat keuntungan dari tahun 1993 sehingga 2010. Hasilnya adalah seperti graf berikut

Prosedur memplot graf
1) ASB, KWSP, LTH dan inflasi mengikut paksi hitam sebelah kiri.
2) Peratus kenaikan harga purata tahunan Emas ikut paksi oren sebelah kanan.
3) Untuk ASB, aku bagi pemberat 0.1 untuk bonus sebab bonus dikira sebagai nilai simpanan terendah bagi setiap bulan bahagi dengan 120 bulan. Kemudian, aku tolak siap-siap dengan zakat 2.5%. Jadi,
kadar efektif keuntungan ASB setahun = dividen + 0.1*bonus - 2.5%
4) Untuk KWSP, aku tak tolak zakat, sebabnya duit itu bukan sempurna lagi milik kita.
5) Untuk Emas, aku dah siap-siap tolak zakat 2.5%,  kira macam ni
keuntungan = (purata harga dalam tahun semasa - purata harga dalam tahun sebelumnya)/purata harga dalam tahun sebelumnya*100% - 2.5%

Analisis dan pendapat aku
1) Keuntungan ASB, KWSP dan LTH lebih kurang sama sahaja dan mengikut corak yang hampir sama. Kalau kita masuk dalam LTH, tak perlu fikir untuk pengiraan zakat yang berasingan. Hassle free! :)
2) Nampaknya, peratus keuntungan ASB, KWSP dan LTH semakin merosot sedikit demi sedikit, tahun demi tahun. Ya! Mari pelbagaikan portfolio.
3) Kadar inflasi mencanak naik pada tahun 1998 dan 2008 menjadikan keuntungan pelaburan dimakan oleh peratus inflasi yang tinggi. Kita maklum tahun-tahun tersebut ialah dimana berlakunya masalah ekonomi global. Adakah ia akan berulang lagi pada 2018?
4) Keuntungan efektif ASB, KWSP dan LTH secara puratanya melebihi kadar inflasi pada purata lebihan 3% setiap tahun. Jadi selamatlah orang yang melabur, rugilah orang yang boros.
5) Emas tidak memberikan peratus keuntungan yang stabil. Hanya mencanak naik selepas tahun 2000. Harga merosot dari 1994 sehingga 2001). Jadi, janganlah begitu optimistik dengan mengatakan harga emas akan naik FOREVER.

Sekian sahaja analisis aku yang ntahapaha ni. 2011 akan menjelang. Persiapkan bajet jangka pendek, sederhana dan panjang. Selamat Maju Jaya untuk aku dan anda2 semua (^_^)

Rujukan
Kadar Inflasi : http://www.indexmundi.com/g/g.aspx?c=my&v=71
Purata Harga Emas Tahunan : http://www.onlygold.com/tutorialpages/picessince1972fs.htm

Selasa, 21 Disember 2010

hati-hati dengan scam FB

Hari ini aku dapat email dari "Facebook". Petikannya seperti di bawah:

Baru-baru ini memang aku deactivate akaun FB sebab menyampah dengan macam-macam jenis penipuan. Lagipun aku ingin mencari ketenangan sekejap..hehehe..Jadi email di atas nampak macam benar. Tetapi untuk langkah berjaga-jaga, aku mouse over pada semua jaringan (seperti yang ditunjukkan pada anak panah oren). Semua jaringan tersebut membawa kepada satu laman web yang alamatnya berakhir dengan domain ".hu". Kalau tanya Prof. Google, domain "hu" adalah laman web dari Hungary. Tiada kaitan dengan FB pun. Anda boleh periksa suatu jaringan dengan mouse over dan lihat pada status bar (biasanya terletak di bahagian bawah) pelayan masing-masing. Jadi, saya tahu email ini email scam. Kalau kita login ikut arahannya, pasti mereka dapat mencuri identiti kita. Menakutkan...Jadi berhati-hatilah di alam siber!

Baru-baru ini ada juga dapat email scam supaya aku tukar password CIMC click dan Maybank2U. Alasannya untuk menaiktaraf server. Dengan teknik mouse over, kita boleh mengesahkan syakwasangka sebelum kita benar-benar mengklik jaringan yang diberi. Periksa alamat laman web betul-betul sebelum melakukan sebarang transaksi.

Khamis, 16 Disember 2010

Revival Itsuwa Mayumi 五輪真弓:リバイバル

Semalam terdengar lagu Jepun di Sinar.fm (streaming). Macam mashyuk jugalah melodinya. Cari punya cari di Youtube. Inilah penyanyi asal lagu tersebut. Itsuwa Mayumi dengan lagu bertajuk Rebaiburu yang mengambil perkataan English bagi Revival. Kalau ikut rentak lagu ni memang djaman2 Ramlah Ram dan Uji Rashid ni. Suara pun nyaring.

Kemudian cari liriknya.Untuk alih bahasa yang sedia ada boleh klik sini.
Tapi aku rasa macam tak kena saja maksudnya. Aku pun, sebab dah lama tak ulangkaji Bahasa Jepun, buat la kerja rumah sikit. Alihbahasa  ikut citarasa dan kefahaman aku. Hasilnya seperti berikut:

Rebaibaru (Versi Jepun):
Furishikiru ame no naka wo
Ashibaya ni toorisugita
Natsu no hi no inazuma no you ni
Hakanaku kieta futari no koi.

Aa are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa haiiro no ribaibaru
Aa kurikaesu dake no omoide wa
Yomigaeranu kako no monogatari

Yukizuri no hito naraba
Wasuraremo suru keredo
Namidagumu rasuto shiin dewa
Ai no fukasa ni kizuiteita

Aa are hodo yasashikatta anata no
Omokage ga ima wa aozameta ribaibaru
Aa kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari

Aa are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa haiiro no ribaibaru
Aa kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari


Kebangkitan (Versi Melayu):
Di dalam hujan yang mencurah,
Kupercepatkan langkahku,
Umpama kilat di musim panas,
Sepantas itu hilangnya cinta antara dua insan.

Ah! Begitu maraknya terbakar,
Hatiku kini seperti debu kebangkitan,
Ah! Kenangan lalu yang menggamit,
hanyalah sekadar kisah lalu yang tidak akan berulang.

Seseorang yang hadir tanpa disangka
akan mudah dilupakan.
Sewaktu babak airmata itu,
kusedari betapa dalamnya cintamu,

Ah! Begitu indahnya pekertimu
yang kini telah menjadi kebangkitan yang pudar
Ah! kenangan lalu yang menggamit,
hanyalah sekadar kisah lalu yang tidak diketahui esoknya.

Ah! Begitu maraknya terbakar,
Hatiku kini seperti debu kebangkitan,
Ah! kenangan lalu yang menggamit,
hanyalah sekadar kisah lalu yang tidak diketahui esoknya.


1) Banyak juga perkara baru yang aku belajar. Contoh, 知らぬ (Shiranu) yang merupakan transformasi dari perkataan 知らない(Shiranai = tidak tahu). Satu lagi perkataan yang sama ialah  蘇らぬ (Yomigaeranu) dari perkataan 蘇らない (Yomigaeranai = tidak kembali semula)
2) Aku pelik orang yang alih bahasa ni tulis 降りしきる雨 = hujan gerimis.  Tetapi しきる lebih bermaksud kepada terus-terusan. Macam hujan turun tidak berhenti-henti. Lagipun tak kena dengan konteks lagu, kalau gerimis buat apa nak jalan laju-laju. Kalau hujan mencurah-curah barulah betul melangkah pantas.
3) Aku tak tahu maksud sebenar REVIVAL  :p
4) Aku alih bahasa ikut kefahaman aku. Bahasa Jepun ni susah juga. Tertunggang terbalik perkataan dia.
Layan jela...Kalau ada yang salah atau komen, dialu-alukan ..

Rabu, 15 Disember 2010

Batuk kokol (pertussis/whooping cough)

Pernah dengar batuk kokol? Pertussis? Lagilah tak pernah dengar?
Whooping cough? Batuk bunyi "whoop" ke?


Percaya atau tidak, batuk kokol boleh menyebabkan kematian ke atas kanak-kanak jika tidak dirawat.

Perkara penting dalam diagnosis klinikal ialah serangan batuk teruk yang berterusan kemudian dijarakkan dengan tempoh masa TANPA BATUK LANGSUNG. KEBANYAKAN KES TIDAK DIDIAGNOSIS KERANA DOKTOR TIDAK MENDENGAR PESAKIT BATUK DAN PERCAYA IA TIDAK TERUK SEPERTI YANG DIBERITAHU OLEH PESAKIT. MENDENGAR MELALUI STETOSKOP JUGA MENUNJUKKAN PARU-PARU DALAM KEADAAN NORMAL (TETAPI SEBENARNYA TERSEMBUNYI BATUK KOKOL) : petikan alihbahasa dari http://www.whoopingcough.net/

Perkara yang sama berlaku pada Ummi. 2 minggu lalu Ummi mula menunjukkan simptom batuk dan selsema. Kemudian semakin melarat pada sekitar 1~4 Disember. Di waktu siang batuknya tidak kerap. Tetapi apabila malam, Ummi batuk berterusan sampai merengkok-rengkok. Ummi juga muntahkan apa yang dimakannya. Abi pun sering terjaga kerana Ummi batuk kuat. Kebetulan 4 Disember temujanji antenatal. Kami memberitahu masalah batuk ummi kepada doktor. Doktor periksa tekak dan mendengar pernafasan ummi dengan stetoskop. Memang masa pemeriksaan itu, Ummi tidak batuk. Hanya berdehem-dehem sikit. Doktor kata Ummi mungkin nausea dan batuk biasa. Melalui pembacaan Abi, memang perubahan hormon boleh menyebabkan nausea dan batuk bagi ibu mengandung. Doktor bagi ubat nausea dan batuk sahaja.

Bila balik makan ubat, Ummi memang sudah tidak muntah. Cuma batuk-batuk Ummi tidak surut. Ummi sakit perut dan belakang sebab batuk yang beterusan setiap malam. Abi pula susah nak tidur. Jadi 7 Dis, Abi ajak Ummi cuba pergi klinik Internal Medicine yang pernah Abi pergi dulu masa Abi kena alahan teruk sampai tak boleh bernafas. Seperti biasa, Ummi memang liat kalau nak jumpa doktor. Entah apa yang dia ngeri sangat dengan doktor tak tahulah.

Di klinik, memang Ummi tak batuk sangat. Doktor periksa tekak, pernafasan dan juga otot perut. Kemudian doktor cadangkan pemeriksaan darah sebab dia kata ada kemungkinan batuk kokol. Doktor bagi 5 ubat makan dan satu ubat pelekat. Banyak tu. Sebelum bagi preskripsi, doktor rujuk hospital antenatal Ummi untuk pastikan ubat tersebut selamat untuk ibu mengandung. Keputusan darah dapat tahu selepas seminggu.

Selepas seminggu, batuk Ummi berkurang. Semalam, kami pergi lagi klinik untuk pemeriksaan seterusnya. Keputusan ujian darah seperti berikut. Tada!!

Ada 2 ujian. Ujian alergi dan ujian batuk kokol. Ujian alergi negatif menunjukkan batuk dan selsema Ummi bukanlah disebabkan alergi. Ujian batuk kokol postif menunjukkan adanya bakteria dengan bacaan yang tinggi dalam darah Ummi. Memang sah Ummi kena batuk kokol. Jadi, Ummi diberikan ubat tambahan dengan dos berkurang untuk bekalan seminggu. Lepas seminggu tak elok, datang balik. Doktor kata, batuk ini tak akan sembuh terus. Dia ambil masa untuk reda. Mungkin 2 hingga 3 minggu baru hilang. Dalam bahasa Jepun, batuk ni dipanggil hyakunichizeki (百日咳). Menariknya, tulisan kanji tersebut bermakna (seratus-hari-batuk). Maksudnya memang batuk ini akan berlarutan lama sehingga 3 bulan!! Harap-harap Ummi bertahan. Ganbare Ummi! Dalam bahasa Inggeris, batuk kokol dipanggil whooping cough. Sebab apa "whooping"? Ini kerana antara setiap batuk, akan ada bunyi "whoop!" untuk ambil nafas sebelum batuk yang seterusnya. Dalam bahasa Melayu pula (mengikut http://prpm.dbp.gov.my/), kokol adalah kata kerja --> mengokol meringkuk atau membongkok spt orang sakit (kesejukan dll). terkokol-kokol dlm keadaan menggigil kerana sakit atau kesejukan. Abi ingat mungkin kalau kita sebut "kokol", mulut kita macam memuncung dan lidah sedikit terjulur sambil terbatuk. Macam itulah keadaan kalau batuk kokol ni. Jadi, mungkin perkataan "kokol" ini asalnya dari bentuk keadaan batuk tersebut. Pergh! Jadi pakar bahasa pula. Sekejap pakar perubatan, sekejap pakar bahasa. Serba boleh tu..hahaha.

Kemudian Abi terfikir, kalau bakteria ini berjangkit, dah tentu Iman dan Abi kena juga. Abi dah risau. Kesian pada Iman. Abi periksa buku diari kesihatan Iman. Rupa-rupanya Iman sudah kena suntikan imunisasi 3 serangkai (三種混合DPT) masa dia bayi dahulu. Suntikan ini merupakan suntikan imunisasi terhadap dipheteria, pertussis (batuk kokol) dan tetanus. Jadi, risiko terhadap Iman adalah minimum. Abi? Mungkin Abi akan kena atau tidak bergantung kepada ketahanan imunisasi Abi. Harap-harap taklah. InsyaAllah. 

Jadi apakah tanda-tanda batuk kokol?
1) Mula-mula selsema, batuk dan demam ringan
2) 4, 5 hari kemudian mula batuk pada waktu-waktu tertentu.
3) Katakan batuk tu bermula pukul 5 petang, dia akan berterusan sehingga susah bernafas. Kalau budak-budak memang boleh pitam, atau muka jadi biru. Batuk berlendir sampai macam nak terkeluar anak tekak. Lebih teruk kalau tersertai muntah. Kemudian mungkin pukul 6 petang batuk berhenti. Keadaan jadi normal.
4) Esoknya batuk mula lagi. Dan bersambung hari-hari berikutnya.
5) Jadi, batuk ni macam ada waktu-waktu dia, bila mula memang tak berhenti-henti. Waktu lain yang tak batuk, keadaan normal macam orang sihat.
6) Bila jumpa doktor masa tak batuk, memang doktor tak boleh kesan.

Bacaan lanjut
1) kosmo
2) wikipedia melayu
3) info sihat dari sabah
4) whooping cough dot net

Sabtu, 11 Disember 2010

Ulang tahun Iman NY ke-2

Alhamdulillah Iman sudah 2 tahun pada 9 Disember 2010. Sihat walafiat.
Kami bertiga sambut di rumah sahaja. Kalau tahun lepas, jemput kawan-kawan semua. Tapi ini tahun, Ummi tak larat nak buat sambutan beramai-ramai. Ummi masih dalam fasa uwek2. Ummi buat kek lobak berkeju dan nasi ayam. Bumbu sup, Abi yang tumiskan. Sebab Ummi tak boleh bau bawang tumis. Kek lobak memang sedap. Tak macam kek span berkim biasa. Cepat muak. Lagipun ada lobak dan keju. Sedap tu! Abi tak suka kalau beli kek. Sebabnya kek yang dibeli pun boleh dibeli orang lain. Tak payah tunggu hari lahir pun boleh beli. Maknanya kek tu tak istimewa. Kek istimewa dan unik ialah kek yang dibuat sendiri dengan kegigihan Ummi. Orang lain dah tentu tak dapat rasa ..hahaha!
OK! Layan sajalah gambar anak dara sulung ni.



1 Hari 1 Origami : Katak mata merah

Video katak si katak lompat...

Khamis, 9 Disember 2010

Info Ejen Insurance

Sudahkah anda dilindungi insuran kesihatan? Bagaimana pula insurans hayat?
Oh, ada lagi..ada kereta? Kalau tak bayar insuran memang tak boleh perbaharui cukai jalan taw!
Jangan risau. Saya bukan hendak promosi insurans. Saya bukan ejen.
Tetapi saya memang sudah bengang sama ejen-ejen tidak bermoral.
Tahukah anda berapa komisyen yang diperolehi oleh ejen-ejen insurans komprehensif (Pru, Takaful Ikhlas, etc)?
Anda boleh rujuk laman web ini --> klik sini

OK, umumnya komisyen ejen akan berakhir selepas 6 tahun. Selepas itu, adakah ejen-ejen ini akan terus berkhidmat untuk klien? Jika, anda ditimpa musibah katakan pada tahun ke-8, adakah ejen ini akan sempurnakan tuntutan insurans anda? Jawapannya boleh refer sini--> klik sini

Apa pilihan saya? Saya akan menghentikan kebergantungan kepada ejen. Saya mesti mendidik diri dalam urusan insurans keluarga agar apa saja musibah dan penambahbaikkan polisi boleh dilakukan sendiri.

Apa pilihan anda? Bayar premium bulan2, komisyen masuk kocek ejen, lepas 6 tahun (tak payah tunggu 6 tahun pun tak apa), ejen cabut!!  (^_^)

Apapun, didiklah diri anda. Duit dan ikhlas, dua perkara berbeza.

1 Hari 1 Origami : Unta Kontot

Rabu, 8 Disember 2010

Rawatan gigi Iman NY.

Petang tadi Abi bawa Iman ke klinik gigi untuk rawatan gigi. Kali terakhir 2 bulan yang lalu. Empat gigi di bahagian depan atas menunjukkan tanda-tanda kaviti gigi. Jadi untuk mengelakkan gigi Iman hilang di gigit bakteria-bakteria jahat, Iman kena lalui rawatan fluorida. Doktor akan periksa tahap keseriusan kaviti, floss dan berus gigi, kemudian disapu dengan krim fluoride untuk menghalang reputan dari terus memusnahkan gigi Iman.Gambar di bawah ini bukan gambar sebenar gigi Iman. Keadaaan gigi Iman tak serius dan susunan gigi lebih rapat dan teratur. Cuma ada kopak sikit pada salah satu gigi sebab masa Iman baru mula-mula tumbuh gigi dulu suka sangat gigit meja sampai sopak gigi dia.

Iman bukanlah makan makanan manis (macam Abinya hehe). Ummi dia memang tegas tak bagi makan jajan, gula-gula, jus dan buah-buahan. Puncanya dari menyusu tidak kira masa termasuklah waktu tidur. Jadi, bakteria sentiasa hidup gembira dalam mulut Iman. Doktor kata, gigi terakhir Iman telah tumbuh di bahagian geraham atas. Maka lengkaplah set pertama gigi Iman. Hadiah bermakna untuk Hari Lahirnya yang ke-2 esok. Abi bangga sebab Iman tak menangis semasa rawatan. Iman dah pandai, sebab dah lebih 10 kali pergi klinik gigi, dan klinik kanak-kanak. Abi memang mahu biasakan Iman dengan suasana klinik supaya bila sudah besar, tidak takut jumpa doktor macam Ummi dia :)

Setiap tahun memang Abi akan jumpa doktor gigi buat pemeriksaan dan cuci. Kali terakhir 2 bulan lalu di klinik yang sama. Doktor kata Abi tiada kaviti. Namun begitu ada tanda-tanda awal periodontis. Periodintis adalah keadaan gusi yang membengkak akibat pengumpulan plag pada celah-celah gigi. Cara mencegahnya dengan memberus di bahagian sempadan gigi-gusi. Kalau tak dirawat, gigi akan tanggal dari gusi sebab bahagian akar dah rosak.

Kali ini Ummi tidak ikut serta ke klinik. Sepatutnya Ummi pun ada temujanji cuci gigi hari ini. Tetapi oleh kerana nausea Ummi yang keterlaluan, temujanji batal. Lagipun Ummi batuk-batuk teruk. Kelmarin pergi jumpa doktor, kemungkinan terkena pertussis atau "whooping cough". Waktu musim sejuk memang waktu berpenyakit. Minggu depan baru boleh tahu keputusan darah samada ada bakteria yang menyebabkan pertussis itu ada atau tidak. Kelmarin pun apat ubat sampai 5 jenis. Kesian Ummi, batuk-batuk sampai kejang perut dan belakang badan. Malam-malam nafas tersangkut, Abi pun sampai terbangun-bangun dengar bunyi Ummi batuk-batuk. Abi nak buat apa? Pura-pura tidur sahajalah sambil berdoa Ummi cepat sembuh. Memang seksa tidur kalau hidung tersumbat. Abi selalu hidung tersumbat sebab Abi ada alergi. Ada habuk sikit je mulalah gatal-gatal dan tersumbat hidung. Terseksa weh!

Kepada yang mahu ke luar negara, disarankan ambil suntikan flu sebelum musim sejuk bermula. Waktu musim sejuk memang macam-macam penyakit keluar.

1 Hari 1 Origami : Panda

Selasa, 30 November 2010

Iman NY berhenti sekolah

Pagi ini Abi ke sekolah (pusat asuhan kanak-kanak) Iman untuk mengambil barang-barang yang masih tertinggal. Abi dan Ummi sepakat berhentikan sekolah Iman. Semalam salji turun berterusan sehingga hendak berjalan pun susah. Jalan licin. Kalau hendak gunakan perkhidmatan jemput dan hantar harus tambah JPY8,000 (~RM300). Tak berbaloi la pula, padahal duit itu boleh juga dibuat bayar ansuran bulanan kereta Kancil Ummi. Kalau Ummi hantar naik kereta risau pula kereta menggelungsur. Pengalaman hampir terlanggar kereta dihadapan apabila kereta menggelungsur walaupun sudah ditekan brek menjadi trauma tak berkesudahan bagi Ummi.

Di sekolah Iman, Abi beritahu Cikgu Iman yang Iman dan Ummi akan balik ke Malaysia minggu depan. Malas Abi nak ceritakan sebab-sebabnya dengan terperinci. Nanti entah apa yang dibalaskan Cikgunya. Senang cerita Iman balik Malaysia, jadi mahu berhenti sekolah.Harap-harap tidak terserempak dengan cikgu-cikgu Iman di mana-mana.

Di pintu masuk sekolah Iman, Abi dikerumuni kawan-kawan Iman
"Iman-chan doko?" (Di mana Iman?)
"Byouin ni itta?" (Pergi Hospital?)
"Mareeshia ni kaeru no?" (Balik Malaysia?)
"Iman-chan ga kawaii!" (Iman comel.)

Tiba-tiba Abi berasa bersalah memutuskan ikatan persahabatan Iman dan kawan-kawannya yang baru berputik sejak 4 bulan yang lalu. Lalu Abi teringat anak kawan-kawan Abi yang terpaksa meninggalkan kawan-kawan sekolah mereka setelah tamat pengajian. Semua merindukan kenangan bersama. Inilah kehidupan. Selepas ini Iman akan lupa perkataan "Sensei" yang sering disebut. Jadilah Iman peneman Ummi sepanjang masa.

Perkataan baru:
Akachan (Bayi)
Kawaii (Comel)
Oishii (Sedap)
Apple (Epal)
Banana (Pisang)
Nani? (Apa?)
Air

Gelagat :
Buang Sampah Plastik dalam tong sampah
Letak sudu yang dipakai dalam sinki
Senyum mengada-ada.
Tunjuk ke dapur dan sebut "Air! Air"

Jumaat, 19 November 2010

Demonstrasi Mathematica : Fano Resonance

Saya menerima e-mail dari Wolfram Demonstration Team.
Seminggu lalu saya telah menghantar Demonstrasi Mathematica untuk di'terbit'kan di laman web Mathematica.
Nampaknya sumbangan kecil saya diterima. Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang berkenaan dalam bidang ini.
+++++++++++++++++++++++++++++
Your submission to the Wolfram Demonstrations Project
Dear Shahrul Kadri,

We are happy to inform you that your submission Fano Resonance to the Wolfram Demonstrations Project has been accepted for publication.

Your Demonstration will now be available to all visitors to the Wolfram Demonstrations Project site.

The permanent URL for your Demonstration is:

We encourage you to cite this Demonstration in other publications, and to send a link to the Demonstration to anyone you feel is appropriate.

Please let us know if you have any questions. We look forward to receiving further Demonstrations from you in the future.

Thank you for being a part of the Wolfram Demonstrations Project.

Sincerely,

Wolfram Demonstrations Team
Wolfram Research

Isnin, 15 November 2010

MLM dan riba' pendapatan tambahan

Malam tadi aku sambung baca blog Adib Mu'addib (http://aididmuaddib.blogspot.com/) mengenai MLM. Aku cuba fahamkan muslihat di sebalik sistem ni. Siap bawa marker dan papan tulis ke bilik tidur untuk simulasikan sistem MLM ni. Ummi pun layan je la.. Jadi, aku mengistiharkan diri aku sebagai anti-MLM. Walaupun sistem piramid ni memang boleh menjamin kekayaan, tetapi mekanismanya membawa kepada rezeki yang HARAM. 

Sekarang ni bukan main ramai lagi orang yang terjebak masuk ke MLM ni. Aku naik menyampah kalau orang tag di Facebook dengan gambar-gambar duit. Iklan tepi di Berita Harian Online pun memuakkan aku. Gambar bersama BMW, duit bersusun... yang membuatkan aku lagi muak ialah orang-orangnya bertudung sopan. Mereka tak sedar ke yang duit yg diorang dapat tu tak berkat. Kemudian sesuka hati tulis pendapatan halal tanpa ada panel syariah yang menilai apa yang diorang buat.

Sekarang ini macam-macam cara orang nak dapat duit. Macam-macam muslihat. Islam hanya pada nama, solat hanyalah sebagai ritual..tiada pengisian. Pada suatu ketika, aku teringin juga menyertai pelaburan emas. Tetapi melalui pembacaan aku ternyata pelaburan emas membawa kepada risiki riba. Cukuplah fungsi emas itu sebagai menambak nilai wang, bukanlah sebagai komoditi yang didagangkan. Jadi aku pun kena jauhkan diri.


Sebelum itu aku pernah juga cuba mempelajari Foreign Exchange. Pun begitu berasa sangsi dengan keuntungan yang diperolehi, aku tinggalkan forex ini.

Kemudian aku berkira-kira untuk sertai ejen insurans. Tetapi aku juga rasa sangsi dengan sistem komisyen. Aku masih lagi mencari jawapan kepada persoalan komisyen ini sebab ia mirip kepada MLM. Pencarian kepada persoalan ini akan diteruskan. Walaupun riba itu berleluasa contohnya dalam pinjaman perumahan dan saham, tetapi adalah tanggungjawab kita untuk meminimumkan hasil riba itu dalam darah daging keluarga kita. Biarlah tidak kaya, asalkan tidak makan duit riba kerana seringan-ringan riba itu adalah seperti berzina dengan ibu sendiri.

“Riba itu (ada) 70 dosa. Yang paling ringan adalah (seperti) seorang lelaki yang menikahi (menzinai) ibunya sendiri” [HR Ibn Majah, al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah & Ibn Abi Dunya]. 

dipetik dari mykhilafah.com

Selasa, 9 November 2010

Iman NY

Lagi sebulan Iman akan berumur 2 tahun. Kadang-kadang semacam tidak percaya yang diri ini bergelar bapa. Selama hampir 2 tahun ini juga banyak perkara yang Iman sudah pandai. Abi rasa malu sebab Abi sendiri belum habis belajar lagi. Buat bende yang sama tak juga selesai2.

Iman sekarang dah pandai
1- pakai baju, seluar, sarung kaki sendiri
2- makan suap sendiri, minum sendiri..kalau nak air Iman dah pandai sebut air
3- lepas makan Iman minta basuh tangan, siap kena sabun..kalau tidak merengek
4- Iman panggil Abi dan Ummi, "Sensei!"..puas di ajar sebut Ummi dan Abi, langsung tak mahu diikutnya. Tapi kalau ajar Papa, Mama, Emak, Nenek, boleh saja dia ikut. Geram betul.
5- Iman pandai main masak2, suap2 anak patung dia.
6- berterima kasih..sebut "Ato!" bagi singkatan arigatou.
7- kalau suruh buka baju untuk mandi, dia buka sendiri lepas tu ke bilik air
8- terbaring diam tunggu dipakaikan lampin
9- menyanyi dan berjoget sorang.. ulangtayang apa yang dibelajar disekolah

Tetapi ada perkara yang Iman kena juga buat
1- berhenti menyusu dengan Ummi
2- tidur sendiri tanpa dakapan Ummi/Abi
3- bangun tidur tanpa menangis
4- tidak keras kejung di depan orang lain

Apapun Abi bersyukur sebab Imam sihat. Cuma gigi ada kaviti sebab asyik melekat menyusu dengan Ummi.
Iman jarang sakit. Terima kasih Ummi kerana gigih menyusukan Iman walaupun sekarang Ummi tidak begitu sihat.

Minna, issho ni ganbatte ne!

Ahad, 10 Oktober 2010

Meeting

Dr. Kad. I want to meet you. How?

Depends on your purpose.

If you want to make a meeting appointment, check my schedule first here (http://kadrimy.blogspot.com/p/kalendar-saya.html)

Once you determined the intended meeting time (preferably during office time), inform me your
(1) preference meeting date and time
(2) duration and
(3) purpose of meeting

The agreed appointment will be slotted into my calendar immediately.


If you just want my signature or pass a letter/document to me just follow these:
  • Inform me what type of document you want me to sign.
  • Once I confirmed that I am available to sign, put your document under the door at Makmal Pengajaran 1, Aras 1, Blok 4, UPSI Proton City.
  • Make sure you indicate clearly the space I need to sign (put marker or circle with a pen or any method to show the space) - in case of getting my signature.
  • Inform me that you have put your document there.
  • Once I signed, I inform you back to get it.

*If I am not available in UPSI, I will inform you that I cannot sign your document.
*I do not wait for people to get my signature nor making appointment just to give a signature. Leave your document, I sign whenever I free to get into the lab.


Ahad, 27 Jun 2010

Elakkan Pemanasan Global Dengan Berpakaian Kasual

Sebelum saya ke Jepun, saya ada terbaca di media tentang kempen tidak memakai tali leher penjawat awam di Jepun. Apabila saya tiba di Jepun, saya lihat sendiri pak menteri berbahas di Parlimen dengan pakaian kasual. Tanpa suit formal. Alasannya, menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Apakah perkaitannya?
















Apabila berpakaian formal, terutamanya suit bertali leher kita akan cenderung berasa panas disebabkan haba yang terhasil oleh badan terperangkap dalam ruang pakaian. Bila panas, pendingin hawa dibuka untuk menyamankan badan. Semakin banyak haba dikeluarkan oleh badan, semakin kuat penyaman hawa bekerja untuk menghasilkan udara sejuk. Jadi, lebih banyak kuasa elektrik diperlukan untuk operasi pendingin hawa. Bil elektrik pun akan melonjak. Adakah anda bersetuju dengan kempen ini? Bayangkan jika sejuta orang kakitangan awam di Malaysia melakukan kempen ini, agaknya berapa RMkah yang dapat dijimatkan?



Poster di atas adalah kempen berpakaian kasual bagi mengelakkan pemanasan global di Universiti tempat saya belajar kini, Hokkaido University. Tempohnya adalah dalam Musim Panas. Apa pula kaitannya pakaian kasual dan pemanasan global? Seperti yang dijelaskan di atas, lebih banyak kuasa elektrik diperlukan untuk penghawa dingin. Kuasa elektrik ini dihasilkan dari pelbagai sumber janakuasa elektrik. Penjanaan kuasa elektrik yang kurang cekap akan menghasilkan karbon dioksida dan pelbagai gas sampingan. Pendingin hawa juga menhasilkan karbon dioksida dalam operasinya. Gas-gas yang terhasil ini menyumbang kepada kesan rumah hijau, seterusnya berlakunya pemanasan global. 

Jadi saya mencadangkan agar etika berpakaian yang di gariskan dalam pekeliling perkhidmatan awam terutamanya bagi golongan professional di longgarkan. Di tempat saya berkerja UPSI , pensyarah dan pelajar lelaki diwajibkan berlengan panjang dan bertali leher. Dapat dilihat pelajar berpeluh-peluh memasuki dewan kuliah akibat kedudukan dewan kuliah yang jauh dan kaedah berpakaian. Mungkin satu kajian pendek boleh dilakukan untuk mendapatkan kesan penjimatan elektrik sekiranya kempen seumpama ini dijalankan di UPSI. Mungkin cara ini dapat melonjakkan ranking UPSI di mata dunia. Hanya pendapat si kecil :)

Khamis, 27 Mei 2010

piperoid

Saya menerima cenderahati dari seorang kawan semakmal. Ianya robot kertas yang dihasilkan daripada gulungan kertas berbentuk paip. Menarik bukan? Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web berikut--> http://piperoid.jp/en/index.html

Selasa, 11 Mei 2010

Maskot Olimpik Musim Sejuk Vancouver 2010 - Miga

Olimpik Musim Sejuk 2010 di Vancouver, Kanada telah pun berlalu. Salah satu maskotnya ialah Miga.



Rujukan : NOA Origami Magazine Februari 2010
2 keping 7.5cm x 7.5 cm kertas hitam : untuk badan dan kepala

1 keping 15 cm x 3.75 cm kertas merah jambu : untuk mafla
comotnya...

Ahad, 2 Mei 2010

sakura dan hanami

Di Jepun, menikmati pemandangan sakura mekar atau dikenali sebagai HANAMI merupakan aktiviti tahunan yang ditunggu-tunggu kerana ia menandakan pengakhiran Musim Sejuk dan permulaan Musim Bunga. Oleh kerana geografi negara Jepun yang memanjang dari Utara ke Selatan, maka waktu sakura mengembang bergantung kepada lokasi. Sebagai contoh penduduk di Kyushu, Selatan Jepun menikmati Hanami seawal bulan Mac manakala penduduk di Hokkaido, Utara Jepun pula selewat bulan Mei. Waktu Hanami juga sangat singkat kira-kira 2 hingga 3 hari sahaja di satu-satu tempat, selepas itu semua sakura gugur dan pokok sakura mula menghijau.

Tahun ini sakura di Hokkaido mekar lebih lambat (~ seminggu  lambat) berbanding tahun lalu. Mari berhanami di hadapan komputer. :)

1 helai kertas coklat 15cm x 15 cm
2 helai kertas merah jambu  7.5cmx7.5 cm
gunting*
 Cara melipat--> http://www.origami-club.com/fruit/sakura2/index.html

*Saya tidak gemar origami yang menggunakan peralatan tambahan.

Jumaat, 30 April 2010

ikatan hati

8 helai kertas 7.5cm x 7.5 cm membentuk ikatan hati..
Cara melipat: NOA Origami Magazine February 2010

Jumaat, 16 April 2010

Kompas Arah Kiblat

Kompas Klasik
Menentukan arah kiblat yang tepat merupakan elemen yang penting dalam menunaikan sembahyang bagi umat Islam. Saya masih ingat lagi kompas kiblat pertama saya beli di Plaza Angsana, Johor Bahru pada tahun 2000 dengan harga RM25. Bentuknya lebih kurang seperti di bawah ini (gambar di ambil dari sumber internet).

Kompas ini disertakan dengan buku panduan kecil di mana nombor bagi lokasi tertentu diberikan. Sebagai contoh katalah kita berada di Kuala Lumpur dan nombor lokasinya "22". Maka kompas dipusingkan/dilaraskan sehingga jarum hijau betul-betul berada di atas tanda "22". Arah kiblat ditunjukkan oleh anak panah. Biasanya kawan-kawan akan pinjam sekiranya mereka pindah ke rumah sewa baru, atau bertukar bilik di kolej. Seingat saya kompas yang kini berada di rumah saya adalah kompas ke-3 setelah yang sebelum-sebelumnya hilang entah kemana.

Jam Casio CPW-310
Pada tahun 2005 saya mencari jam tangan di Plaza Bukit Bintang, KL dan terjumpa model jam islamik yang menarik ini. Harganya sekitar RM300. Jam ini mempunyai ciri-ciri berikut
1) Menentukan arah kiblat
2) Menentukan arah utara dsb seperti compass biasa
3) Mengira waktu solat dan "alert" sekiranya masuk waktu


Perhatikan anda bahagian menonjol di sebelah kiri jam dimana terletaknya sensor kompasn. Untuk menentukan arah kiblat dan waktu solat, kedudukan longitud dan latitud perlu dimasukkan. Kedudukan geografi bagi bandar-bandar utama seperti Tokyo, KL, Jakarta telah sedia ada dalam memori jam. Tetapi untuk penentuan yang lebih tepat, kedudukan geografi lokasi semasa boleh dimasukkan jika latitud dan altitude diketahui. Kelemahannya jam ini ialah resolusi kompas agak rendah (+-11.25 darjah). Namun secara kasar dapat membantu saya kerana saya selalu juga outstation di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2008, jam saya ini tertinggal (lalu hilang) di tandas selepas mengambil wudhu' di Jepun. Peristiwa ini menjadi modal utama isteri saya untuk memperli saya sekiranya saya ingin membeli gadget elektronik sehingga ke hari ini :) kerana saya memang seorang yang pelupa dan sering "terhilang" barang. Tetapi pada penghujung 2009, saya telah beli yang baru dengan variasi latarbelakang hitam dari seorang teman di Singapura. Sekarang ia berada kemas di pergelangan tangan saya.

iPhone 3GS
Bulan Mac yang lalu bateri telefon bimbit saya telah mencapai hujung hayatnya setelah 2 tahun digunakan. Model bateri tersebut pun telah outdated dan tiada lagi dipasaran. Jadi saya telah membeli iPhone 3GS 16GB. Antara fungsinya ialah kompass. Saya telah memuatturun aplikasi percuma dari eQibla.

Aplikasi eQibla hanya perlukan liputan 3G. iPhone akan mengenalpasti lokasi semasa dan arah kiblat akan ditentukan secara automatik. Dengan aplikasi ini juga, waktu solat juga akan dikira secara automatik berdasarkan lokasi semasa. Hebat bukan? Jadi kemana sahaja anda pergi di dunia ini, eQibla akan membantu anda dengan syarat adanya liputan 3G.

Ketiga-tiga gadget di atas amatlah membantu sekiranya anda seorang yang selalu berkerja atau melancong di luar kawasan. Di Malaysia, arah kiblat dapat ditentukan secara kasar berpandukan arah matahari terbenam. Namun, bagi negara di luar kawasan Khatulistiwa seperti Jepun, Jerman, New Zealand dsb, prinsip arah matahari terbenam tidak boleh dijadikan panduan yg tepat kerana kedudukan matahari terbenam berubah sepanjang tahun bergantung kepada 4 musim. Waktu solat juga berubah secara ketara sebagai contoh di Sapporo, Jepun, solat subuh masuk pada pukul 1.40 pagi pada Musim Panas dan pada pukul 5:30 pagi pada Musim Sejuk. Bagi solat isyak pula pukul 9:30 malam pada Musim Panas dan 5:57 ptg pada Musim Sejuk.

Perkara yang penting dalam penentuan arah kiblat menggunakan sebarang jenis kompas termasuk gadget2 di atas ialah JAUHI DARI BAHAN LOGAM DAN PERALATAN ELEKTRONIK ketika penentukuran. Ini kerana kesan medan magnet dari logam dan arus elektrik pada alat elektronik akan memesongkan kompas anda.

Sekian Wallahua'alm

Selasa, 13 April 2010

Orang Jepun dan Amalan Sedekah

Saya telah memuatturun aplikasi Hadith of the Day ke iPhone saya.
Kelmarin, saya tertarik dengan hadis di bawah ini dan terlintas akan sikap orang Jepun yang hampir menepati amalan bersedekah yang dinyatakan. Umumnya, kita tidak semestinya memiliki harta untuk bersedekah. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memperolehi pahala bersedekah.

Dalam kemodenan hidup di bandar, rakyat Jepun kurang memerlukan tugas pembersihan kawasan persekitaran oleh Majlis Perbandaran/Daerah (MP/D). Kebiasaannya, mereka akan menyapu, mengutip sampah2 di kawasan rumah mereka sendiri. Di kawasan taman-taman permainan pula, komuniti tetangga akan bersama-sama melakukan gotong-royong secara sukarela di hujung minggu. Malah, mereka juga menanam pokok-pokok bunga, serta mengindahkan kawasan rumah mereka. Mereka tidak memerlukan MP/D untuk mengindahkan dan menyiram pokok bunga.

Amatlah sukar untuk melihat sampah bersepah kerana setiap individu merasakan tanggungjawab sendiri untuk memastikan kebersihan kawasan sendiri. Sampah sendiri adalah tanggungjawab sendiri. Di kawasan perkelahan dan rekreasi dapat di lihat papan tanda seperti berikut, yang bermaksud agar sampah dibawa pulang. Amalan ini dilihat sebagai menjaga keselesaan umum dan juga dikira sebagai bersedekah.




Apabila kita bertanya mengenai arah, atau sebagainya, orang Jepun sangat-sangat membantu. Sebagai contoh sekiranya saya ingin mencari garam di pasaraya dan bertanya kepada staff berkenaan, mereka akan menunjukkan dimana garam tersebut sehingga betul-betul berada di depan rak garam tersebut dengan ramah dan penuh senyuman. Pengalaman isteri saya bersalin di hospital Jepun memberikan kami perspektif yang sangat posifit terhadap khidmat dan sikap orang Jepun yang sangat-sangat membantu walaupun masalah komunikasi sedikit memberi halangan. Cuba memahami kehendak orang lain juga merupakan suatu sedekah seperti yang diulas pada hadis di bawah. Senyuman yang sentiasa terpancar dikalangan staff meringankan beban yang dipikul. Senyuman juga merupakan satu sedekah.

Marilah sama-sama kita menghayati hadis berikut. Jepun: Negara Islam Tanpa Muslim. Wallahu'alam.

Abu Dhar al-Ghafari said: “The Messenger of Allah (sal Allahu alaihi wasallam) said: ‘Sadaqah is prescribed for every person every day the sun rises.’ I said: ‘O Messenger of Allah, from what do we give sadaqah if we do not possess property?’ He said: ‘The doors of sadaqah are takbir (Allahu Akbar), Subhan Allah, Alhamdulillah, La-ilaha-ilAllah, Astaghfirullah, enjoining good, forbidding evil, removing thorns, bones and stones from the paths of people, guiding the blind, listening to the deaf and dumb until you understand them, guiding a person to his object of need if you know where it is, hurrying with the strength of your legs to one in sorrow who is appealing for help, and supporting the weak with the strength of your arms. These are all the doors of sadaqah.” [Ahmad]

In other words one does not need to have financial resources to earn the reward of sadaqah. There are many deeds that qualify as sadaqah with Allah (subhana wa ta’ala). In addition to those listed above the following ordinary courtesies are also sadaqah if we do them with the intention of pleasing Allah with them.

1. To administer justice between two people is sadaqah.
2. To assist a man upon his mount so that he may ride it is sadaqah.
3. To place his luggage on the animal is sadaqah.
4. A good word is sadaqah.
5. Every step taken toward prayer is sadaqah.
6. Your smile for your brother is sadaqah.
7. Planting anything from which a person, an animal or anything eats is sadaqah.
The online version of Daily Hadith is available now, please visit http://dailyhadith.adaptivesolutionsinc.com

Kadri

Sabtu, 27 Mac 2010

Tandas Jepun

Tandas adalah satu elemen penting dalam kehidupan seharian. Paling tidak, sekali sehari kita semua akan menggunakannya.

Antara perkara yang saya sukai mengenai Jepun ialah tandas elektronik. Saya sangat kagum dengan ciptaan ini. Saya juga telah pasang satu tandas elektronik yang paling murah di pasaran Jepun di rumah dan saya sangat berpuas hati dengannya.

Tahukah anda bentuk dan penggunaan tandas Jepun berbeza sedikit dengan Malaysia. Saya dah lama hendak berkongsi maklumat mengenai tandas Jepun ini.

Di mana-mana, samada pasaraya, komplek membeli belah, pejabat, terdapat dua jenis tandas yang disediakan iaitu jenis Oriental (和式-washiki) dan jenis Barat (洋式-youshiki). Kemudahan ini disediakan samada salah satu, atau kedua-duanya sekali dalam bilik air.
Umumnya kedua-dua jenis ini adalah tandas kering, bermakna mereka menggunakan tisu tandas. Jadi jangan lupa bawa sebotol air kecil jika masuk ke tandas :) kerana tiada kepala paip di dalam tandas

Mari kita lihat satu persatu ciri-cirinya.

1) Oriental (和式-washiki)

Berikut merupakan jenis oriental yang biasa dilihat di rumah-rumah lama, atau kompleks lama. Perhatikan ada sedikit bahagian menonjol di atas lubang tandas. Tahukah anda bagaimana menggunakannya?


Saya pasti mengikut kebiasaan orang Malaysia, bahagian menonjol tersebut pastinya adalah bahagian belakang atau bahagian punggung. Namun begitu ianya salah.
Berikut adalah cara menggunakan tandas jenis Oriental.

Bagi kaum lelaki, jika anda terkencing semasa berhajat, maka bahagian tandas menonjol ini akan mengelakkan anda terpancut keluar dari landasan. Maka persekitaran tandas akan sentiasa kering.
Perhatikan juga paip air di tepi tandas. Ia berfungsi sebagai pemegang sekiranya anda perlukannya ketika meneran.

2) Barat (洋式-youshiki)
Berikut pula merupakan jenis Barat. Pastinya tidak asing bagi kita.
Namun ada sedikit kelainan dimana penutup tandas ada sedikit bahagian lopong berbentuk U.
Ini juga mengelakkan daripada air kencing mengotori bahagian tersebut.
Terdapat juga saluran paip kecil di atas pam tandas. Selepas tangki air kosong selepas dipam, air akan masuk semula melalui paip ini dan jatuh kedalam tangki air melalui lubang kecil di atas tangki. Jadi sebagai langkah penjimatan air, air yang keluar dari paip ini digunakan untuk mencuci tangan. Maka tiada kepala paip air tambahan disebelah tandas dan tandas akan sentiasa kering.

Dengan kemajuan teknologi Jepun, bangunan-bangunan baru mula menggunakan tandas elektronik. Berikut merupakan tandas elektronik yang mungkin anda akan temui jika berada di Jepun. Umumnya terdapat panel kawalan di sebelah kanan dengan pelbagai butang.

Panel kawalan adalah seperti berikut.
SHOWER untuk pancutan air ke punggung dan tekanan pancutan air boleh dikawal dengan melaraskan SPRAY STRENGTH. Untuk menghentikan pancutan, tekan butang STOP. Tandas ini juga mempunyai penderia (sensor) dimana sekiranya anda tidak duduk di atasnya, panel tidak akan berfungsi. Jadi jangan risau kerana pancuran air tidak akan berlaku ketika anda sibuk memakai semula seluar.
BIDET digunakan khas untuk kaum wanita.


Fungsi panel diatas adalah yang paling asas. Terdapat juga variasi fungsi tambahan seperti
1) tekanan pancuran air berirama.
2) kawalan suhu air pancuran
3) hembusan angin suam dari bawah untuk mengeringkan punggung selepas pancuran
4) penutup tandas autmatik, dimana sekiranya pengguna datang ia terbuka sendiri dan tertutup sendiri sekiranya pengguna meninggalkannya
4) semburan pewangi automatik selepas penggunaan
dan sebagainya. Sudah tentulah harganya lebih mahal untuk yang lebih canggih.

Saya sendiri memasang satu di rumah yang dengan fungsi paling asas dengan harga JPY20,000 iaitu lebih kurang RM700. Pastinya saya akan bawa pulang satu yang baru untuk dipasang di rumah Malaysia nanti.

Penggunaan tandas ini terpulang ke pada anda. Mungkin anda mahu mencangkung di atas tandas jenis Barat. Atau mencangkung berlawanan arah ketika menggunakan tandas jenis Oriental. Tiada siapa yang tahu bagaimana anda menggunakan tandas selepas pintu ditutup :)

Menariknya, terdapat siri animasi pendek yang popular di Jepun iaitu Shimajiro yang bertujuan untuk mendidik kanak-kanak mengenai penggunaan tandas dan menghargai fungsi tandas.
--> http://youtu.be/g6eu6nJKEbA


sambungan bahagian 2

Sabtu, 13 Mac 2010

Trip ke Bangkok

Saya baru sahaja pulang dari Bangkok. Saya berpeluang ke sana untuk menghadiri Bengkel Mikro/Nanoteknologi (Southeast Asia International Advances in Micro/Nanotechnology 2010) bertempat di Montien Hotel. Jadi, saya ingin berkongsi pengalaman dan tip sepanjang saya berada di Bangkok.

Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok
Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa jika berada di Thailand kurang dari 30 hari. Tetapi, sila pastikan informasi terkini di laman web Kementerian Luar Negeri Malaysia. Di lapangan terbang ini, terdapat sebuah surau di Tingkat 2 dan di depannya terdapat sebuah kiosk yang menjual makanan ringan yang halal ditanda dengan label حلال. Perkhidmatan internet tidak ditawarkan secara percuma. Internet tanpa wayar perlu dilanggan dengan membeli kad pra-bayar.
Sebuah kiosk kebab halal dan surau juga berada di balai pelepasan, selepas melalui pemeriksaan passport. Jadi tiada masalah untuk sembahyang dan makanan halal di lapangan terbang.

Makanan Halal
Untuk mencari makanan halal di Bangkok tidaklah begitu sukar. Banyak juga produk-produk yang dijual di pasaraya, 7-11, Family Mart yang disahkan halal oleh badan bertanggungjawab di Thailand. Hanya cari produk, seperti mee segera, roti atau biskut yang ditanda dengan cop halal seperti di bawah.




Di kompleks membeli belah seperti Platinum dan MKS juga terdapat restoran halal. Sebagai contoh di MKS, terdapat sebuah restoran masakan India, Indonesia dan Thai yang halal di ruang makan antarabangsa di Tingkat 5. Di Platinum pula, ada sebuah penyedia makanan Thai di medan seleranya.
Saya juga berkesempatan menikmati masakan tempatan di warung muslim, pasar minggu Chatuchak.
Kadangkala terdapat penjaja muslim yang menjaja makanan di atas troli bergerak di tepian jalan. Troli mereka ditanda dengan حلال atau dapat juga dikenali melalui cara berpakaian mereka, bertudung bagi perempuan dan berkopiah bagui lelaki.
Jika anda susah untuk menemui makanan Halal di tempat anda menginap, pergi sahaja ke stesyen BTS "Nana". Turun sahaja dari stesyen tersebut, anda akan terus nampak pelbagai restoran India/Pakistan muslim di kawasan tersebut.
Umumnya, bagi saya, isu makanan tidak menjadi masalah di Bangkok.

Surau
Kemudahan ruang sembahyang disediakan di beberapa kompleks membeli-belah. Setakat pengetahuan saya, Siam Paragon dan Platinum menyedia ruang sembahyang dan ditanda dalam direktori lantai mereka.

Bahasa
Seperti yang sedia maklum, bahasa utama di Thailand ialah Bahasa Thai. Tulisan pula menggunakan skrip Thai. Di kawasan tarikan utama pelancong, papan tanda di tulis dengan alternatif huruf roman. Ejaan huruf roman pula tidak menggambarkan sebutan yang betul dalam Bahasa Thai.
Tiada satu huruf roman pun yang tercetak di atas nota wang mereka. Saya pada awalnya bermasalah untuk membezakan duit syiling baht dan satang kerana semuanya ditulis dengan skrip Thai.
Peniaga di kawasan pelancongan mungkin boleh sedikit berbahasa Inggeris. Tetapi sekiranya berada di pasar terapung atau pasar tempatan, mereka langsung tidak boleh berbahasa Inggeris dan menu makanan atau apa jua ditulis dengan skrip Thai. Jadi, gunakanlah apa jua skill komunikasi yang anda rasa berfungsi :)

Pengangkutan
Kaedah pengangkutan yang paling mudah ialah mengunakan BTS (setara dengan monorel di Malaysia) atau MRT (tren bawah tanah seperti PUTRA LRT. Tuk-tuk atau kereta beroda tiga juga agak popular dan murah berbanding teksi. Yang menariknya, terdapat perkhidmatan motorsikal, sesuai untuk seorang pembonceng sahaja. Topi keledar tidak disediakan.

Bangkok, bandar yang dinamik dan unik. InsyaAllah jika berpeluang, saya akan ke sana sekali lagi bersama keluarga di masa hadapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...