Khamis, 13 Oktober 2016

Doh Tepung Konduktor

Saya peroleh Idea ABM untuk pembelajaran litar elektrik dari internet secara tak sengaja.
Nama asal projek ini ialah Squishy Circuit yang menggunakan hanya tepung dan bahan-bahan dapur sahaja.
Sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah.
Melalui projek ini pelajar boleh mempelajari konsep
- litar mudah
- kekutuban LED
- litar pintas
- reka cipta
- dan lain.

fr_921_size640

Youtube idea bagaimana doh ini berfungsi



Untuk resipi boleh dapat daripada sini -->http://bit.ly/2etHEqL

Penjelasan ringkas.

Kandungan garam dalam doh konduktor membolehkan pengaliran arus kerana mempunyai ikatan ionik.
Kandungan gula dalam doh penebat menghalang pengaliran arus kerana mempunyai ikatan kovalen.

SELAMAT MENCUBA!

 

 

 

Ahad, 9 Oktober 2016

Hadiah Nobel Fizik 2016



Hadiah Nobel Fizik 2016
-Siapa menang?
>Kali ini dianugerahkan kepada 3 fizikawan kelahiran Britain, tetapi bekerja di universiti Amerika Syarikat.

-Apa dia dapat?
Share USD1 juta ada lebih kurang RM4juta

-ler.. xde la banyak, sgt. Kaji berpuluh tahun dapat banyak tu je.Baik ko jadi Pengarah boleh collect RM150juta. Apa dia buat?
>Amboi, x sayang mulut ker. Lantaklah Pengarah tu kubur dia penuh duit nanti sempit le tu. Dorg ni dpt hadiah atas "penemuan teori peralihan fasa topologi dan fasa-fasa topologi jirim."

-Apekebende tu?
>Ntah, aku pun tak paham. Hehe..

-Kamon..ko kan fizicis!
>Ok la aku try la nak faham melalui youtube, pembacaan, tanya2 pakar dan nak bagi awok2 faham juga.

-Mula2, apa tu topologi?
>Topologi ialah satu kajian mengenai bentuk sesuatu objek yg istimewa.

-Apa yg istimewanya?
Objek kat alam semesta kita ni, dia boleh berubah bentuk/sifat/keadaan tapi ada beberapa ciri yang tak berubah dengan syarat perubahan itu bukan disebabkan objek itu dipecah2kan atau dicantumkan.

-Ok.. aku rasa mcm dah susah nak paham.
>Tu sbb ko beli je Phd ko, malas nak belajo, nak menipu je pandai.. hokey xyah nak sentap2.. hihi

-Yela, saspek la kat org yg berjuang utk Phd. Ok apa bende objek yg ko cakap tu?
>ha! Contoh la. Aku tetapkan satu CIRI objek yang aku nak kaji ialah lubang pada objek tu. Donat ada satu lubang kan? Donat ni aku boleh ubah BENTUK dia jadi anting2, rantai, kuih keria. Benda2 yang kita ubah bentuk tu mengikut ilmu topologi adalah dalam KATEGORI yang mempunyai CIRI yang sama iaitu ada satu lubang, kita namakan KATEGORI 1 lubang.
Ok, seterusnya kita tengok pretzel, kuih omputih yang fofular kat shopping2 mall tu. Dia ada dua lubang. Ok objek yang sama BENTUK dengan pretzel ni macam bingkai cermin mata, hidung ko, nombor "8" dan sebagainya, kita namakan KATEGORI 2 lubang. Ko perhatikan ko boleh ubah BENTUK2 dlm KATEGORI yg sama tanpa ko cerai kan atau sambung2kan. Ko hanya lenyek2kan utk dpt bentuk berlainan tapi jumlah lubang mesti sama utk KATEGORI yang sama.

-Fuh! Tetiba aku rasa sesak napas.
> Rilek2, tarik napas. Mengikut pakar topologi dalam bidang fizik, KATEGORI yg aku bgtau tadi dinamakan FASA. Hebatnya dorg ni ialah dorang boleh hasilkan formula matematik utk setiap FASA ni. Formula ni macam acuan. Satu acuan boleh buat macam2 bentuk selagi bentuk tu dalam FASA/KATEGORI yang sama.

-So? Apa kepentingannya?
>Dunia kita ni penuh misteri. Ada sejenis bahan ni namanya superkonduktor. Bahan ni dia boleh alirkan elektrik tanpa rintangan pada suhu rendah, rendah serendahnya, -200 Celcius ke bawah taw. Tapi bila suhu naik, dia berubah FASA menjadi penebat. Tiba2 je xleh alirkan elektrik. Dgn ilmu topologi ni, kita boleh dptkan formula utk FASA konduktor dan FASA penebat dengan perbezaan CIRI antara dua FASA ini ialah sifat pengaliran elektriknya. Kalau ko dapat formula tu, ko boleh reka bahan yang FASA konduktor dia pada suhu biasa persekitaran kita iaitu 27 Celcius.

Sekarang ko matchkan kefahaman ko pasal donut yg aku explain awal2 tadi: FASA (KATEGORI) konduktor yang sama dengan SIFAT (CIRI) elektrik yang sama walaupun suhu (BENTUK) berbeza. Lepas tu, dorg boleh pulak jelaskan dgn formula macam mana nak ubahkan FASA konduktor ke penebat lepas tu kembali ke konduktor. Kalau henfon kita guna superkonduktor ni, xde lah dia jadi panas kalau kita selalu on. Rintangan dalam henfon kita yang menyebabkan elektrik susah nak gerak dan berlanggar dalam wayar menyebabkan kepanasan. Best tau kalau henfon kita guna superkonduktor, boleh kita main game sampai buta, henpon x panas. Wallah!

-Ok macam dah nak faham, macam la. Kena hadam sikit2.
> Ok lah usaha. Nak faham semua pun mana boleh sbb org kaji berpuluh tahun ko nak paham semua dlm masa seminit. Ko ingat "tonyoh2 dah dpt Phd" ke? Dorg ni aplikasikan ilmu topologi dalam memahami sifat bahan. Jadi kita hargai usaha dorg ni. Ada banyak lagi sifat-sifat bahan yang boleh aplikasikan ilmu topologi ni. Jadi impak dia besar dalam kemajuan sains.

-Dah2.. tangan aku menggigil dah ni nak wassap2..bergossip, dengar citer ada org tu ngorat student dia
>hish ko nih! Husnul dzoon lah sikit. Yelah, sori la kalau x berapa betul. Ini kefahaman aku je sekadar fizicis picisan.

Penafian: Penghasilan karya ini tidak ditaja mana-mana geran dan tidak melalui proses perwasitan

#PhDtulen #hadiahnobel #topologi #fizicis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...