Saya cuba alih bahasa ikut apa yang saya faham dan diselarikan dengan video versi English yang juga berada di Youtube.
Watak-watak dalam anime ini ialah:
Genpantsu-kun : loji nuklear di Fukushima
Encik Pemeriksa Bau : Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
Bau : Radiasi dari bahan radioaktif
Kentut : Bahan radioaktif yang bocor dan dibawa angin akibat letupan dan kebakaran
Tahi : Bahan radiaoktif
Chernobyl-chan : loji nuklear di Chernobyl, Rusia - trajedi 1986
Three Miles Island : loji nuklear di Amerika - trajedi 1979
Ubat : Kaedah mengawal kebocoran bahan radioaktif
Napkin : Perlindungan keselamatan di sekitar loji
1) Orang Jepun selalu memberi watak bernyawa kepada semua benda. Angin, air, buku, sayur..semua bende mempunyai nyawa, maka setiap benda-benda ini mempunyai perasaan dan watak dalam anime.
2) Genpatsu ditulis dengan kanji Jepun 原発 adalah singkatan bagi Genshi Ryoku Hatsuden (原子力発電) yang bermaksud "Penjanaan elektrik dari tenaga nuklear".
3) Ada beberapa gelaran di letakkan pada penghujung nama seperti -san, -kun dan -chan. -san untuk encik/puan, -kun untuk budak lelaki dan -chan untuk budak perempuan.
4) Apapun, Kerajaan Jepun cuba mengawal aktiviti loji Fukushima.
5) Jika berlaku kebocoran bahan radioaktifpun, ianya berat dan akan jatuh ke tanah dalam lingkungan 30 km dari loji.
6) Bahan radioaktif yang jatuh itu pula, seperti isotop Iodin akan kembali stabil selepas seminggu.
7) Harap sesiapa yang pernah belajar fizik dapat terangkan kepada orang ramai berbantukan animasi ini.
8) Dapatkan informasi tepat, dan kurangkan panik.
++++++++++
Untuk bacaan terkini radiasi di kawasan anda (Jepun) sila lawati laman berikut di section 調査結果. Standard selamat untuk orang awam ialah 1 miliSv/year. Perhatikan unit yang digunakan dalam laporan ialah 1 microSV/h. Untuk menukar perbandingan setara, darabkan nilai X microSv/h dengan faktor sepuluh untuk mendapatkan nilai dalam unit miliSv/year.
http://www.mext.go.jp/a_menu/s
InsyaAllah, semua lokasi dibawah tahap selamat. Bacaan 7 am, 17 Mac, Sapporo ialah 0.3 miliSv/year (jauh di bawah standard 1 miliSv/year)
TIDAK PERLULAH RISAU.
BACAAN RADIASI DI JEPUN PUN MASIH JAUH DI BAWAH NILAI PIAWAI.
INIKAN ANDA YANG BERADA BERIBU-RIBU KM DARI JEPUN.
2 ulasan:
Dalam keadaan genting mcm ni sempat lagik buat anime..
Nasib baik korang sekeluarga selamat..
tujuannya utk memberi kefahaman situasi kepada pelbagai lapisan masyarakat...
kalau explain kat budak tadika apa itu radiasi radioaktif ..apa itu tenaga nuklear..mesti la dorg x faham..cara anime adalah yg paling mudah..
Catat Ulasan