Masa tengah order makan dengan Mado tadi, tiba-tiba restoran bergegar.
Lama juga dalam 20 saat. Lampu gantung bergoyang-goyang dalam 45 darjah (pergh! sempat ukur).
Pelayan restoran pun macam tahan diri dari jatuh.
Kemudian masa makan, bergegar lagi. Tetapi kurang kuat dan pendek dari sebelumnya.
Ummi telefon Abi, risau sebab rumah bergoyang dan berbunyi.
Bila masuk ke pejabat, Sensei kata bangunan institut pon bergoyang dan berbunyi.
Dia hampir menyelamatkan diri keluar dari bangunan. Begitu juga rakan-rakan lain di bangunan yang sama.
Bila periksa di Internet, gempa berukuran 8.9 di luar pantai Sendai. Gempa di laut akan menghasilkan ombak besar dan tsunami. Video rakaman di laman berita internet menunjukkan bandar di pesisiran pantai Sendai habis hanyut di bawa arus teras. Ladang-ladang musnah. Begitu hebat kuasa air.
Sapporo juga mengalami kesan gegaran dengan skala 3. Rasanya yang paling kuat setakat saya berada di Jepun.
Biasanya sebelum-sebelum ini gegaran berskala 1 sering berlaku di Sapporo.
Talian internet dan telefon juga ada yang terganggu. Internet di rumah pun terputus, Terpaksa Ummi dan Iman berebut tengok televisyen. Tetapi, biasalah, mestilah Iman menang tengok Sesame Street.
Sekarang kalau buka laman utama Google.com , Google.co.nz dan Google.com.au akan terpapar mesej
"Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan."
Kalau Google.co.jp
"東北地方太平洋沖地震に関する災害情報をまとめたページを開設しました。"
Kalau Google.ru
"Предупреждаем о цунами от Мексики до Чили после сильного землетрясения в Японии. Волны ожидаются в течение нескольких часов."
Tetapi Google.com.my, Google.com.ph dan Google.co.id tiada apa2 mesej.
Menarik..
3 ulasan:
gempa terkuat pernah melanda jepun sejak 1900. sedih & hiba hati melihat kemusnahan terlalu banyak. terbayang rupa keadaannya di depan mata biarpun saya teroisah dengan kepulauan nih lebih 6000 batu. semoga semuanya selamat dan malapetaka yg melanda segera berlalu.
Tula.. Bila tengok berita, mmg menakutkan. Dari semalam semua saluran tv siarkan berita terkini terus menerus. Juruhebah pun siap pakai helmet. Sejak gempa pertama skala 8.9 semalam, byk gempa susulan berlaku sampai sekarang. Kuat2 belaka, mungkin plat bumi sedang adjust rekahan. Wallahua'lam
Selepas menonton Berita Terkini TV3 tentang gegaran di Jepun, terlintas di fikiran akan keselamatan Kadri dan pelajar Malaysia yang lain.
Nasib baik jauh dari Sendai. Oklah. Semoga semuanya selamat.
Bagaimana perasaan pengalaman merasai gegaran? Teringin juga nak rasa pengalaman tu. Hehehe....
-Faudzi-
Catat Ulasan