2:29 pm Terima voice message dari Polis Jepun. Dengar sekali, tahu dari pejabat polis. "Pejabat Polis Kita 24, Bahagian Akaun. Saya menelefon Shahrul Kadri kerana.......... waktu pejabat 8 hingga 5.30". Yang dot dot dot tu, x berapa nak jelas dan faham butirannya, maklumla aku ni bukan terer lagi pun Bhs Jepunnya. Cemas juga, kalau-kalau ada buat jenayah. Tak tahu sebab apa. Ulang banyak kali, terdengar perkataan sarung duit. Sarung duit? Apa kaitan dengan aku? Kemudian terdetik nak cek sarung duit aku dalam beg. Hah? Xde? Ni mesti ada orang jumpa lepas tu bagi kat polis.
Aku pergi balai bahagian akauntan dan "barang cicir (落とし物)". Tengok aku foreigner, Incik polis tu terus cakap English. Boleh pulak, kira ok la dia cakap..nampak muka dia berpeluh2..hehe.. Incik polis tu bagi semula sarung duit aku, lepas tu aku tandangan surat terima.
Incik polis : Kat Jepun, biasanya kita bagi penghargaan kepada orang yang pulangkan barang kita. Tapi dalam kes ini, pihak yang jumpa tu x mau dedahkan identiti.
Aku : Saya x tau la siapa dia, macam mana saya nak bagi penghargaan.
Incik polis : Kami kena jaga privacy dia. Jadi x perlu penghargaan.
Aku: Terima kasih..
Incik polis: Eee..takpe2 tak perlu terima kasih.
Apa dalam sarung duit itu?
hehe.. ada resit2 transfer duit, inkan (cop mohor untuk urusan rasmi di Jepun), dan juga duit JPY160,000 (~RM6k). Banyak tu, duit aku campur duit Mado dan Mito untuk bayor kos kontena sebenarnya tu. Nasib baiklah pada resit2 transfer tu ada nama aku dan nombor telefon. Tu yang polis dapat trace.
Macam mana boleh tercicir?
Lepas solat Jumaat, pergi pejabat pos untuk tutup akaun pos. Kemudian, duit tunai dalam akaun pos tu masukkan dalam Bank Hokuyo (bank swasta) di mesin ATM dekat2 situ juga. Masukkan duit guna buku akaun, sarungnya tertinggal pula. Tak perasan tinggal sampai la dapat voice message tu.
Tapi aku memang kagum la jugak, aku cicir dalam pukul 2 pm kat Kita 18 (alamat di Sapporo ni). 2.30pm dapat voice message. Rilek2 sat kat ofis, naik basikat ke Balai Polis Kita 24 (1.5 km dari tempat tercicir), pukul 3:30 pm dapat balik. Orang yang jumpa tu pun jujur, pakcik polis pun mesra. Memang JEPUN NEGARA SELAMAT q(^_^)p
Teringat kes kami sekeluarga ke Kedutaan Malaysia di Tokyo. Naik bas dari stesyen keretapi Shibuya ke Kedutaan. Bila turun bas, perasan kasut sebelah Iman hilang. Dahle baru beli kat Jusco. Mungkin jatuh dalam bas. Jadi redha je lah. Bila balik, alkisahnya naik bas yang sama dengan driver pun sama. Dia ingat muka kitorang, dia kata ada kasut jatuh sebelah. Tapi dia dah hantar ke pejabat bahagian "barang cicir". Kalau nak balik, telefon pejabat tu..dia bagi nombor telefon dan alamat. Aku tengok alamat jauh, tambahan pula kos ketapi nak pergi situ lebih mahal dari harga kasut yang hilang tu. Aku abaikan je lah..hehe. Agaknya kalau kat "negara asal" aku, mesti depa dah buang je kasut seblah tu. Apa kes nak simpan2. Tapi kalau kasut sepasang, memang dah kene kebas jer, baru pulak tu.
Di Jepun, kalau cicir barang dalam pengangkutan awam, jangan risau. Pergi je ke kaunter "barang cicir (落とし物)". iAllah mesti dapat balik.
8 ulasan:
yokatta ne^^
dah la byk duit lam tu..hehe
anshin shimasu
sebenornya x kesah sgt..haha (takburnye)
kalau duit x berkat hilangla terus..
tu namanya rejeki..alhamdulillah..
alhamdullillah..tula negara yang paling selamat..syukur dapat kembali barang dan duit yang tercicir..kalau kat malaysia..hoorey jelah kat org yang temui..teringat kisah kat malaysia, akak tertinggal handbag tak sampai 2 minit,mujur Allah nak bg rezeki,ternampak pekerja restaurant tgh duk angkut beg akak untuk sorok.Tu dia, bukan nak bg hantar ke tempat tercicir,pastinya nak sorok dulu.Apalagi pi serang terus le..pastu tak ngaku sorok,katanya nak simpan pastu hantar kat org atas.Bergaduh masa tu juga,hhehe mujur tak bawa pada polis..kalau tak kena pecat kerja.
terharu dgn sikap org jepun ni..
sambil berfikir macamna nak mencontohi mereka..
Abang pun pernah pengalaman yang sama beberapa kali, memang orang Jepun nie majoriti jujur. Barang tercicir akan ada orang yang hantar ke balai polis atau pusat khidmat sesuatu tempat.
Alhamdulillah jumpa balik. Aku pun aritu tertinggal phone dlm toilet ada org jumpa. Dia call abg man then dpt la balik:)
Mkck Z: ikut je cara islam, macam tu le juga cara dorg
K Ocin: moralnye jgn bwk handbag..bawak beg plastik je..hehe, xde org berkenan beg plastik
Abg H: betul betul betul
Mama Mazeq: Mesti phone ko x canggih, tu la xde sapa org nak, baik pulangkan smula je..kui kui
pergh.. banyak betul duit..
kalo kat malaysia, dah selamat la..
jgn harap jumpa balik...
3 pendrive aku dlm kete, gi carwash pun boleh lesap.. ni apakan plak kalo duit...
Catat Ulasan