Hari Pertama: Hiro bersama Kakaknya (Iman Nurbalqis Yumiko)
イマンヌルハディ博ビンシャーラルカドリايمان نور هادي هيروشي بن شهر القدري
Butiran kelahiran Hiro
27 Jun 2011 3.12 pagi
3.85 kg Kelahiran Normal
Usia kehamilan 41 minggu 2 hari
Hospital Slim River
Alhamdulillah segalanya selamat.
Namun beberapa jam selepas kelahiran, doktor mendapati Hiro mengalami jaundice dan tangan kiri yang kurang aktif.
Hiro di letakkan dibawah sinaran lampu untuk phototherapy dan x-ray bahagian bahu di ambil.
Didapati tulang bahu kirinya mengalami keretakan.
Kerana ketiadaan pakar tulang di Hospital Slim River, Hiro dirujuk ke Hospital Teluk Intan iaitu 60 minit perjalanan dari Slim River.
Hiro dibenarkan pulang pada hari ke-2 setelah aras jaundicenya berkurang dan keretakan tulang yang tidak serius.
Punca keretakan masih tidak diketahui, dan dipostulasi akibat proses kelahiran yang tidak disambut dengan sempurna.
Masalah ini sering berlaku bagi bayi yang beratnya lebih 3 kg dengan kelahiran normal tanpa Caesarian.
Dua minggu lagi Hiro perlu lawatan susulan di Hospital Teluk Intan.
Kelegaan di hati kami kerana keretakan tulang ini iAllah akan kembali sembuh dengan masa dan dapat bersambung semula secara semulajadi.
Cuma adakah Hiro berasa sangat sakit sehingga kurang aktif tangan kirinya, kami tidak tahu.
Kami berharap Hiro bersifat Hero..tabah dan tekal dalam hidupnya.
Setiap hari kaki Hiro dicucuk bagi persampelan ujian darah untuk memastikan aras jaundice di tahap yang rendah di klinik berhampiran.
Rancangan untuk berpantang di kampung terpaksa dibatalkan.
Hiro dan Ummi harus menghadkan pergerakan sehingga kedua-duanya betul-betul sihat.
Hiro! Ummi! Gambare!
Hari ke-5, alhamdulillah sihat.
7 ulasan:
satu lagi at consult dr either elok atau tak bedung baby...aku rasa kalau nak bedung jgn tarik tangan dia ke dada..just biarkan kat sisi. and kalau bedung jgn ketat sgt so that bole stimulate tgn dia to move.
Alhamdulillah ibu and anak selamat...insyaAllah Kad..jgn risau keretakan tu boleh sembuh sendiri..mmg takleh buat apa (cth adik aku yg accident aritu pun bahu kanan fracture mmg dr kata takes time for self healing)....cuma pls breast feed all the time for good calcium supply.
Tq so much for your advice mama mazeq. Mmg doktor x buat pape dan x suruh buat pape..hanya monitor dan lawatan susulan dan kitorg x bedung pon..cuba balut kaki sikit je..nak biarkan tangan dia gerak2.. masa handle dia mmg beware kat bahagian kiri la, handle with gentle
alhamdulillah... selamat semuanya... dont worry, baby biasanya sembuh dengan cepat... x mcm kita org tua... mmg tulang and tubuh badan baby mudah cedera tetapi mudah sembuh... itu mmg kuasa tuhan.. cuma tidak dinafikan kita sebagai ibu bapa pasti sgt risau and concern takut2 kalau ada long term effect.... jgn risau pakar tulang dh kata xde pape tu insyaallah...
for ur info, irdina masa 2 bln pengasuh die nk bukak baju n terkehel bahu... smpi sekarang kalau silap kedudukan tangan die, die menangis and tangan die xleh gerak. layu je. sbb sakit kot... klu bg ubat tahan sakit die leh je gerak pas ubat jalan. doc panggil sbg hyperlaxity. biasanya terjadi kat athlete.. sendi leh terkeluar tu.
masa kejadian tu mmg sendi cedera tp biasanya by umur 5thn sendi die makin kuat. mengikut kata doc lah... sehingga sekarang still jumpa pakar tulang every 3 to 6 month...
hati jgn kata la... tp aku n lan sandar pd allah je... semoga imah NH sembuh cepat... amin...
tq min,
kesian kan anak2 kecik ni..kecik2 dah rasa sakit2..
semoga anak2 kita sehat sejahtera la gamaknya
teruskan bagi susu ibu.. byk khasiat & kalsium. semoga khasiat dari susu ibu mempercepatkan proses pemulihan..
Tahniah Kad & Iela..
Selamat berjaga malam..
TQ Mama Syafi
mmg berjaga malam ni (@_@)
Catat Ulasan