Ada satu masaelah. Terdapat 4 orang rakan sejawatan di Jabatan XYZ, pensyarah universiti. Mereka semua sebaya, mempunyai kelulusan sarjana. Katakan gaji mereka RM4,000 sebulan.
1- Dara seorang gadis yang masih bujang tetapi sudah bertunang.
2- Bujang pula seorang pemuda yang juga masih bujang trang tang tang.
3- Minah sudah berkahwin dan sedang mengandung 4 bulan anak pertama. Suaminya seorang jurutera.
4- Karim sudah berkahwin anak tiga, isterinya tidak bekerja.
Atas arahan pihak Universiti, terdapat kuliah yang mesti dilakukan pada hari Sabtu selama satu semester iaitu selama 4 bulan. Pensyarah yang mengajar tidak akan mendapat insentif tambahan mahupun cuti gantian. Sebagai seorang Ketua Jabatan XYZ, anda perlu memilih seorang dari 4 rakan di atas untuk mengajar kuliah tersebut. Siapakah yang anda pilih dan kenapa?
3 ulasan:
pada pendapat diriku yg x pernah jd ketua jabatan:
1) pilih pensyarah asal yang mengajar subjek itu tanpa mengira bebanan peribadi
2) jika kesemua pensyarah mengajar subjek yang sama, panggil kesemua utk mesy kecil dan tanyakan siapa yg sanggup.
3) jika tiada volunteer, sila lakukan undian.
4)jika sesama pensyarah sudi tukar sama tukar atas perihatin dan kesanggupan, benarkan.
Dengan penyelesaian ini, diriku merasakan ketua jabatan tidak akan dipersalahkan dan yang paling penting ketika kita mula menerima jawatan pensyarah kita telah bersedia menerima sebarang bebanan dan tanggungjawab yg diberikan... so... sami'na wa ato'na...
(aku cakap senang la sebab bukan aku yg kna mengajar sabtu... hahaha)
woo woo..kisah benar kah ini? hehe pilih pensyarah yg memang expert dlm bidang/subjek tu xkisahla lelaki ke perempuan ke bujang ke dh kawen..
meen n N : i like yg undian tu.. btw, subjek kepakaran aku yg satu2nya di U*S* bagi kat org lain, subjek baru yg patut semua org boleh mengajar bagi kat aku PURPOSELY.
Catat Ulasan