Khamis, 10 Julai 2014

Analisis Mekanik Guna Tracker

Perisian Tracker.


Hari ini saya berkesempatan godek-godek perisian percuma Tracker.
Selepas 2 jam menyelongkar pelbagai fungsinya, saya minta pelajar Sarjana saya, Sugeng, untuk membaling bola ke atas.

Video dirakam dengan iPhone dengan durasi kurang 1 saat!

Video dimasukkan dalam Tracker.

Penentukuran disetkan.

Titik rujukan ditanda pada bola.

Lalu perisian akan menjejak trajektori bola sesudah dilepaskan hingga kembali ke tangan secara automatik, frame by frame.

Graf pula terpapar serta merta.




Mekanik adalah antara topik yang sukar difahami kerana fenomena tertentu yang terlalu pantas untuk dilihat.
Tradisinya, pita detik digunakan, kemudian sensor gerakan yang agak mahal pula diperkenalkan.
Seperti biasa, kos sudah pasti menjadi isu bagi pendidik untuk menerangkan gerak perlahan mekanik kepada pelajar serta interpretasi grafnya.
Dengan adanya Tracker ini, alternatif tersedia.

Saya buat satu tutorial ringkas penggunaan tracker seperti berikut.

Antara ujikaji yang boleh dilakukan dengan Tracker ialah
- perlanggaran dua objek
- kesan landasan condong pada gerakan
- impuls
- hubungan daya-pecutan
- ayunan bandul
- corak pembelauan (perisian boleh mengesan jarak antara pinggir lebih baik berbanding secara manual)
- pengguna juga boleh mengambil mana-mana video contohnya video tendangan penalti dan minta pelajar analisis gerakan bola tersebut.

Kelebihan Tracker
- PERCUMA
- ringkas
- graf terplot serta merta dengan pelbagai kuantiti fizik pada paksi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...