Isnin, 21 September 2015

Sebulan Tanpa Kaca Mata

Pengalaman rawatan di PROF MUHAYA EYE AND LASIK CENTRE, Kajang dengan TeknikLasik RM7050 (Harga Promosi) untuk umur >35 thn membaiki rabun jauh dan dekat serentak.

Alhamdulillah genap sebulan aku tanpa kaca mata.
Perubahan ketara ialah aku tak lagi rasa mengantuk di awal malam.
Boleh buat kerja lama sampai tengah malam.
Aku dah tak rasa sakit tengkuk dan perit mata mengadap PC lama-lama.
Syukur sangat-sangat.

Jadi, aku nak kongsi apa yang aku ingat pada hari pembedahan.
Aku diminta datang pukul 8 pagi.
Buat pembayaran dahulu di kaunter.
Aku bayar tunai RM3k, selebihnya guna skim ansuran tanpa faedah Bank Rakyat selama 24 bulan.
Nasib baik jugalah aku pemegang kad kredit Bank Rakyat, satu-satunya kad kredit yang aku ada.
Kemudian di panggil ke sudut persediaan, pakai baju dan sarung kepala yang disediakan.
Aku orang pertama.
Pada sudut itu ada diberi arahan untuk latihan pernafasan untuk elakkan gugup waktu pembedahan.
Tak lama lepas kemudian, aku dipanggil masuk ke bilik pembedahan dan diberi taklimat oleh pembantu Prof mengenai apa yang akan berlaku sewaktu pembedahan.
Aku paling risau kalau laser sedang potong kornea tiba-tiba mata aku berkedip.
Katanya ada penahan, tapi aku risau kot2 penahan tu tak boleh tahan kelopak mata aku untuk berkedip.
Memang waktu pembedahan aku tahan untuk tak berkedip, tapi berkedip juga.
Walaupun aku rasa macam aku berkedip, rupa-rupanya panahan kelopak mata tu memang betul2 tahan.
Maknanya tak perlu risau, otot mata rasa berkedip tapi kedipan tu ditahan.
Untuk lasik kena ada dua mesin, satu mesin potong kornea, mesin kedua untuk baiki rabun.
Sebelum dimesinkan, mata dibersihkan melalui sapuan.
Bila pembantu kata tutup mata, tutup..jangan memandai nak buka.
Sebab aku terbuka sikit mata, pedih sampai berair mata! huhuu..sebab antiseptik tu masuk mata...
Prof. Muhaya masuk terus pembedahan dimulakan dengan membaca surah al-ikhlas dalam hati sambil prof tazkirah.
Hanya fokuskan mata pada titik merah.
Pasrahkan sahaja mata.
Tanpa bius, memang terus dia potong.
Memang tak sakit langsung sebenarnya, cuma sebab awak panik sikit tu yang macam krem sikit badan tahan padahal takda apa2.
Lepas buat kanan, yang sebelah kiri laju sikit dan tenteram sebab kita dah tahu tak sakit.

Kemudian, katil dipusingkan ke mesin ke-2.
Di situ, nampak macam hujan cahaya merah.
Tiba-tiba bau hangit, bau tu rasanya laser baiki kornea mata.
Prof pun cakap memang akan ada bau hangit tapi jangan panik.

Lepas sapu sikit-sikit, dah siap!
Prof suruh pandang ke isteri di luar kaca bilik bedah.
Memang nampak terus!
Cuma nampak macam kabus-kabus sikit.
Rasa bersyukur sangat.
Kejap sangat rasanya 15 minit kot siap, tanpa bius, tanpa ubat makan.
Tapi sehari sebelum tu dia ada bagi ubat titik sebagai persediaan pembedahan.

Bila keluar bilik bedah mata dah mula rasa sensitif cahaya.
Rasa pedih, cahaya kuat sangat dipanggil kesan fotofobia.
Kena pakai cermin mata hitam.
Pukul 10.30 selesai semuanya, dah boleh balik.
Keluar sahaja dari klinik, rasa terang sangat.
Memang kena pakai cermin mata hitam untuk kurangkan keamatan cahaya.

Pukul 11 mata dah mula rasa pedih yang amat sangat.
Macam potong bawang.
Air mata mengalir.
Rasa tak mampu nak buka mata.
Baik tidur ja daripada buka mata.
Pedih, pedih..
Berlarutan sampai pukul 3
Dalam masa yang sama penglihatan semakin jelas.
Foggy2 mula hilang
Pedih tak hilang, air mata mengalir-ngalir..
Nasib baik isteri yang pandu kereta.
Sebenarnya ada kelas master esoknya di Kedah.
Tu yang kena bergerak ke sana.

Maghrib baharulah ok.
Dah boleh drive.
Foggy2 ada lagi sikit.

Dua tiga hari lepas tu sudah jelas.
Cuma mata rasa kering,
Macam rasa ada contact lens yang seharian tak buka dari mata.
Jadi, rasa macam nak keluarkan je contact lens tu.
Bila titik pelembab rasa lega.

Kesan ketara malam susah nak tidur.
Biasanya kita buka spek dan termenung dalam keadaan kabur.
Ini sebab mata dah ok, cerah je rasanya.
Tu yang payah nak tidur.
Tapi xda pulak rasa ngantuk esoknya.

Kemudian bila nak sembahyang dan wudhu, tangan dah biasa rutin tanggalkan spek.
Bila nak tanggalkan, eh takde pulak..hehe

Sudah sebulan ini, memang ketara perbezaan rasa lebih sihat.
Kurang mengantuk.
Kadang-kadang rasa mata kering, titikkan pelembap.

Lepas pembedahan, jika tiada apa-apa masalah tak perlu pergi ke klinik.
Memang tiada apa-apa masalah.

Teringat pembantu klinik kata beza lasik dengan Smile yang beza RM4k tu, lasik ni potong kornea dalam 2~4 cm,, Yang mahal tu 2~4 mm. Dia tanya agak-agak mana cepat sembuh, potong besar lambat sembuh dalam 6 bulan macam tu.
Aku pun terbayang yang akan ada luka pedih selama 6 bulan sehingga aku rasa patut aku buat kaedah Smile risau aku tak tertanggung kepedihan luka itu,
Tetapi ok, alhamdulillah lepas hari pertama itu memang tiada rasa pedih pun.
Normal sahaja.
Alhamdulillah.

Bila sudah lasik ini, aku faham kenapa orang yang tak pakai spek tak faham org yang pakai spek.
Selepas hampir 20 thn pakai spek ini, aku dah lupa perasaan tak pakai spek.
Aku jadi orang yang baru. ^_^

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...