Ahad, 3 Januari 2016

kod QR

Apa itu QR code?

20160101 Contact

Mungkin anda pernah melihat corak empat segi seperti di atas di mana-mana produk atau penerbitan.

Kod seperti ini ialah kod QR atau Quick Response code (kod Respons Pantas) yang mengandungi maklumat berkenaan sesuatu produk.

Di Jepun, kod ini sangat popular dan berguna untuk pengguna melayari web kerana ia mengandungi url sesuatu web produk.
Jadi, pengguna tak perlu taip url web, hanya imbas kod dengan telefon pintar dan laman web akan terpapar.

Bagaimana untuk imbas kod tersebut?

Pengguna telefon pintar boleh muat turun aplikasi QR melalui App Store (iOS) dsb dengan carian seperti "QR reader" seperti berikut

20150103

Setelah dipasang, buka dan halakan kamera telefon anda pada kod QR.
Cuba anda imbas kod di atas sekali. Apa yang anda perolehi?
QR boleh mengandungi pebagai maklumat selain url web iaitu seperti kad bisnes, ayat penerangan dan sebagainya.

Bagaimana untuk menghasilkan kod QR sendiri?

Anda boleh buat QR sendiri secara percuma melalui perkhidmatan web percuma seperti berikut http://www.qrstuff.com/.
Pilih jenis QR code yang anda mahu, masukkan maklumat dan muat turun imej kod QR anda.
Cuba imbas dengan QR reader pada telefon pintar anda untuk pastikan maklumat QR anda terpapar seperti dikehendaki.

Yosh!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...