Jumaat, 12 Februari 2016

Nak Cari Apa Apabila Ke Jepun

April ini genap 5 tahun saya meninggalkan Jepun setelah menamatkan pengajian PhD di Universiti Hokkaido pada April 2011.
Disember 2012 saya ke Nagoya untuk ujikaji mikrograviti.
Disember 2013 sekali lagi ke Nagoya untuk tujuan yang sama.
September 2015 membentang kertas kerja di Kyoto.

Kalau saya pergi Jepun, walau di mana lokasi sekali pun saya akan cari benda dan tempat berikut:

1- Setiap kali sampai Jepun saya akan cari onigiri ikura (telur salmon) dimakan bersama teh hijau botol.
Onigiri ini ialah nasi kepal, dibalut helaian rumpai laut dan diisi dengan lauk seperti tuna, udang, rumpai laut dan (^@^).
Jadi kena la hati-hati ye, jangan main sebat ja.
Biasanya dijual di kedai seperti 7-11, Family Mart, Lawson, Seicomart dan kedai seumpamanya yang dikenali sebagai 'konbini' di Jepun.
Harga biasanya kurang 200 yen.
Onigiri perasa lain mcm tuna mayonis biasanya harga 100 yen, sebab telur salmon ni mahal dia harga special.
Memang kesukaan ni. Slurrpp! Leleh...pecah dimulut telur salmon ni..woaha!

IMG_5836

"IKURA ONIGIRI ARIMASUKA?" = ada onigiri okura x?

2- Kemudian saya suka pergi Kedai 100 yen.

Cop cop! 100 yen berapa ringgit?
Pada hari ini 100 yen = RM3.70
Dari pengalaman saya memerhatikan nilai yen ni selama sepuluh tahun yang lalu, kadar tukar adalah 100 yen bersamaan dalam julat RM3 hingga RM4.

Ok sambung.
Rangkaian kedai 100 yen yang popular adalah Daiso, Can Do dan Serina.
Ada juga yang lain, kena tanya orang tempatan.
Saya suka tengok benda-benda yang pelik-pelik dan berinovasi tinggi pada harga 100 yen.
Kalau berminat terus beli.
Ada yang sesuai untuk dijadikan buah tangan seperti kipas tangan, chopstik yang Made in Japan.
Harga 100 yen je pun berbanding beli key-chain atau magnet fridge yang biasanya paling murah 350 yen seketul.
Kalau baik hati nak bagi souviner kat famili n sohabat2, baik cari di Kedai 100yen jer.
Kalau anda teruja dengan Daiso di Malaysia, lagilah teruja ja ja ja Daiso di Jepun.
Tapi kat Daiso Malaysia skarang RM5 utk satu barang.
Ada barang yang tak masuk Malaysia lagi.
Jimat..jimat..

348s

Selain DAISO, banyak lagi kedai 100 yen seperti
i- seria
ii- can do

"TONARI NI HYAKU EN SHOPPU GA ARIMASUKA?" = dekat2 sini ada kedai 100 yen tak?

3- Saya juga akan survey kedai Don Quijote (Sebut Don Ki Hote) yang terdekat.

Boleh survey http://www.donki.com/ Pilih Language English
Di sini ada jual macam-macam benda menarik macam kostum anime, peralatan dapur, pakaian, gajet2 yang kiut-kiut, macam-macamlah, benda kita tak pernang jumpa dalam hidup pun akan jumpa..hehe
Mesti ada benda yang saya nak beli di sini lepas tengok.
Kedai ni bebas cukai, jadi kalau beli apa-apa simpan resit atau claim di kaunter sebagai pelawat tunjuk passport.
Memang spot tourist nih utk shopping, tu pasal ada khidmat bebas cukai.
Don-Quixote

"TONARI NI DONKI HOOTE SHOPPU GA ARIMASUKA?" = dekat2 sini ada donki hote shop tak?

4- Saya juga akan survey Kedai Terpakai di sekitar lokasi saya.

Mungkin tanya orang tempatan di mana second hand shop atau recycle shop (orang jepun sebut "resaikuru shoppu').
Rangkaian yang popular seperti Off House dan 2nd Street Shop.

recyclestore1
Cer tengok kedai atas ni, punya vogue.
Kalau tak tahu macam ni la ghupenya kedai 2nd hand yang grand, nampak macam kedai barang baru tapi jual barang 2nd hand.
Barangan terpakai termasuk komputer, Play Station, Wii, alat muzik, peralatan memancing, barang dapur, pakaian, mainan dan sebagainya.
Anak patung branded macam Disney yang harga puluh2 ringgit yang tak kuasa saya beli, dijual dengan 100 yen je siap ada tag lagi macam tak guna langsung.
Biasanya barangan tersebut perlu dibersihkan dahulu sebelum terjual di kedai mereka.
Memang tak sama dengan kedai second hand Malaysia, dengan bau bersawang bagai.
Kedai Second Hand Jepun ni kalau tengok macam kedai baru, tak perasan dia kedai Second Hand.
Ada yang tak pernah digunakan, terus dijual oleh pemilik.
Saya suka jalan-jalan tengok barangan apa yang menarik untuk dibeli pada harga yang murah.
Ada juga branded item seperti Gucci, Channel yang terjual.
Kalau bernasib baik, dapat yang brand new pada harga berpatutan.
Orang selalu tanya kat Jepun apa barang murah?
Basically semua mahal, tapi kalau beli di Second Hand Shop, berbaloi-baloi ko.
Jangan tak tahu, yang kereta-kereta recond masuk Malaysia pun second hand juga.
Kualiti second hand Jepun memang tip top lah.

"TONARI NI RESAIKURU SHOPPU GA ARIMASUKA?" = dekat2 sini ada recycle shop tak?

5- Saya juga akan survey jika ditempat tersebut ada restoran sushi 100 yen.

Terdapat banyak cawangan restorang sushi 100 yen, antaranya ialah
1- sushiro
2- uo bei & genki sushi
3- kura sushi

Depa2 ni adalah kedai sushi dengan harga 100 yen sepinggan (ada dua ketul sushi).
Kalau anda rasa Sushi King sedap, depa ni laaaaagi sedap dan lebih murah.
Kesukaan ialah salmon toro bakar (toro = bahagian perut)...wah..tiap kali masuk mulut mengalir air mata atas nikmat yang Allah beri...huhuh, dah la 100 yen jer..

20140724-205048-75048850
Tengoklah salmon posing kat atas ni, 100yen je sepinggan.
Hantu salmon memang nangis la...huhu
Inilah lokasi saya sekeluarga hampir setiap minggu sekali makan di sini masa belajar dulu-dulu.

sushiro-conveyor-belt-restaurant-popular
Halal ke? Malas saya nak jawap...hehe
Ada juga kedai nama lain yang jual sushi 100 yen.
Jadi kena tanya-tanya juga la orang tempatan.

"TONARI NI SUSHIRO TEN / HYAKU EN SUSHI SHOPPU GA ARIMASUKA?" = dekat2 sini ada kedai sushiro/sushi 100yen tak?

Semoga Bermanfaat

 

WiFi di Jepun? Router boleh share dengan ramai2? Tanpa had? Ha! Ni dia -->

2 ulasan:

Shahril berkata...

Aksum bro...saya dan fmli nk trip Tokyo dis ni dan trus ke Hokkaido..Leah bgi tip tk heheheh...nk beli winter jacket murah dtokyo..tmpt mkan..tmpt wajib dlwati dtokyo dn tmpat wajib stop otw ke Hokkaido..ok bro...jasamu dkenang..heheheh

armie berkata...

mana nak cari barang-barang perlatan golf bro di Osaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...