Minggu ini berlangsungnya sesi temu duga utk kemasukan program ISMP di UPSI untuk ambilan September. Biasanya ada satu lagi sesi untuk Ambilan Februari, tapi biasanya jumlah penawaran tidak besar.
Kadangkala kami temu duga semua calon ISMP secara berpusat tak kira dari IPTA mana sekalipun.

1. kelayakan akademik** minimum untuk sesuatu program yang dipohon
2. kelayakan ujian MEdSI (Malaysian Educator Selection Inventory) iaitu ujian berkomputer mengandungi soalan aneka pilihan yang menguji ciri2 pendidik pada diri calon. (Kadangkala MEdSI dijalankan serentak pada hari sesi temu duga). Walaupun anda hebat akademik, kadangkala anda tidak mempunyai ciri pendidik yang dikehendaki menyebabkan anda gagal melepasi ujian ini.
**kelayakan akademik ialah gabungan prestasi keputusan diploma/stpm/matrikulasi/asasi/stam/prauniversiti DAN matapelajaran berkaitan program dipohon pada peringkat spm. Jadi SPM memang penting!


Satu sesi dikendalikan dalam masa 10 hingga 30 minit.

Penilaian bermula seawal calon mula masuk ke bilik temuduga sehingga saat keluar dari bilik. Segala gerak geri dan pertuturan calon diperhatikan.
Berikut merupakan langkah-langkah / proses yang harus dan akan dilalui calon.
1️⃣Melapor diri pada petugas di hadapan bilik temuduga. Sila hadir pada waktu yang ditetapkan. Ketidakhadiran menandakan temu duga anda gagal.
(Tip: Berpakaian kemaslah mirip seorang guru.)
2️⃣Ujian rabun warna dijalankan sebelum bermula soal jawab temuduga (sama ada di luar atau di dalam bilik). Sesetengah program seperti Seni tidak membolehkan calon rabun warna mengikut programnya.
3️⃣Masuk ke bilik temu duga dengan sopan dan menyerahkan dokumen sokongan seperti sijil aktiviti dan akademik.
(Tip: Susun dokumen dengan kemas dan cermat ikut kronologi masa).
4️⃣Duduk ke kerusi setelah dibenarkan panel.
(Tip: Cara anda bergerak dari saat anda masuk ke bilik hingga duduk juga dinilai oleh panel kerana ia menggambarkan perwatakan anda).
5️⃣Ketepikan sebarang gangguan seperti beg tangan, gajet dengan meletakkannya di sisi kerusi.
(Tip : gangguan seperti pen di tangan mengundang reaksi luar sedar seperti pen dipusingkan seperti helikopter, jari mengetik hujung pen dan sebagainya)
6️⃣Duduklah dengan tegak dan yakin, telapak tangan di atas peha.
(Tip: Jangan goyangkan kaki kerana ia menunjukkan keyakinan anda yang rendah. Berpeluk tubuh amatlah ditegah.)
7️⃣Gunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam menjawab persoalan yang diajukan dalam BM. Walaupun anda memohon TESL, jika ditanya dalam BM jawablah dalam BM.
(Tip 1: Jangan campur adukkan penggunaan English dan BM)
(Tip 2: Gunakan tangan dengan gaya yang betul untuk menerangkan sesuatu hujah, jangan terlalu kaku)
8️⃣Gunakan English sepenuhnya jika soalan diajukan dalam English kerana salah satu komponen penilaian ialah kebolehan berkomunikasi dalam English walaupun anda memohon Kesusasteraan Melayu.
(Tip: Beranikan diri untuk menyampaikan idea dalam BI. Panel tidak menilai tatabahasa ayat tetapi keberanian serta idea yang ingin disampaikan)
9️⃣Untuk program seperti Bahasa Tamil, Arab dan Cina, calon dikehendaki bertutur dan membaca teks bahasa tersebut yang akan diberikan panel.
🔟Terdapat pelbagai kaedah penilaian yang akan dilakukan panel seperti:
a) mock-teaching
Calon dikehendaki mengajar sesuatu topik seperti seorang guru sebenar.
(Tip: Bayangkan anda adalah guru dan panel adalah pelajar).
b) debat
Pasangan calon akan diberi peranan sebagai pencadang dan pembangkang untuk menghujahkan sesuatu isu yang diberi panel.
(Tip: Sekiranya ada diberi peranan sebagai pencadang dan walaupun secara peribadi anda mungkin tidak bersetuju sesuatu penyataan yang diberi, namun anda mestilah kekal berhujah sebagai pencadang.)
c) uji bakat
Calon diminta mendeklamasikan sajak (Bahasa), menyanyikan lagu kanak-kanak (Pen. Awal Kanak-kanak), simulasi menjahit (ERT), demonstrasi servis bola (Pen. Jasmani) dan sebagainya bergantung kepada program dipohon.
(Tip: Lakukanlah tanpa segan silu dengan penuh yakin)
d) isu semasa
Lengkapkan diri anda dengan isu-isu semasa pendidikan.
(Tip: Selak surat khabar atau portal berita dalam jangka masa seminggu sebelum sesi temu duga untuk mendapatkan idea isu terkini pendidikan dan juga negara).
e) pengetahuan bidang yang dipohon
Selidik bidang pengajian yang ingin dipohon. Program seperti Pendidikan Khas, Pendidikan Awal Kanak2, Bimbingan Kaunseling bukanlah satu mata pelajaran diperingkat sekolah. Jadi, calon mesti membuat 'research' tentang bidang ini agar tidak salah menjawab apabila disoal.
[Tip: Pengetahuan asas program yang dipohon menunjukkan kesungguhan anda untuk mendalami bidang tersebut]

1️⃣anda gagal temu duga
2️⃣anda lulus temu duga, cuma kuota program telah dipenuhi dengan calon yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih baik.

Tak perlulah hubungi saya atau pegawai lain minta tolong 'adjust'kan, sebab kami tiada ada kuasa untuk itu.
Dalam kemajuan masa kini, semuanya telah direkod dengan sistem dan pemilihan adalah berdasarkan merit iaitu kelayakan.

Jadi, niatnya harus betul iaitu untuk mendapatkan tempat pengajian perguruan bukan mendapatkan pekerjaan sebagai guru.



❌Antara punca-punca gagal temu duga.
1️⃣ Isytihar terang-terangan tidak meminati program ISMP, mungkin atas desakan keluarga dan sebagainya.
2️⃣ Menolak untuk melakukan simulasi pengajaran/uji bakat.
3️⃣ Tidak berupaya untuk berhujah atau jawapan tidak munasabah.
4️⃣ Tiada ciri-ciri pendidik. (seperti suara tak kedengaran sayup2 bunyinya, gugup keterlaluan, kusut, selekeh)
Semoga bermanfaat.
#PensyarahMudaKadri




Tiada ulasan:
Catat Ulasan