Ahad, 15 November 2026

Teori Prinsip Pertama Pengajaran

Teori Prinsip Pertama Pengajaran (First Principles of Instruction Theory) diperkenalkan oleh M David Merrill pada tahun 2002.

Teori ini adalah sintesis kepada teori dan model pengajaran utama iaitu:

  1. Star Legacy — Vanderbilt Learning Technology Center
  2. 4-MAT — McCarthy
  3. Instructional Episodes — Andre
  4. Multiple Approaches to Understanding — Gardner
  5. Collaborative Problem Solving — Nelson
  6. Constructivist Learning Environments — Jonassen
  7. Learning by Doing — Schank 
Teori beliau menjawab kepada soalan adakah suatu pengajaran itu berkesan, cekap dan melibatkan (e3-effective, efficient and engaging)?
Untuk mencapai e3, satu-satu pengajaran mestilah menepati prinsip berikut
1- Berpusatkan Pelajar (Student-centered)
2- Pengaktifan (Activation)
3- Demonstrasi (Demonstration)
4- Aplikasi (Application)
5- Integrasi (Integration)

Pendekatan ADDIE boleh digunakan untuk merancang proses pengajaran. 
Prinsip pertama menerangkan apa yang perlu ada dalam satu pengajaran, manakala ADDIE boleh digunakan untuk merangka pengajaran tersebut.


Dalam fizik dan matematik ada juga konsep Prinsip Pertama.
Prinsip pertama ialah andaian atau proposisi asas yang tidak dapat disimpulkan daripada sesuatu yang lebih asas, ia adalah sesuatu yang anda terima sebagai titik permulaan dan segala-galanya dibina di atasnya.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...