Khamis, 13 Jun 2013

Panduan Persediaan ke Luar Negara

Kepada yang biasa pergi membentangkan kertas kerja atau berurusan di luar negara, pasti urusannya mudah kerana agak rutin. Namun bagi yang jarang-jarang atau pertama kali untuk ke luar negara, pasti sesuatu yang agak merisaukan atau terlupa apa yang perlu dilakukan.

Berikut mungkin senarai semak berguna sebelum kita ke luar negara.

1) Passport yang masih aktif.

2) Tidak disenaraihitamkan untuk ke luar negara. Akhir-akhir ini ramai anak muda diisytiharkan muflis akibat keberhutangan dengan bank atau PTPTN menyebabkan mereka tidak boleh ke luar negara.

3) Tiket penerbangan yang sah. Pastikan lapangan terbang, masa tarikh penerbangan adalah betul. Jika transit, pastikan nama lapangan terbang mendarat dan berlepas. Kini, menjadi kebiasaan yang memerlukan kita berpindah lapangan terbang, contohnya Haneda Airpot dan Narita Airport yang berada di Tokyo, Jepun juga Orly Airport dan De Gaulle Airport di Paris. Seperti juga Lapangan Terbang Subang dan KLIA di Malaysia. Jika anda perlu berpindah, silalah rancang kaedah transportasi anda agar tidak ketinggalan penerbangan seterusnya.

4) VisaPeriksa sama ada anda perlukan visa untuk memasuki sesebuah negara.
Boleh check di sini --> http://en.wikipedia.org/wiki/Visa_requirements_for_Malaysian_citizens
Double check di sini --> http://www.kln.gov.my/

5) Keperluan Muslim: Makanan, waktu sembahyang, kiblat Laman berikut mungkin dapat membantu untuk mencari info tersebut --> http://www.islamicfinder.org/

Perkara lain ialah penggunaan tandas. Kebanyakan tandas di seluruh dunia tidak menyediakan paip air untuk kebersihan selepas membuang hajat. Saya cadangkan anda membawa botol kecil kosong di dalam beg atau saya sendiri membawa portable bidet yang sangat bermanfaat --> http://kadoridesuyo.blogspot.pt/2011/02/tandas-jepun-versi-2.html

6) Kewangan Sediakan wang tunai secukupnya dalam mata wang negara yang ingin dikunjungi. Jika sukar didapati, tukarlah kepada mata wang USD sebagai simpanan untuk ditukar di kaunter pengurup lapangan terbang di destinasi.

7) TelekomunikasiTidak banyak lapangan terbang yang menyediakan perkhidmatan WiFi percuma, jadi anda mungkin bermasalah untuk mendapatkan informasi pantas. Pastikan anda mengaktifkan pelayaran antarabangsa dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi anda. Periksa kadar panggilan dan penggunaan internet agar anda tidak terkejut dengan bil yang dicajkan kelak.

Saya menggunakan YesLife Web untuk telefon ke Malaysia. Mereka menggunakan kadar yang rata seluruh dunia.

8) ElektrikPeriksa standard Elektrik di destinasi kunjungan. Di Malaysia standard elektrik ialah 240V 50Hz. Di Jepun 100 V 50Hz memerlukan transformer untuk menaikkan voltan bagi kegunaan peranti dari Malaysia. Periksa juga jenis plug.Terdapat pelbagai bentuk plug yang digunakan diseluruh dunia. Biasanya komputer riba menerima semua jenis bekalan elektrik, cuma pelu dibeli plug untuk disesuaikan dengan negara yang dikunjungi. Belilah universal plug yang boleh diselaraskan dengan apa juga bentuk plug sekiranya anda tidak pasti jenis plug yang digunakan.
9) Pakaian : Negara yang anda kunjungi mungkin berada dalam musim sejuk yang melampau dan anda hanya memakai kemeja pendek. Periksalah suhu dan keadaan cuaca di destinasi kunjungan anda.

10) Perubatan : Pastikan anda membawa ubat-ubat berkaitan kerana pasti sukar untuk mencari farmasi di waktu kecemasan.

11) Bahasa : Satu dunia tidak berbahasa Inggeris sahaja. Bersedia dengan beberapa perkataan asas bahasa pertuturan di destinasi kunjungan seperti Ya, Tidak, Terima Kasih.

12) Perlindungan : Anda mungkin memerlukan Insuran atau Takaful Perantauan untuk melindungi perjalanan anda seperti risiko ketinggalan penerbangan, beg hilang atau pun dimasukkan ke hospital di luar negara. Anda boleh membeli pakej perlindungan sebelum berlepas.

13) Perhubungan : Maklumkan kenalan tentang perjalanan anda. Dapatkan no telefon kedutaan/konsulat Malaysia di negara kunjungan sebagai langkah persediaan jika anda memerlukan bantuan nanti. Pautan berikut mungkin membantu --> http://www.kln.gov.my/

Semoga Bermanfaat!

Selasa, 21 Mei 2013

Penyelidikan Pendidikan : Statistik Deskriptif

Statistik : Indeks ukuran yang mewakili satu-satu populasi
Paramater: Indeks ukuran yang mewakili keseluruhan populasi

Data numerik terbahagi kepada
1) Data kategori : Dilaporkan dalam bentuk kekerapan seperti jantina, bilangan guru yang mempunyai ijazah
2) Data kuantitatif :  Dilaporkan dalam betuk skor berdasarkan skala yang dibina seperti pencapaian akademik dan minat

Teknik merumuskan data kualitatif
1) Poligon frekuensi
2) Histogram
3) Plot daun-tangkai
4) Lengkungan normal
5) Purata: median, mod dan min
6) Sebaran: Kuartil, Rumusan 5 nombor, Plot kotak, julat dan sisihan piawai
7) Skor piawai, skor-z, skor-T
8) Korelasi: plot serak, pekali Person

Teknik merumuskan data kategori
1) Graf palang
2) Carta pai
3) Jadual pecah silang

Khamis, 2 Mei 2013

Sungai Inki, Kalumpang, Selangor.

Cuti 1 Mei semalam kami sekeluarga bermandi manda di Sungai Inki, Kalumpang, Selangor.
Walaupun sudah 2 tahun tinggal di Kalumpang, tetapi kami tidak pernah pun ke sini.
Padahal 15 minit dengan kereta sahaja sudah sampai.

Di mana Sungai Inki?
Dari tol Tg Malim, silalah ke arah Kuala Kubu Bharu atau Rawang. Jangan pula ke Ipoh ya!
Dalam 7 km, akan sampai ke pekan Kalumpang.
Bila nampak jejantas, ke depan sedikit ada Kg Pasir Putih dan Klinik Desa Kalumpang.
Ada papan tanda coklat bertulisan putih "Kawasan Perkelahan Sungai Inki"
Kemudian ikut papan tanda ke Kalumpang Resort and Training Centre (KRTC).
Bila dah sampai pintu gerbang resort, terus lagi masuk ke depan melalui jalan yg tak berapa elok, berlopak-lopak kira-kira 300 m dari KRTC tu memang nampak ada kawasan awam untuk perkelahan.
Tempat parking dia tak berapa rata.
Ada wakaf berbumbung sesuai utk berkelah dan barbekiu.

Yang saya tak suka ialah kebersihan kawan sekitar. Jika anda bawa bekal perkelahan, silalah bawa pulang sampai sekali. Kalau pun PEMALAS nak bawa sampah pulang, kumpulkanlah di tong sampah yang disediakan. Memang bongok betul org yang buang sampah merata. Mandi nak free dan cantik, tapi kesedaran sivik tarak.

Kalau yang inginkan kebersihan, boleh masuk ke Kalumpang resort yang memang dijaga rapi. Tetapi setiap orang dikenakan bayaran RM10 yer. Jadi pilihlah yang percuma, parkir percuma dan persekitaran bersampah sarap ATAU bayar RM10, parkir yang lebih baik dan kebersihan terjamin.

Kami mandi pukul 8:30 pagi memang tak ramai. Air pun seeeeejuuuk. Bila kami balik 9:15 pagi, bersusun-susun kereta masuk.

Walaubagaimana pun, kami lebih suka kawasan perkelahan kolam air panas Kerling (dalam 10 km dari Kalumpang) sebab kawasannya lebih rata dan parkir yg lebih luas sesuai untuk anak kami yang masih kecil. Sungai Inki ini banyak jeram dan tak sesuai untuk beranak kecil.



Ahad, 9 Disember 2012

Teknik Mendorong Pelajar Corot

Saya mendapat tahu teknik ini melalui seorang rakan Cikgu Fazliah dan memuat turun sampel e-book dari --> http://downloadilmu.com/shop/mendorongpelajar/

Setelah mendapat sedikit gambaran dari pembacaan, saya fikirkan teknik ini amat berguna untuk saya aplikasikan ke atas pelajar saya di peringkat Universiti.

Semester ini saya mengajar 4 kumpulan pelajar Diploma Sains semester 2.
Perwatakan pelajar kali ini berlainan berbanding pelajar semester 1 Diploma Sains yang saya kendalikan semester lalu.
Mereka kelihatan lebih "matang".
Beberapa kelompok pelajar sering lewat ke kelas dan berborak-borak dalam kelas.
Pakaian juga tidak menepati kehendak piawaian Universiti.

Namun bagi saya ini suatu cabaran.
Apa yang saya lakukan
1: Memuji kehadiran pelajar walaupun lewat.
2: Mendekati pelajar ketika aktiviti latihan kendiri dan memberi personal instruction jika cara kerja yang mereka lakukan salah
3: Berterima kasih kepada pelajar yang menulis jawapan di papan putih
4: Kurangkan bercakap, banyakkan mendengar.
5: Mendorong pelajar pemalu melontarkan suara.
6: Mengawal pelajar terlalu aktif dengan berhemah.
7: Mengetengahkan pelajar yang 'menyorok'.

Setelah 2 minggu percubaan, saya dapati ada perubahan positif kepada kelompok pelajar-pelajar bermasalah.
Saya merasa puas hati selepas setiap sesi kelas.
Kami banyak bergelak ketawa, namun pengisian tetap dilakukan.

Saya tidak mengharapkan mereka skor tinggi untuk kursus yang saya ajar ini.
Saya mengharapkan kemajuan sikap positif mereka yang dapat membantu kerjaya mereka akan datang.


Khamis, 27 September 2012

Perbaharui pasport atas talian

Pasport saya telah luput beberapa bulan yang lalu.
Hujung tahun ini saya akan ke luar negara.

Semalam, saya cuba perkhidmatan atas talian Jabatan Imigresen Malaysia.
Pergi ke http://www.imi.gov.my/ dan pilih ONLINE SERVICES.
Masukkan nombor pasport dan nombor kad pengenalan.
Maklumat pemohon akan terpapar.
Untuk teruskan permohonan, kita mesti muat naik gambar berukuran pasport yang telah diimbas.
Bahagian muat naik inilah yang paling bermasalah bagi saya.
Sebabnya, apabila telah dimuat naik, gambar saya jadi penyek.
Jadi saya cuba beberapa kali menukar saiz gambar yang dimuat naik agar tidak kelihatan terlalu kurus atau terlalu gemuk (memang gemuk pun :p).
Setelah selesai, hanya teruskan kepada fungsi pembayaran atas talian.
Saya cuba gunakan kad debit maybank, tetapi ditolak sistem.
Kemudian saya cuba pula kad kredit Bank Rakyat.
Barulah boleh.
Saya cetak slip pengesahan.

Pagi tadi saya pergi ke pejabat kutipan di Kuala Kubu Bharu.
Premisnya berhadapan SJK(T) KKB.
Sila bawa bersama slip pengesahan, kad pengenalan dan pasport lama.
Saya ingatkan terus siap dan ambil, rupa-rupanya mesti sahkan dahulu cap jari dan tunggu dalam masa 2 jam untuk siap.
Jadi, kelebihan permohonan atas talian hanyalah tidak perlu isi borang bercetak (buatkan kerja untuk depa kot).
Saya pun keluar berjalan-jalan di luar.
Saya sempat makan cendol di Pasar Awam KKB.
Lepas satu jam, saya cuba bertanya sama ada sudah siap atau belum.
Alhamdulillah, siap!
Senang juga ya perkhidmatan kerajaan sekarang.
Saya mesti pilih :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...