Hari ini ada mesyuarat keputusan peperiksaan.
Semester ini saya dikurniakan kelas ke-7 dan terakhir dalam turutan abjad.
Kebiasaannya, di sekolah kelas hujung ini dikumpulkan pelajar-pelajar corot.
Di universiti kadang-kala tidak menggambarkan sebegitu.
Namun ada kalanya sebegitu.
Kumpulan pelajar yang tambah kursus di saat-saat akhir, atau pelajar mengulang atau kumpulan pelajar yang pada semester pertamanya adalah dari panggilan kedua kemasukan menyebabkan namanya di kumpulan belakang-belakang.
Keputusan peperiksaan kali ini bagi kumpulan saya ini majoritinya berada di hujung lemah taburan normal yang agung.
Ini menyebabkan saya terpaksa menjawab atas keputusan mereka yang amat "memberangsangkan".
Sebelum ini saya sudah mengajar kursus yang sama beberapa semester.
Keputusan semester-semester lalu berada dalam taburan yang disukai orang atas-atas.
Saya menerima rungutan rakan sekerja yang pernah menerima tanggungjawab kumpulan kuliah yang belakang-belakang.
Kali ini saya merasainya dan sebenarnya saya sudah pun bersedia.
Bagi saya, keputusan mereka ini kurang bagus kerana mengikut ukuran standard.
Mungkin mereka ini ikan yang diadili dengan kepantasan mereka berlari seperti kucing yang comel?
Jadi semestinya mereka tidak akan dapat cemerlang.
Sekurang-kurangnya saya berjaya menjadikan mereka tidak gagal, lagi pun mereka memang ikan!
Tetapi kejayaan ini tidak diraikan.
Saya perlu menjawab kenapa keputusan mereka atas sedikit daripada gagal?
Saya perhatikan pelajar ini ada keupayaan yang lain yang perlu diukur dengan pembaris yang lain.
Mereka ini ialah Pelajar Kelainan Upaya.
1 ulasan:
Sensei! hats off...beautifully written
Catat Ulasan