Isnin, 2 November 2015

Kisah Ntahapahapa di Restoran Terkemuka

Malam ini berlaku kejadian yang aku kira menyusahkan aku nak tidur.

Jadi baik aku tulis supaya apa yang dalam kepala boleh dikeluarkan.

Kejadian berlaku di sebuah restoran elit dekat dengan rumah aku.

Kami baru balik dari KL.

Jam pun sudah pukul 8:30 mlm dengan hujan renyai2.

Yang lain semua dah lapar, jadi keluar tol Tg Malim aku bawa lah terus ke restoran itu.

Pertama kali masuk.

Konon-konon special treat utk ummi.


Setelah duduk, kami membelek-belek menu.

Harga memang bukan range kami rakyat marhaen.

Air gas paling murah, RM2.50.

Air lain takde melainkan yang lebih mahal.

Masakan semua ala barat.

Terkedu juga kami tengok harganya.

Tapi mahu jugalah mencuba kot kot sepadan dgn rasa.

Dalam otak dah set adalah pilihan utk bawa orang luar/oversea makan kat sini.

Si hiro dah cakap lapar.. Lapar...

Kami tunggu orang ambil order.

6 minit macam tu org yang amik order x muncul2.

Pelanggan pun xdelah ramai pun.

4 meja, satu dah serve, satu macam termenung tunggu makan sampai, satu baru je duduk awal sikit dari kami.

Bila muncul dengan sepintas lalu katanya kejap mahu ambil pesanan meja lain dahulu.

Kami tunggu lagi dalam lebih 4 minit macam tu.

Budak-budak dah macam tak terkawal kelaparan.

Bila orangya sampai mahu ambil order, aku tanya burger ni sekali dengan kentang ke?

Aku tanya jelas.

Dia jawab English you know "you get what you see".

Sense humor aku tetiba muncul, "termasuk yang ni ke?" Sambil aku tunjuk gambar chef tepi burger.

"I think your are being rude, she is my wife"

Nada suara dia macam offensiv.

Ok fine! Aku xde la fikir dlm kepala aku benda x senonoh bila tunjuk gambar tu.

Kemudian, aku tanya "lamb burger ada?"

Katanya takde. Dah kata you get what you see tapi xde pulak bendenya.

Aku dah tawar hati.

Buka laman lain untuk buat pilihan menu lain pula.

Lepas tu dia kata abg pilih dulu nanti dia datang.

Sudah.. Kita dah tunggu nak pesan dah lama.

Kemudian dia tinggalkan kita.

Kita ni 1st time datang nak la berkenalan dgn menu dgn bertanya orangnya, takkan lah kita nak tanya meja.

Plus harga yang mahal tak mencerminkan kecekapan perkhidmatan.

Suasana makan pun xdelah kebabom sangat.

Anak-anak dah lapar, kalau pesanan pun ambil lambat apa lagi makanannya.

Karang budak mogok, makanan sampai tak dimakannya dahlah mahal.

Aku pun ajak ummi terus beredar sbb tak tahan tunggu dah.

Budak2 ni kalau lambat jadi ultromen masing2.

Aku ajak ummi cau.

Bila aku nak keluar dari parking, owner yang ambil pesan tu datang kat aku.

"Dont ever come here again!"

"What the fuck"

Aku macam terkejutlah. Apahal marah2?

"She is my wife,ok!"

Sel-sel otak aku berhubung, memang dia marah betul pasal joke aku yg x menjadi pasal dapat chef tu.

Aku hulur tangan ok saya minta maaf.

"What the fuck" jerit2nya.

"Kau cuba la jual bini ko macam pelacur!"jerit dia sambil tunjuk penumbuk nak tumbuk.

Aku cemas juga, tapi biarkan aja orang tengah marahkan.

"Macam ini ke orang Islam, what the fuck" berulang-ulang dia jerit.

Aku pun perlahan-lahan keluar parking.

Anak-anak pun tanya orang tu marah ke abi?

Ummi diamkan diorang.

"Kalau orang marah2, kita diam je" kata aku.

Mula2 bisikan syaitan menghasut aku menyumpah seranah orang tu dan restorannya.

Owner tu too rude.

Islam sangatlah maki-maki orang macam itu.

Berlagak nak mampus restoran mahal.

Lama kemudian aku mempositifkan diri.

Beruntung si chef bersuamikan orang yang betul2 cintakan dia dan protektif.

Mungkin dia tgh problem yang jadikan dia macam org x betul marah2 org.

Salah faham yang menjadikan situasi ini berlaku.

Aku make joke takde niat pun terlintas masa tunjuk gambar chef tu mcm apa yg difikirkan owner tu.

Hanya fikir kosong, macam tunjuk chef tu dapat gambar chef. Tapi mmg ekceli gambar pun x fikir, just x fikir apa2 langsung hanya tunjuk gambar saja.

Apa-apa pun pengajaran juga utk aku.

Apa yg kita fikirkan x sama dgn apa yg org lain fikirkan.

Joke for us maybe insult for others.

Live a life.


Ok lega dah kepala yang bersarang.

Post ini pun xkan virallah.

Lainlah kalau retis.

Tu yang main tulis je buat tazkirah diri di masa depan.

Nak datang situ lagi?

Tak kot sbb dia dah x bagi datang..plus sedar diri rakyat marhaen yang x mampu makan menu chef.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...