Rabu, 20 November 2024

Bapak saya yang nak saya jadi cikgu.

"Awak memang nak jadi cikgu ke?"
"Tak mahu, Dr. Mak saya yang nak saya jadi cikgu"

Macam tu lah.
Semalam aku panggil beberapa orang yang tak berapa perform dalam Ujian dan Tugasan.
Pelajar ISM Pendidikan Fizik
Tipah (bukan nama sebenar) mengaku strategi tak berkesan.
Diorang ni semua dah melepasi tapisan MEdSI dan temuduga.
Maknanya mereka layak secara psikologi, kognitif dan kemahiran asas.
TAPI, tak minat.
"Awak T20?"
"Tak..B40 Dr"
"Kita ni B40 kena rebut peluang. Kalau T20 diorang boleh cipta peluang. Boleh capai apa yang diorang nak."
Ntah betul ke tak aku nasihat.
"Belajar bagi habism, kalau tak mahu jadi Cikgu, ada banyak peluang kerjaya yang memerlukan awak berijazah. Timbah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya. Takkan awak nak bazirkan masa 4 tahun dalam keadaan denial sebab tak mahu jadi cikgu, protes dan merosakkan masa depan."


"Bapak saya yang nak saya jadi cikgu, Dr. Saya nak jadi atlit sukan."
"Awak rasa awak layak ke jadi atlit?"
Sengih pelajar dari Borneo itu.
"Awak boleh je nanti ambil minor PJK atau sains sukan, itu pun kalau awak lepas sesi saringan. Kadang-kadang kita ni rasa kita boleh buat benda tu sebab minat, tapi sebenarnya tak layak pun. Tapi boleh cuba"
Ni sorang lagi pelajar lelaki. 
Tak boleh eh jadi cikgu fizik tapi coach bola ke, tinju ke.
Bukan senang nak masuk program ISMP ni.
Tapi itulah, memenuhi hasrat keluarga.

Selamat Maju Jaya.

Jumaat, 21 Jun 2024

MC lagi

Rasa macam tak tahan sakit urat satu badan dengan batuk-batuk, rasa nak demam, Rabu malam aku pergi juga ke klinik panel UPSI, Poliklinik Syifa, depan pintu utama kampus lama.
Jumpa Doktor baru, graduan Poland uol :)
Semangat dia jelaskan keadaan aku ni.
Terbaik.

Dapat MC dua hari.
Pneumonia kata doktor.
Cuba dua jenis antibiotik serentak, Azithromycin dan Clamentin.
Lagi tak tahan kena top-up RM60, sebab UPSI lindungi maksimum RM40.
Syukurlah juga ada perlindungan, kan?
Terima kasih UPSI.


Belum sampai sebulan dari MC sebelum ini.
Esok paginya ada kelas pukul 8 pagi.

Kalau MC sebelum ini aku pergi juga kelas sebab tak mahu batalkan dan berganti.
Tapi ini kali, bagi pengumuman di Whatsapp Group, batalkan.

Nasib baik juga aku batalkan, sebab sampai la ni Jumaat rasa tak elok lagi.
Bila fikirkan, otak macam tak selari dengan badan.
Walaupun otak nak buat macam-macam, badan tak dapat nak sokong, baiklah berehat.

Umur meningkat, keupayaan fizikal berkurang, imuniti pun berkurang, masa untuk sembuh memanjang.
Jadi, ingatlah waktu sihat sebelum sakit.



 

Ahad, 7 April 2024

Pak Arab dan Mak Arab

 Isnin lepas aku dapat whatsapp nomnor bukan Malaysia.

“Assalaamualaikum Dr.”

Aku tak jawab.

Hari Rabu, dia whatsapp lagi.

“Assalaamualaikum Dr.”

“I need your help.”

Aku dah agak, siapalah bagi nombor aku.

“Please introduce yourself.”- aku balas.

Macam biasa minta tolong aku percepatkan permohonan pas pelajar dia sebab flight dia jumaat pagi.

Aku memang tak layan kalau minta cepatkan proses.

Tapi, bagus juga aku buat semakan rawak dalam permohonan pelajar.

Hari Khamis dia datang.

Elok Pak Arab dan Mak Arabnya, sopan santun.

Kalai begini, tak ralat nak menolongnya.

Sambil-sambil itu ambil kesempatan beramah mesra.

Katanya sudah tahun ke empat pengajian.

Belum terbit jurnal lagi.

Penyelia dia mahu dua SCOPUS.

Aku kata UPSI syaratkan dua jurnal, tak semestinya berindeks.

Dia tahu, cuma penyelianya yang mahu SCOPUS,.

Dia cuba hantar artikel pertamanya ke SCOPUS, rejected.

Aku rasa mereka ini perlukam bantuan.

Aku tanya, ada penyelia bersama.? - tiada

Kenal sesiapa di Fakulti? - tidak.

Orangnya baik.

Semoga mereka dapat konvo dengan jayanya.



Isnin, 19 April 2021

Berempatilah, wahai para pensyarah!

“Saya buat kuliah online ok je semua pelajar join.” 
“Ala..dorang ni mengada-ngada, boleh je buat kuiz sejam. Semua hantar on time.” 

Perintah Kawalan Pergerakan yang silih berganti, tidak kita jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Diperketatkan (PKPD), Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) sejak 18 Mac 2020 membataskan pergerakan rakyat Malaysia. 
Walaupun sekolah-sekolah sudah dibenarkan beroperasi secara bersemuka, sebahagian besar penuntut institusi pengajian tinggi masih menjalankan pengajian jarak jauh. 
Lokasi pelajar dari seluruh Malaysia memberikan risiko penyebaran jangkitan CoViD-19 sekiranya mereka pulang ke kampus. 
Alternatif terbaik bagi mengelakkan keciciran pengajian adalah dengan pembelajaran atas talian, sama ada secara synchronous, asynchronous atau hibrid.
Umumnya kita tahu capaian internet adalah tidak meluas. Ada kawasan yang tiada isyarat langsung. 
Di Kuala Lumpur sendiri ada kawasan dengan kelajuan rendah, kurang 5Mbps. 
Di bandar Rawang, masih 3G. 
Dalam keadaan ini, berempatilah wahai pensyarah budiman. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, empati ialah daya menyelami perasaan atau emosi orang lain. 

Empatilah dari segi masa dan alat. 
Apabila berada di rumah masing-masing, siswa mungkin membantu urusan harian keluarga mereka.
Ada yang ke kebun, berniaga dan pelbagai urusan tuntuan hidup. 
Maka empatilah terhadap masa mereka. 
Paksaan untuk hadir kuliah pada slot-slot tertentu sudah pasti meletakkan mereka dalam situasi serba salah di lokasi mereka, antara tuntutan pengajian dan tuntutan tanggungjawab keluarga. 

Empatilah dari segi alat. 
Siswa mungkin tiada peranti yang sesuai untuk meneruskan pengajian mereka. 
Mungkin mereka berkongsi komputer dengan adik beradik yang juga sama-sama sedang melanjutkan pengajian tertiari. 
Mungkin juga peranti mereka usang. 
Malah, capaian internet yang terbatas menyebabkan mereka hanya hadir sahaja dalam sesi kuliah, tanpa apa-apa manfaat. 
Akibatnya, terdapat siswa yang terpaksa menangguh semester atas kekangan yang dihadapi.
Kemurungan, gangguan emosi dan berputus asa. 
Apakah alternatif yang pensyarah boleh lakukan dalam memenuhi julat permasalahan siswa yang luas? -boleh komen dibawah ^_^- 

S.Kadri 
Penuntut Sekolah Penulisan Ramadan 2021 
19-4-2021

Khamis, 28 Mei 2020

Pengalaman Switch Maxis Postpaid ke Unifi Mobile

Musim PKP ini perlukan banyak data internet.
Setelah mempertimbangkan bajet, aku bercadang untuk berpindah dari Maxis Postpaid ke Unifi Mobile.
Ada 2 Line, Aku primary RM98 dan Isteri supplementary RM48.
Aku data 30GB dan Isteri 10GB.
Mana cukup kan...

Kalau unifi mobile unlimited!
Walaupun speed maxis berdesup, pada masa ni speed unifi yang mencukupi pun dah ok asalkan unlimited.
Anak aku pakai unifi mobile, tolerable la speed nya

Jadi, semalam pergi la ke TMPoint KKB untuk daftar.
Hari ini dapat message
"RM0 unifi: Oh sorry. Your switch over request for 601XXXXXXXX has been denied. Please check with your current mobile operator for details."

Ok pun Live Chat la dengan Maxis
"Terima kasih kerana menunggu encik Kadri. Berdasarkan semakan, encik masih lagi terikat dengan kontrak normal untuk pembelian Oppo A3S Bundle. Kontrak ini akan berkahir pada 06-Apr-2021. Sekiranya encik ingin port out sebelum tarikh tamat kontrak, encik boleh walk in ke Maxis Centre untuk membuat pembayaran pembatalan kontrak sebanyak RM349.16. Nombor encik 601XXXXXXXX juga perlu dinaikkan kepada plan sediri seperti MaxisOne Plan 98 dan tidak boleh terikat dengan mana2 nomor yang lain sekiranya encik ingin menukar telco untuk memastikan proses port out berjalan lancar."

Aku pun flash back memory.
Setahun lepas memang aku ada ambil OPPO.
TAPI!
Pada masa tu aku nak subscribe Maxis Broadband di Maxis Store Tg Malim
Then, seller tanya abang xnak telefon RM1 ja?
Aku taknak, sbb biasanya mesti ada fishy.
Lagipun aku mmg takde apa2 kontrak dah dgn maxis.
Then dia kata, tak de kontrak, sbb abang dah lama pakai maxis ni loyal customer.
So aku pun percaya jela..dah lebih 10thn dengan maxis, xkan la x dpt apa2 ke kan.
So ambillah, tapi x pakai pon.jual kat kakak :P

Dalam akaun online, dan billing mmg xda mention langsung I am on 1 year contract bila ambil telefon tu.
Memang rasa tertipu sangat.
Aku kira ok lagi Maxis tu mahal sbb coverage dia ok n stable.
Tapi bila menipu ni mmg aku marah sangat dan determine nak bercerai dengan Maxis.
So macam mana?

Kalau berhenti sekarang, kena bayar penalti.
Penalti bukan boleh bayar kat Maxis Store or seller ke, kena pergi Maxis Center ko..kat KL
Ni sama macam pengalaman aku nak berhenti YES broadband.
Ko boleh subsrice kat mana2, even kiosk kat mall atau tepi jalan.
Tapi kalau nak terminate ko kena pergi YES center je tau.
Apalah jenis menyusahkan orang depa ni.

Masalah satu lagi, supplimentary line TAK BOLEH switch ke telco lain selagi berstatus supplementary.
Line ini kena upgrade jadi principle at least RM98 sebulan baru boleh switch.
Grr.. banyak nye songeh.

Ok, masalah ni akan difikirkan..apa pun nekad berhenti maxis tapi takmolah aku yg rugi.ada cadangan sesiapa?

Di pihak unifi pula, aku Live Chat tanya sim kad yang dapat semalam macam mana?
Dia kata abaikan je.
Then, dia bantu untuk aku batalkan permohonan tanpa caj.

Bagusnya unifi ni very responsif Live Chat dia.
Kalau maxis nak call punya lama nak dapat, ada sekali tu 15 minit aku tunggu terus dia yang putuskan.
Maxis Live Chat pun sama punya lambat response.

Time to say goodbye Maxis?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...