Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Rabu, 20 November 2024

Bapak saya yang nak saya jadi cikgu.

"Awak memang nak jadi cikgu ke?"
"Tak mahu, Dr. Mak saya yang nak saya jadi cikgu"

Macam tu lah.
Semalam aku panggil beberapa orang yang tak berapa perform dalam Ujian dan Tugasan.
Pelajar ISM Pendidikan Fizik
Tipah (bukan nama sebenar) mengaku strategi tak berkesan.
Diorang ni semua dah melepasi tapisan MEdSI dan temuduga.
Maknanya mereka layak secara psikologi, kognitif dan kemahiran asas.
TAPI, tak minat.
"Awak T20?"
"Tak..B40 Dr"
"Kita ni B40 kena rebut peluang. Kalau T20 diorang boleh cipta peluang. Boleh capai apa yang diorang nak."
Ntah betul ke tak aku nasihat.
"Belajar bagi habism, kalau tak mahu jadi Cikgu, ada banyak peluang kerjaya yang memerlukan awak berijazah. Timbah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya. Takkan awak nak bazirkan masa 4 tahun dalam keadaan denial sebab tak mahu jadi cikgu, protes dan merosakkan masa depan."


"Bapak saya yang nak saya jadi cikgu, Dr. Saya nak jadi atlit sukan."
"Awak rasa awak layak ke jadi atlit?"
Sengih pelajar dari Borneo itu.
"Awak boleh je nanti ambil minor PJK atau sains sukan, itu pun kalau awak lepas sesi saringan. Kadang-kadang kita ni rasa kita boleh buat benda tu sebab minat, tapi sebenarnya tak layak pun. Tapi boleh cuba"
Ni sorang lagi pelajar lelaki. 
Tak boleh eh jadi cikgu fizik tapi coach bola ke, tinju ke.
Bukan senang nak masuk program ISMP ni.
Tapi itulah, memenuhi hasrat keluarga.

Selamat Maju Jaya.

Isnin, 19 April 2021

Berempatilah, wahai para pensyarah!

“Saya buat kuliah online ok je semua pelajar join.” 
“Ala..dorang ni mengada-ngada, boleh je buat kuiz sejam. Semua hantar on time.” 

Perintah Kawalan Pergerakan yang silih berganti, tidak kita jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Diperketatkan (PKPD), Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) sejak 18 Mac 2020 membataskan pergerakan rakyat Malaysia. 
Walaupun sekolah-sekolah sudah dibenarkan beroperasi secara bersemuka, sebahagian besar penuntut institusi pengajian tinggi masih menjalankan pengajian jarak jauh. 
Lokasi pelajar dari seluruh Malaysia memberikan risiko penyebaran jangkitan CoViD-19 sekiranya mereka pulang ke kampus. 
Alternatif terbaik bagi mengelakkan keciciran pengajian adalah dengan pembelajaran atas talian, sama ada secara synchronous, asynchronous atau hibrid.
Umumnya kita tahu capaian internet adalah tidak meluas. Ada kawasan yang tiada isyarat langsung. 
Di Kuala Lumpur sendiri ada kawasan dengan kelajuan rendah, kurang 5Mbps. 
Di bandar Rawang, masih 3G. 
Dalam keadaan ini, berempatilah wahai pensyarah budiman. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, empati ialah daya menyelami perasaan atau emosi orang lain. 

Empatilah dari segi masa dan alat. 
Apabila berada di rumah masing-masing, siswa mungkin membantu urusan harian keluarga mereka.
Ada yang ke kebun, berniaga dan pelbagai urusan tuntuan hidup. 
Maka empatilah terhadap masa mereka. 
Paksaan untuk hadir kuliah pada slot-slot tertentu sudah pasti meletakkan mereka dalam situasi serba salah di lokasi mereka, antara tuntutan pengajian dan tuntutan tanggungjawab keluarga. 

Empatilah dari segi alat. 
Siswa mungkin tiada peranti yang sesuai untuk meneruskan pengajian mereka. 
Mungkin mereka berkongsi komputer dengan adik beradik yang juga sama-sama sedang melanjutkan pengajian tertiari. 
Mungkin juga peranti mereka usang. 
Malah, capaian internet yang terbatas menyebabkan mereka hanya hadir sahaja dalam sesi kuliah, tanpa apa-apa manfaat. 
Akibatnya, terdapat siswa yang terpaksa menangguh semester atas kekangan yang dihadapi.
Kemurungan, gangguan emosi dan berputus asa. 
Apakah alternatif yang pensyarah boleh lakukan dalam memenuhi julat permasalahan siswa yang luas? -boleh komen dibawah ^_^- 

S.Kadri 
Penuntut Sekolah Penulisan Ramadan 2021 
19-4-2021

Rabu, 25 Mac 2020

Google Online Tools Percuma

Google Online Tools Percuma untuk dimanfaatkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Saya rasa ramai ada sekurang-kurangnya satu akaun Gmail.
Tahukan anda, selain e-mail dan akses Play Store, anda boleh manfaatkan pelbagai online tools percuma Google dengan akaun yang sama?
💡perbincangan video --> Google Hangout (https://hangouts.google.com/)
💡nak buat website --> Google Sites (https://sites.google.com/)
💡nak uruskan kelas/kuliah --> Google Classrooms (https://classroom.google.com/)
💡nak buat survey, ujian --> Google Forms (https://docs.google.com/forms/)
💡nak buat lab report/tugasan bertulis --> Google Docs (https://docs.google.com/)
💡nak buat graf/analisis data --> Google Sheets (https://docs.google.com/spreadsheets/)
💡nak buat presentation slides --> Google Slides (https://docs.google.com/presentation/)
💡nak buat lukisan/diagram --> Google Drawings (https://docs.google.com/drawings/)
💡nak tulis blog --> Blogger (https://www.blogger.com/)
💡nak mengembara satu dunia --> Google Earth (https://www.google.com/earth/)
💡sesat jalan --> Google Map (https://www.google.com/maps)
💡nak kongsi/simpan file --> Google Drive (https://drive.google.com)
💡nak e-mail -->Gmail (https://mail.google.com)
💡nak buat temujanji --> Google Calendar (https://calendar.google.com/)
💡nak cari/upload video--> Youtube (https://www.youtube.com)
💡nak cari jurnal/artikel --> Google Scholar (https://scholar.google.com)
💡nak buat catatan ringkas/idea --> Google Keep (https://keep.google.com/)
dan banyak lagi!
Tak ingat link takpa, hanya taip & cari produk di atas di browser anda, dan terus guna tanpa membuka akaun baharu.
Kebanyakan tool ini pula sangat compatible antara satu sama lain, contohnya Classroom+Docs+Sheets+Forms+Calendar+Drive
Jom manfaatkan Google Online Tools untuk Bekerja/Belajar dari Rumah dengan pemanjangan tempoh MCO ini.
Semoga sentiasa produktif.

Ahad, 15 Mac 2020

Google Certified Educator L1

Saya menduduki Ujian Google Certified Educator L1 pada 1 Mac 2020.
Alhamdulillah Lulus.
Bayarannya USD10 (~RM45).

Kenapa ambil ujian GCEL1?
UPSI menyediakan akaun google bagi staf dan pelajarnya menggunakan Google for Education.
Saya mengambil peluang ini untuk memanfaatkan Google Classroom GC dalam mengendalikan kuliah saya.
Saya dapati ia amat mudah digunakan.
Banyak perkhidmatan Google seperti Calendar, Form, Sheet dan Keep memudahkan urusan saya.
Jadi, saya ingin mengukur kompetensi saya dengan ujian GCEL1.
Setelah mengikuti latihan percuma melalui https://teachercenter.withgoogle.com, dan merujuk pengalaman GCE yang lain, saya daftar untuk ujian.

Apakah format ujian?
Ujian dijalankan dalam 3jam.
Selepas daftar, kita kena duduk ujian dalam masa 3 hari.
Pilih masa yang kita lapang, tetapi bila kita mula, kita kena habiskan dalam masa 3 jam.
Jadi, pastikan dalam masa ujian, internet kita stabil dan tiada gangguan.

1- Ujian dilakukan dalam mode incognito di Google Chrome.
2- Log in ujian menggunakan akaun yang dibekalkan.
3. Webcam sentiasa aktif, kerana sistem akan snap gambar secara rawak semasa ujian untuk memastikan tiada penipuan seperti orang lain yang menjawab.

Ada soalan objektif dan soalan tugasan.
Soalan tugasan memerlukan kita menyelesaikan tugasan-tugasan seperti membuat Google Site, menetapkan temujanji dengan Google Calendar dan menetapkan Task dalam GMail.

Saya mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk selesai menjawab, dan selebihnya untuk menyemak jawapan.

Untuk yang berminat mengambil GCEL1 ini, saya sarankan
1- Guna dua monitor/skrin. Satu skrin untuk paparan soalan, dan satu skrin untuk mencari jawapan. Kadang-kadang kita lupa langkah untuk tetapkan event dalam Calendar, jadi boleh rujuk site. Ujian ini jenis open book, mengukur kemahiran digital kita.
2- Pastikan tiada gangguan sewaktu ujian.
3- Baca soalan dengan teliti, kerana ada trick dalam soalan/tugasan yang diberi.

Setelah tamat ujian, keputusan diperolehi lebih kurang 5 minit.

Ujiannya susah?
Bagi saya agak mudah, tetapi mencabar.
Saya sudah menggunakan GMail, GCalendar, GForm, GDoc, GSheet dan lain-lain dalam tugasan harian saya.
Jadi, saya tidak kekok untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Sekarang, saya layak menggunakan ikon berikut ^_^
Langkah berikutnya, mengambil GCE Level 2.

*lama tak kemaskini blog ^_^;


Selasa, 24 Januari 2017

Mahasiswa Sayang...Menyimpanlah!



MAHASISWA SAYANG.. MENYIMPANLAH!

Pagi2 ni fikiran aku ligat berfikir. Beberapa kali aku terlibat dengan pengambilan pelajar kemasukan khas di IPT tempat aku bertugas. Sedia maklum, kemasukan masuk ke program tertentu seperti Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan, Sains Sukan & Seni Muzik/Persembahan di Malaysia memerlukan calon ditemuduga di IPT berkenaan atau lokasi yang ditetapkan. Apabila ada kemasukan khas oleh mana-mana IPT, biasanya hebahan dan prosesnya amat pantas. Jadi calon pelajar mesti rebut peluang keemasan ini.

Calon-calon biasanya adalah lepasan Diploma, Matrikulasi & STPM. Masalah timbul bila pelajar yang tinggal jauh dari pusat temuduga tidak dapat hadir kerana faktor kos pengangkutan dan memohon diadakan pusat temuduga khas di tempat mereka. Mahasiswa sayang, jika ko fikirkan kos ko, fikirkan pula kos ditanggung IPT pula. Itulah kos pelaburan wajib fikirkan. Belum kompem jadi student dah demand macam2. Pigidah!

Kalau ko mengharap duit mak bapak, ketahuilah mak bapak anda bersusah payah nak sediakan semua tu. Walaupun nampak 'cool', mereka sembunyikan kesusahan untuk ko, anak bertuah!.

Aku nasihatkan Mahasiswa2 sayang semua menyimpan, sebab:

#1 PELUANG KEEMASAN TAK DATANG SELALU
Waktu sedang memegang status mahasiswa, menyimpanlah. Lepas tamat diploma, atau ijazah mungkin berminat untuk sambung pelajaran lebih tinggi. Normal waktu belajar, anda rasa serik nak belajar lagi. Tapi percayalah, bila hari terakhir anda menduduki peperiksaan akhir di semester akhir, membuaklah keinginan "aku nak sambung belajar lagi". Nak mohon sambung belajar perlukan duit dik. Yuran untuk sambung pengajian kena sediakan. PTPTN kalau mohon lambat masuknya. Entah-entah akan datang takde sudah. Kalau program yang dimohon perlukan anda datang temuduga, duit tambang sudah siap2. Merengek-rengek minta IPT datang jemput anda di rumah, takde maknanya. Ada IPT yang buka kemasukan khas untuk bekas penuntut mereka. Kalau ko sudah bersedia dari segi kewangan, tiada masalah untuk terus masuk memenuhi kriteria program.

#2 PRAKTIKAL
Program tu mungkin wajibkan ko jalani praktikal di semester-semester akhir. Ko kena cari rumah sendiri dekat dengan tempat praktikal. Makan minum kat luar tu biasanya mahal dari kafe di IPT. Menyimpan dari sekarang, masa itu pasti tiba. PASTI!

#3 KONVOKESYEN GLEMER
Selepas menuntut ilmu dengan penuh bergaya sebagai mahasiswa, majlis konvokesyen pastilah ditunggu-tunggu. Sewa jubah, sewa rumah, pengangkutan, kos huha huha, baju tempah semua anda kena rancang sejak sebelum bergraduat lagi. Semua duit duit duit! Bayangkan takde duit, tak glemerlah sambutan konvokesyen ko bersama famili tercinta. Meloponglah ko kawan2 ko berpokok2 bunga dengan teddy bear bapak bear nenek bear dia beli utk photoshooting..ko ado?

#4 JOB HUNTING
Bila dah graduate, nak buat apa? Tunggu tawaran kerja datang rumah? Takdelah dik. Sekarang ni budak dapat First Class bersepah-sepah kat luar tu. Ko 1st Class ke?. Sedar diri sikit. Pergi keluar, cari kerja. Hantar resume. Pergi temuduga. Kos semua-semua sapa tanggung? Duit duit duit! Ko simpan duit dulu untuk nak cari duit akan datang. Kau xde duit ko nak hutang ngan mak pak? Pakwe?
Aku paling bengang bila interbiu calon2, "lepas graduate awak buat apa?'-"saya tunggu tawaran belajar", "awak grad bulan 9, sekarang bulan 1..xde buat bende lain?", "saya duk rumah je tunggu sambung belajar". Kepala hotak ko! Kalau result power xpelah.. pegilah buat apa2..upgrade diri..Giat MARA pun offer course masak ke jahit ke bengkel kereta..percuma pulak tu. choy!

#5 KAHWIN
Dah menggatal2 masa belajo dulu, tiba masa nak jadi raja-permaisuri sehari. Eh..xkan la ala-ala kadar je kan. Aha! kita request pihak laki hantaran RM30k. Maklumlah, bekas mahasiswa kan. Ilmu tinggi. Yang laki pening kepala. PTPTN pun tak mula bayar. Kerja pun baru je mula. Ayo! Xpe..cool..cool...pi bank buat loan. Bertambah la hutang ko dik. Eh! Honeymoon mestilah oversea. Lombok ke Bali ke jadilah. Bila cek, ko dah kena blacklist tak boleh ke luar negara. Mula-mula sayam-sayam dah jadi masam-masam muka. Keluarga mula tak happy. Ha...nampak? Kesan domino... menyimpanlah sayang2 semua..

#6 HIDUP MATI
Manusia pasti temui ajalnya. Sebelum ini mudahnya kita meminta mak bapa kita duit. Tiba-tiba antara mereka pergi dulu tatkala sedang kita menikmati kehidupan kemahasiswaan. Mohon tangguh semester? Berhenti pengajian? Banyak kes aku dah jumpa. beringatlah sayang2.. Mungkin anda sendiri ditimpa musibah? Accident, koma, masuk hospital. Duit semua tu..

Ada bajet balik kampung, ko simpanlah..duk je kolej studi sampai muntah. Duit tu nanti kumpul-kumpul boleh gunakan di masa depan. Ko call makbapak ko bagitau "Baby akan belajar sungguh2, baby nak kasi makayah bangga dengan baby, relakan baby berkorban cuti utk gemilang di puncak pentas konvo". Mesti makpak ko terharu, kalau sesekali ko balik mesti diorang treat ko kaw2 sbb jarang balik kan..very the special gitew..

Tolonglah adik2 mahasiswa sayang. Tahanlah nafsumu. Berstatus mahasiswa bukan utk ber'glemer'. Sediakan dirimu di alam kerjaya dan kehidupan sebenar yang mencabar diluar sana. Semua perlukan duit sayang...kalau ko tak pandai berniaga waktu menuntut atau ko malas nak buat part time, ko menyimpanlah..itu yang paling senang.. kecuali ko mengurat pakwe/makwe kaya, ko sedut harta dia..tapi hati2lah adalah benda nanti dia sedut ko balik...

Makin ramai mufllis sebelum umur 30thn. Ko tahu kalau diisytihar muflis apa akibatnya? Ko xleh keje gomen. Ko xleh buat loan bank utk beli kereta idama, rumah idaman, ko nak pinjam personal loan utk kahwin ala princess-prince pun x boleh.. pergi oversea pun x boleh..ha!

#MAHASISWASAYANGMENYIMPANLAH

kadri.my 24/1/17 Tg Malim, Perak Aman Jaya

Khamis, 13 Oktober 2016

Doh Tepung Konduktor

Saya peroleh Idea ABM untuk pembelajaran litar elektrik dari internet secara tak sengaja.
Nama asal projek ini ialah Squishy Circuit yang menggunakan hanya tepung dan bahan-bahan dapur sahaja.
Sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah.
Melalui projek ini pelajar boleh mempelajari konsep
- litar mudah
- kekutuban LED
- litar pintas
- reka cipta
- dan lain.

fr_921_size640

Youtube idea bagaimana doh ini berfungsi



Untuk resipi boleh dapat daripada sini -->http://bit.ly/2etHEqL

Penjelasan ringkas.

Kandungan garam dalam doh konduktor membolehkan pengaliran arus kerana mempunyai ikatan ionik.
Kandungan gula dalam doh penebat menghalang pengaliran arus kerana mempunyai ikatan kovalen.

SELAMAT MENCUBA!

 

 

 

Khamis, 1 September 2016

Persediaan Ke Sekolah Cina (SJKC)

Anak sulung sekarang sudah Tahun 2 di SJK(C).

Alhamdulilah, boleh buat. Takdelah cemerlang sangat, tak top 10 pun. Sederhana sahaja.

Tapi saya optimis dia semakin maju dalam pelajarannya, iAllah.

Dia sedang berusaha menguasai Bahasa Cina untuk kuasai mata pelajaran Sains dan Matematik yang juga diajar dlm Mandarin.

Perbendaharaan kata dia terhad, jadi bermasalah hendak menjawab soalan dalam mandarin walaupun dia tahu jawapan.

Ramai kawan-kawan tanya macam mana nak masukkan anak ke sekolah cina, SJKC.

Sebenarnya bergantung kepada pentadbiran sekolah.

Kalau ikutkan boleh saja masuk terus Tahun 1 tanpa ada asas tadika atau prasekolah aliran cina.

Ada sekolah tak bagi, jadi kena tanya sekolah yang kita hasrat nak hantar anak tu. Perancangan kena awal. Ada sekolah yang wajibkan anak bermula seawal 4 thn utk meneruskan persekolahan di premisnya.

Macam sjkc di tempat saya ni, saya memang dah masukkan anak ke prasekolah 5 tahun dan 6 tahun sebagai transisi ke Sekolah Rendah.

Nanti takdelah terkejut dan terus stress dengan pelajarannya.

Saya dan keluarga pun takde  yang ada latarbelakang pendidikan cina yang boleh membantu.

Biasanya iklan prasekolah negeri selangor buka bulan Ogos tahun sebelumnya.

Untuk pendaftaran ke Tahun 1 juga ibu bapa kena update dgn sekolah di negeri masing-masing.

Si Kakak berjaya masuk prasekolah 5 & 6 tahun.

Tapi Si Abang permohonan gagal utk masuk prasekolah 5 tahun sebab kuota dah cukup. 

Jadi, saya masukkan ke Tadika aliran Cina di Tadika Matahari Ria, Tg Malim.

Permohonan ke prasekolah 6 tahun saya hantar lagi, kalau tak berjaya kekallah dia di Tadika itu.

Pendaftaran masuk ke Tahun 1 dengan sekolah yang sama dgn Si Kakak pun sudah buat.

[caption width="300" id="attachment_445" align="alignnone"] Si Abang diharapkan dapat masuk Prasekolah 6 Tahun[/caption]
Keputusan prasekolah biasanya keluar bulan november. 

Di prasekolah mereka memang diajar oleh guru berbahasa cina dengan pembantu muslim. (Bergantung kepada sekolah)

Jadi, bab makanan tiada masalah.

Tapi bila sudah masuk sekolah, kena bawa bekal sendirilah.

Air sebotol mesti di bawa Kakak & Abang. Rutin sebelum sekolah isi sendiri air dari mesin coway. Senang. Berminat dengan water purifier coway? Klik sini --> http://www.kadri.my/coway/

Di sekolah anak saya, disediakan satu meja untuk pelajar muslim untuk waktu rehat. Ada tak sampai 10 org murid muslim berbanding jumlah keseluruhan murid hampir 200 org. Memang minoriti sangat.

Kepada yang berminat hantar anak ke SJKC harap rancang elok2 supaya mereka boleh cemerlang dalam kedua-dua pelajaran dan komunikasi Mandarin.

Sebab ada anak yang memang tak boleh bawa pelajaran dalam Mandarin, keluarkan dan masuklah ke dalam  Sekolah Kebangsaan. 

Itu saja dulu, nanti saya pos lagi entri berkenaan pengalaman menyekolahkan anak di aliran cina ni.

Ahad, 12 Jun 2016

Harapan Guru

Sebagai pendidik, kita pasti mengharapkan apa yang kita ajar akan memandaikan pelajar kita.

Kita rasa kita sudah habis usaha mengajar mereka.

Namun, apabila saat menanda kertas jawapan mereka, hati bagai dihiris-hiris.

Sakitnya hati pelajar jawab ntah hapa hapa.

Bertabahlah duhai pendidik.

Kerana....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...