Memaparkan catatan dengan label Jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jepun. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Julai 2019

Hantar Parcel Jepun Ke Malaysia

Dah lama nak tulis, tapi asyik tangguh-tangguh.
Tulis untuk ingatan diri sendiri dan panduan untuk yang memerlukan.
Bulan Mac 2019 aku tamat kerja di Hokkaido.
Jadi, banyak barang-barang nak hantar balik.
Kumpul-kumpul, buang-buang tambah cenderahati semua sekali dapat la tiga kotak.

Kotak pertama dihantar.
Ada beberapa cara nak hantar parcel yang besar (>2 kg) ikut berat, bajet dan keperluan.
Boleh cek dulu kat sini --> https://www.post.japanpost.jp/cgi-charge/index.php?lang=_en
Untuk parcel aku yang lebih kurang 20 kg dan besar macam kat atas ni ada tiga cara:
1) Air (udara) : Kurang seminggu
2) SAL (gabungan udara dan darat): 2~3 minggu
3) Ship (laut): ~2 bulan

Kaedah 1 lebih mahal dari 2, dan 2 lagi mahal dari 3.
Dua parcel, hari yang sama, kaedah berbeza.
Contohnya aku hantar parcel A dan B pada hari yang sama iaitu 26 Mac.

Parcel A
-17 kg
-JPY11,200
-terima 9 April (2 minggu)

Parcel B
-22 kg
-JPY9,200
-terima 13 Mei (1 bulan 2 minggu)

Jadi pertimbangkanlah kepentingan parcel yang nak dihantar itu.

Bila hantar parcel

  1. Pastikan ukuran kotak menepati peraturan.
  2. Senaraikan isi kandungan dalam borang yang diberi. Boleh taip siap2. Parcel pertama aku orang pos cek suruh buka parcel.
  3. Jadi sebaik-baiknya, jangan tutup dulu parcel. Bila selesai dokumentasi di pos, baru tutup. Yang bagusnya pos mereka ni lengkap segala macam tape, pen alat tulis untuk urusan parcel. Siap troli untuk pinjam angkat dari parkir ke kaunter.
  4. Pastikan tiada barang larangan di hantar contohnya minyak wangi. 
  5. Aku ada hantar printer inkjet, rupa-rupanya printer laser tak boleh hantar. Jadi cek betul-betul barang larangan. Nanti sia-sia beli tak boleh hantar balik.
  6. Isytiharkan betul-betul. Kalau barang ->RM300 biasanya kena duti kastam. Aku cerita sat gi.


Parcel A aku selamat sampai ke Pos Laju Tg Malim.
Lunyai2 habis teruk.
Orang Pos Laju telefon mintak ambil sendiri di Pos Laju sebab takut ada barang tercicir kalau hantar ke rumah.


Surat Cinta

Parcel B aku sangkut di Hub Pos Laju KLIA.
Dapat surat cinta dari Pos Laju untuk tuntut sama ada sendiri atau Pos Laju uruskan dengan bayaran RM45 kot, tak ingat sudah. Itu pasal kalau dapat apa-apa tulis terus blog untuk rujukan sendiri..haish..
Aku pilih tuntut sendiri.
Masuk kawasan Pos Laju itu berpalang, kena lapor diri di Pos Kawalan.
Kemudian tunjukkan surat cinta di Kaunter 1
Tunggu kejap, parcel dikeluarkan
Bawa ke Kaunter 2 untuk penilaian Kastam
Buka parcel depan pegawai Kastam
Parcel aku sangkut sebab ada printer isytihar harga RM400.
Printer sendiri guna harga asal ~ RM500.
Silap aku patut aku tulis personal use printer.
Jadi, dalam borang isytihar pos tu nampak macam aku beli baru dan untuk dijual.
Lepas jelaskan yang semua barang-barang dalam parcel untuk kegunaan sendiri selepas bekerja di Jepun, Kastam lepaskan tanpa duti.
Tapi aku siap-siapkan dokumen passport, kontrak dan sebagainya kot-kot depa nak bukti.
Kemudian ke Kaunter 3 Pos Laju untuk dapatkan cap pengesahan tanpa bayaran.
Pergi semula Kaunter 2 untuk pengesahan lepas kastam, dah boleh bawa keluar parcel.
Tak pasal-pasal cuti dan buang minyak ke sana.


Jemput kotak di Pos Laju KLIA
Selain itu pengalaman aku hantar barang guna EMS sampai 3 hari saja.
Tapi harga mahallah.
Aku hantar sekotak kaca untuk eksperimen lebih kurang 200g.
Kena ~JPY1,400 (tak ingat!..huh..tula la lain kali tulis)
EMS ni ada tracking number dan biasanya sesuai untuk barang-barang kecil dan urgent.
Ala-ala pos laju.

Kalau hantar barang lagi banyak contohnya barang-barang rumah, boleh pakai kontena.
Dulu masa balik PhD aku share dengan famili kawan dan dua budak bujang yang tamat belajar.
Caj dalam JPY350,000 satu kontena 20 kaki dengan sebiji kereta dari Sapporo ke Pelabuhan Klang.
Kemudian, kena caj lagi utk release kontena.
Itu aku tak tahu sbb member aku yang uruskan.. tambah ~RM300 untuk sewa lori hantar barang ke rumah.




Khamis, 24 Januari 2019

Mega Kebab Nagoya

Semalam sampai Nagoya, hari sudah mahu balik Sapporo.
Seminar 2 hari di Universiti Nagoya.
Di Nagoya, ada beberapa cawangan Mega Kebab, restoran makanan Turki dengan sijil Halal.
Taip sahaja Mega Kebab dalam Google Map.
Menu setiap cawangan ada lain-lain sikit.
Di Chuubu International Airport pun ada satu.
Yang bawah ni ada di Universiti Nagoya Kampus Higashiyama.




Yang bawah ni pula, di Centrair Chuubu International Airport, Food Court, Aras 3.

Yang aku pernah cuba lain di Osu Kannon (Ada dua cawangan di situ)


Rabu, 23 Januari 2019

Wagyuu Halal di Juliett Nagoya

Hari ini dan esok berseminar di Universiti Nagoya.
Ni bukan Nagoya Textile kedai kain tu ya.
Bandar Nagoya terletak di antara Osaka dan Tokyo.
Ambil peluang ke Juliett.
Restoran santai ala barat yang ada menu Halal bersijil.
Cari Juliett Nagoya dalam Google Map, iAllah ada.
Exit 1, Stesen Joshin, Subway Tsurumanai (Ungu)
Aku datang kali ke-2.
Tahun lepas jatuh cinta kali pertama dengan Wagyu dia.
Wagyu ditulis dalam Kanji 和牛 iaitu 和 (wa)= gaya Jepun dan 牛(gyuu) =lembu.
Jadi, wakgyuu ni ialah lembu baka Jepun.
Yang dalam gambar Wagyu (JPY1,800) + set nasi dengan salad dan puding (JPY300).
Wagyu memang mahal, tapi puas hati sangat!
Aku jarang sangat2 pun makan mahal satu hidangan macam ni 😭 kecuali kalau orang belanja ke.. kekeke
Tapi sebab nak merasa boleh lah.. nak tunggu nasi lemak sambal kerang lama lagi nak dapatnya..


Depan restoran ada arca putih.
Suasana dalam restoran.
Suasana cozy dalam restoran
Menu Halal
Pilihan yang ada
Carian dalam Google Map

Suhu di Nagoya sekarang lebih kurang 6 Celcius.
Rasa sedikit suam bagi aku yang datang dari Sapporo, hidup suhu bawah 0C lebih sebulan
Aku tengok orang sini pakai sarung tangan dan mafla.
Bagi aku, “eh! Ngada2.. bukan sejuk pun”, hehe...
Balik Malaysia nanti, habislah terus hangit aku! 
Tiada salji di Nagoya, nampak la bunga dan pepohon hijau.
Kalau kat Sapporo memang nampak salji sajalah, putih semua, pokok-pokok pun gondol.
Ni gambar kapal terbang meninggalkan pulau Hokkaido ke arah pulau Honshu.
Penerbangan Sapporo - Nagoya ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.



Isnin, 21 Januari 2019

Pindahan Wang ke Malaysia dari Jepun


Khamis lepas aku buat pindahan wang ke Malaysia.
Pindah dari akaun bank Jepun aku ke akaun Maybank aku kat Malaysia.
Ini kali ke-7 aku guna TransferWise.
Ada cara lain, contohnya melalui bank dan postbank.
Tapi aku malas nak isi-isi borang dan pergi ke sana.
Tambahan pula aku tengok cas servis TransferWise ok.
Kita boleh trek proses.

Transaksi pertama aku cuba dengan JPY10,000.
Yelah..takut scam ke kan.
Lepas sudah faham caranya, baru aku berani transfer banyak.





Macam mana nak guna TransferWise?
1- Daftar boleh melalui web atau pasang app, ada dalam iOS dan Android.
2- Lepas daftar, TransferWise akan hantar surat pengesahan ke alamat yang kita daftar dalam website dia. Tak sampai seminggu.
3- Boleh mula pindah.
Pengalaman aku untuk pindahan kali pertama, ambil masa tiga hari.
Kali ke-2 dan berikutnya, sehari boleh sampai.
Contoh, Jumaat lepas aku pindah pagi, petang dah masuk Maybank.

Rekod transaksi
Kita boleh dapatkan tukaran harian dan caj yang dikenakan.

Kita boleh set siap-siap akaun Malaysia dalam app kita, senang kalau selalu buat transaksi.



Kena pilih "reason" pindahan.


Sahkan butiran pindahan

Masukkan duit ke akaun Transfer Wise Jepun. 


Aku guna kaedah pindahan bank, maknanya aku masukkan duit dalam akaun TransferWise untuk dia orang pindahkan ke akaun aku di Malaysia.



Boleh trek progress.

Lega duit dah masuk akaun Malaysia

Senang sangat TransferWise ni.
Sebab mesin atm ada kat tempat institut aku kerja.
Mulakan transaksi di app.
Pindahan bank kat mesin atm.
Kemudian cek progress dari masa ke semasa dalam app.


Transfer Money from Japan to Malaysia.

Selasa, 25 Disember 2018

Operasi Pembersihan Besar-besaran 大掃除

Hari ini kami di makmal laksanakan 大掃除  atau oosouji.
Operasi pembersihan ruang menyeluruh beramai-ramai.
Ini memang acara hujung tahun.
Urusan kebersihan memang tanggungjawab semua ahli-ahli makmal.
Tak kira prof ke.. tak prof ke.. bergotong-royong buat sama-sama.
Tiada tukang cuci yang buat.
Kecuali ruang lobi, tandas dan pantri yang ada tukang cuci pagi-pagi datang.
Itu pun dia seorang sahaja 'cover' satu institut.
Biasa aku datang pagi sapa makcik, kadang-kadang pakcik tukang cuci itu, orang lain tak datang lagi tapi aku datang awal balik awallah kan..kekekeke

Selain itu, setiap Jumaat petang memang ada operasi pembersihan ruang juga.
Oleh sebab ada amalan tiap minggu, maka operasi besar-besaran ini jadi mudah.
Asing sampah ikut jenis, vakuum, lap permukaan dan sebagainya.
Amalan yang baik kita teruskan dan ikut.
Mulakan tahun baharu dengan suasana bersih.

Semua buat kerja, prof ke, tak prof ke.. semua!


Sampah-sampah diasing ikut jenis.

Aku pun berlakon rajin..hihi

Peralatan dilindungi sebab mahu bersihkan sawang dan penapis pendingin hawa.
Ini sarapan pagi tadi sebelum datang makmal ^_^
#HidupDiSapporo

Sabtu, 22 Disember 2018

MADO Belajar Bahasa Jepun

Tiga Sabtu aku langkau kelas Bahasa Jepun (BJ).
Sebabnya keluarga datang berlibur sempena musim cuti sekolah.
Tapi aku kerja macam biasa, tak ambil cuti pun.

Kali ini belajar dengan Kawai-sensei.
Kali kedua dengan beliau.
Belajar tentang kata kerja transitif 他動詞  dan tak transitif 自動詞.
Pernah belajar tapi lupa la..huhu
Aku tak pernah belajar BJ ini secara formal intensif.
Banyak sendiri-sendiri dan sertai kelas MADO ini, hari Sabtu.
MADO ini ialah NGO, cikgu-cikgu dia sukarela yang suka layan orang asing, kebanyakan pesara.
Aku pun boleh juga bersosial dan promosikan Malaysia juga kan..
10 tahun lepas ramai orang Cina yang belajar.
Sekarang ini ramai Vietnam.
Menurut sensei-sensei ini, macam ada gelombang.
Ada satu ketika ramai orang Korea, kadang-kadang Afrika.



Sensei kata tak pernah dengar pasal Malaysia sangat.
Ada je sensei lain yang pernah melancong ke Malaysia.
Tapi dia ni tak pernah.
Katanya, pelajar Malaysia tiada kat situ yang belajar BJ.
Paling akhir pun lima tahun lepas.
Yang ramai banyak dari negara lain.
Macam biasa, perbualan dalam BJ.
Penat otak nak buat ayat.
Tapi itulah tujuan belajar.
Kalau tak, hidup dengan Google translate.
Tak syiok.

Dalam perjalanan ke kelas, naik bas ternampak kelas memasak kek.
Cikgu dia tunjuk cara memasak, ada video fokus, anak2 murid duduk semak nota masing-masing.
Boleh nampak suasan dari luar sebab dinding gelas.
Macam seronok dan nak sertai pula. ^_^
Naik bas lebih seronok dari naik subway.
Boleh nampak macam-macam sekitar kita.


Minggu depan tiada kelas.
Cuti tahun baru.
Belajar youtube sajalah.

Khamis, 13 Disember 2018

Persidangan di Jozankei

Semalam dan hari ini aku sertai simposium tahunan institut tempat aku bertugas.
Poster Simposium
Yang menariknya, setiap kali simposium ada satu tulisan kanji sebagai tema simposium.
Tempat kali ini ialah 組 disebut so yang bermaksud kumpulan, set atau kelompok yang dikaitkan sebagai bidang multidisiplin.
RIES ini memang institut multidisiplin, ada fizik, kimia, biologi dan matematik di bawah satu institut.

Simposium yang padat, semua tersusun rapi.
Bilik aku menginap dengan pemandangan indah di luar.
Simposium RIES kali ke-19 ini dianjurkan di Jozankei, salah satu destinasi popular hot spring di Sapporo.
Pemandangan dalam tandas, cantik kan?
Simposium bermula pukul 2 ptg selasa hingga 1 tghhari rabu berterusan!
Ada masa sengggang sejam untuk onsen dan sejam untuk makan.
Malam pun ada sesi poster sampai jam 10.
Pagi 8:30 pagi Rabu dah mula.
Aku tak masuk onsen.
Tak mau lah berbogel.
Onsen nya memang wow sebab mengadap kawasan bersalji.
Ini kali ke-4 aku hadiri persidangan di Jepun.

Aku perhatikan, sukar untuk lihat audien ambil gambar atau bergambar dengan telefon.
Yang membentang poster mahupun oral tiada pun yang sakan nak bergambar.

Ada satu persidangan Hablur Cecair di Kyoto, langsung tak dibenarkan ambil gambar.
Sesi jadual padat dan patut pada masa diperuntukkan.
Pengurusan sangat efisien.
Akhir sekali, tag nama dipulangkan kembali untuk digunakan untuk tahun akan datang ^_^


Aku ambil gambar meja sahaja. Sebab tiada orang yang sibuk-sibuk bergambar masa persidangan, masing-masing sama ada fokus atau berpura-pura fokus (tak mahu mengganggu perjalanan persidangan dengan aksi mengambil gambar.)




Ahad, 11 November 2018

Kafe Kucing 猫カフェ (neko kafe)

Kafe Kucing 猫カフェ (neko kafe) 🐈 ☕️
Minggu lalu aku ke sebuah kafe kucing di kawasan Tanukikoji, Sapporo.
Lama dah tak ramas2 kucing, rasa rindu pula nak tonyoh2 hidung diaekor 🤣.
Di Sapporo susah nak nampak kucing berkeliaran, anjing lagilah mmg tak pernah jumpa yang bersiar-siar seekor diri.

Di Sapporo ada beberapa kafe kucing.
Konsep kafe kucing ini, kita boleh berinteraksi dengan kucing dalam jangka masa yang kita mahu.
Ada bayaran untuk slot masa yang kita mahu (lihat foto)
Boleh juga lepak-lepak sambil minum-minum tengok kucing melepak.

Kafe kucing yang aku pergi ini namanya Love Neko.
Kot kalau nak merasa pengalaman masuk Neko Kafe bila berlibur di Sapporo. 👉🏽
Alamat : 南2条西5丁目26-17第一北野家ビル5F
[Minami 2, Nishi 5, 26-17 Daiichi Kitanoka Building 5F]
https://www.loveneko.jp/#spnavi

Sebelum masuk kena steril dulu tangan untuk elakkan kuman.
Aku ambil pakej minum tanpa had (JPY300), jadi sambil minum2, tengok kucing, layari internet.
Beberapa pasangan Jepun kelihatan ber”dating” sambil belai2 kucing.

Ada satu lagi konsep Kafe Kucing di Jepun yang berlainan di mana gadis2 memakai kostum kucing dan melayan pelanggan.
Haish 🙈 yg tu aku tak mau bagitau di mana 🤣.
hehe
ruang minum, snek


suasana tenang

diciptakan untuk tidur



aku swafoto diri sendiri


suasana dalam

poster di depan bangunan
aras 5

depan premis
peraturan dan kadar bayaran
sedap tidur atas pad suam

geram!

#HidupDiSapporo #kadrimy

Sabtu, 3 November 2018

Hadir Seminar Hidup Sihat

Hari ini sepatutnya aku ada kelas bahasa Jepun dengan MADO.
Tetapi hari ini mereka cuti.
Kebetulan ada seminar Hidup Sihat di Sapporo International Communication Plaza, depan Sapporo Clock Tower.

Aku pun daftar untuk ikut serta.
Boleh juga tambah kemahiran berbahasa aku.
Adalah peserta dalam 30 orang pelbagai warganegara.
Lagipun, memang hadkan 30 orang untuk fokus.
Penjelasan dalam dwibahasa, Jepun dan Inggeris.
Jadi, aku bandingkan kefahaman dalam kedua-dua bahasa ini.

Seminar selama 2 jam 30 minit ini terbahagi kepada
1- Diet sihat dan info pemeriksaan kesihatan oleh jururawat dari Nishi-ku, Sapporo
2- Senaman ringkas dan perkhidmatan oleh instruktor Chuo-ku, Sapporo
3- Berjalan di Sungai Sosei dengan iringan ahli Sapporo Walking Association (SWA)

Banyak info yang aku dapat.
Antaranya
1- Purata jangka hayat rakyat Jepun ialah 80.98 tahun bagi lelaki dan 87.14 bagi perempuan.
2- Purata umur sihat rakyat Jepun ialah 72.14 tahun bagi lelaki dan 74.49 bagi perempuan.
3- Sungai Sosei sepanjang 14km adalah sungai buatan yang membelah Sapporo barat dan timur.
4- Ada satu kumpulan sukarelawan Hokkaido Multinational Support Community yang dapat membantu veteran warganegara asing di Hokkaido terutamanya dalam hal kesihatan.

Apa maksud umur sihat?
Contohnya, bagi lelaki Jepun, mereka akan hidup sihat sehingga 72.14 tahun.
Beza antara jangka hayat dengan umur sihat ialah jangka  masa di mana mereka akan berada dalam keadaan tidak sihat sakit 8.84 tahun (80.98 - 72.14 = 8.84 tahun). 
Definisi tidak sihat ialah mereka tidak mampu hidup berdikari, sama ada sakit atau tidak dapat menikmati kehidupan biasa sendirian.

Apa yang aku nampak di Jepun ni, mereka slim sebab banyak berjalan.
Untuk sesi akhir, kami di ajar cara yang betul untuk berjalan.
Disarankan 10,000 langkah sehari ~ 8km untuk kehidupan yang sihat.

Pakcik yang jadi instruktor aku umur dia dah 74 tahun.
Katanya, dia berjalan pukul 5 pagi dalam sejam lebih.
Tidur pukul 8 malam.

Kesimpulannya, aku seronok dapat berkomunikasi dengan sukarelawan Jepun ini.
Kebanyakkannya dah bersara dan suka layan orang asing ^_^
Semoga aku juga istiqomah, terus banyakkan berjalan.


Ahli Sapporo Walking Association, veteran belaka.
Peserta dipecahkan kepada kumpulan kecil diketuai seorang ahli SWA
Pakcik ni kata hobi dia kutip sampah yang ditinggalkan. Waktu berjalan dia akan kutip sampah.
 
Jam matahari di Sungai Sosei, untuk rujukan nak buat di UPSI.

#HidupDiSapporo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...