Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan

Isnin, 19 April 2021

Berempatilah, wahai para pensyarah!

“Saya buat kuliah online ok je semua pelajar join.” 
“Ala..dorang ni mengada-ngada, boleh je buat kuiz sejam. Semua hantar on time.” 

Perintah Kawalan Pergerakan yang silih berganti, tidak kita jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Diperketatkan (PKPD), Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) sejak 18 Mac 2020 membataskan pergerakan rakyat Malaysia. 
Walaupun sekolah-sekolah sudah dibenarkan beroperasi secara bersemuka, sebahagian besar penuntut institusi pengajian tinggi masih menjalankan pengajian jarak jauh. 
Lokasi pelajar dari seluruh Malaysia memberikan risiko penyebaran jangkitan CoViD-19 sekiranya mereka pulang ke kampus. 
Alternatif terbaik bagi mengelakkan keciciran pengajian adalah dengan pembelajaran atas talian, sama ada secara synchronous, asynchronous atau hibrid.
Umumnya kita tahu capaian internet adalah tidak meluas. Ada kawasan yang tiada isyarat langsung. 
Di Kuala Lumpur sendiri ada kawasan dengan kelajuan rendah, kurang 5Mbps. 
Di bandar Rawang, masih 3G. 
Dalam keadaan ini, berempatilah wahai pensyarah budiman. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, empati ialah daya menyelami perasaan atau emosi orang lain. 

Empatilah dari segi masa dan alat. 
Apabila berada di rumah masing-masing, siswa mungkin membantu urusan harian keluarga mereka.
Ada yang ke kebun, berniaga dan pelbagai urusan tuntuan hidup. 
Maka empatilah terhadap masa mereka. 
Paksaan untuk hadir kuliah pada slot-slot tertentu sudah pasti meletakkan mereka dalam situasi serba salah di lokasi mereka, antara tuntutan pengajian dan tuntutan tanggungjawab keluarga. 

Empatilah dari segi alat. 
Siswa mungkin tiada peranti yang sesuai untuk meneruskan pengajian mereka. 
Mungkin mereka berkongsi komputer dengan adik beradik yang juga sama-sama sedang melanjutkan pengajian tertiari. 
Mungkin juga peranti mereka usang. 
Malah, capaian internet yang terbatas menyebabkan mereka hanya hadir sahaja dalam sesi kuliah, tanpa apa-apa manfaat. 
Akibatnya, terdapat siswa yang terpaksa menangguh semester atas kekangan yang dihadapi.
Kemurungan, gangguan emosi dan berputus asa. 
Apakah alternatif yang pensyarah boleh lakukan dalam memenuhi julat permasalahan siswa yang luas? -boleh komen dibawah ^_^- 

S.Kadri 
Penuntut Sekolah Penulisan Ramadan 2021 
19-4-2021

Ahad, 7 Oktober 2018

Allah Ada

Aku perhatikan ramai yang dianggap berjaya, melalui cara yang tidak bermoral.
Aku kecilkan skop dalam dunia pendidikan yang aku ceburi.
Ada pensyarah yang begitu glamor di luar, tetapi mengendahkan tanggungjawab hakiki di dalam universiti.
Kuliah adalah satu beban bagi mereka, cincai.
Aku tak setuju kalau tugas mengajar dinamakan beban mengajar.
Lebih sesuai dinamakan amanah mengajar.
Dulu masa aku belajar, aku selalu terfikir kenapa penyarah yang komited mengajar tidak begitu gah pangkatnya.
Yang cincai2 mengajar bukan main lagi pangkat dan “terkenal”.
Aku ingat ada satu pensyarah ini yang berpenampilan “alim”, tapi selalu selalu mula kuliah lewat, dan habiskan awal pula.
Popular sehingga masuk tv.
Apa apa yang di ajar sambil lewa.
Aku tak skor subjek itu.
Manakala ada satu pensyarah yang bertaraf encik sahaja, tetapi begitu sistematik dan komited.
Subjeknya yang sukar dapat aku skor dengan baik.
Kini apabila aku sendiri menjadi pensyarah, aku mula fahami senario.
Kuliah bukan penyumbang kepada kenaikan pangkat.
Sering aku tanya pelajar yang memasuki kuliah pensyarah gila pangkat/pujian ini, kuliahnya sering dibatalkan.
Atau pun hanya beri tugasan sebagai ganti ketiadaannya.
Tugasan dihantar pula tidak pulangkan pula.
Pelajar tidak tahu status tugasan mereka.
Bila sudah naik pangkat, dilantik menjadi penilai kurikulum.
Kuliah sendiri terabur dan abaikan, nak nasihatkan/nilaikan kurikulum.
Begitulah.
Bila difikirkan, rosak sudah sistem.
Apa aku boleh buat?
Sama-sama ikut laluan “kejayaan” mereka.
Abaikan pelajar?
Itu bukan aku.
Akhirnya, aku lupa.
Allah ada.
Aku rasa tenang.
Bukan tugas aku menghukum orang-orang sebegini.
Tiada kuasa dan upaya aku.
Jalankan amanah aku, supaya aku tak rasa bersalah.
Allah ada.


Ahad, 30 September 2018

Kenapa Aku Menulis

Setelah lama aku perhatikan, penulisan di FB tak kekal lama.
Ia bersifat ad-hoc.
Penulisan di blog lebih kekal dan menjadi rujukan sepanjang masa.
Bukan sahaja pada orang lain, malah untuk diri sendiri.
Sering kali juga orang bertanya tentang sesuatu, dan aku teringat yang aku pernah menulis tentangnya lalu aku kongsikan sahaja pautannya.
Kalau FB, aku kena tatal atau membuat carian untuk cari semula apa yang tulis, menyusahkan!

Dalam menjalani kehidupan sehari, banyak benda yang aku ingin kongsikan.
Berlegar-legar dalam kepala lalu jadi semak.
Jadi, aku rasa baik aku tuliskan dan kurangkan sesak otak aku. ^^

Aku juga mahu berlatih menulis dalam bahasa Melayu yang betul.
Sesuatu idea mesti boleh dinyatakan dalam BM.
Kosa kata BM kuat!

Selasa, 29 Mac 2011

scam Maybank

(Klik untuk besarkan gambar)
1) Hari ini saya dapat email seperti snapshot di atas.
2) Memang semalam saya ada "register" untuk sekuriti tambahan di Maybank.
3) Saya hampir percaya kandungan email ini.
4) Tetapi saya teringat semalam di laman web Maybank yang menulis yang mereka tidak akan menghubungi pelanggan melalui email.
5) Saya mula syak.
6) Saya "mouse over" di "Click Here". Saya dapati link itu akan pergi ke laman yang mencurigakan. Apa kaitan Maybank dengan laman web "handyman"?
7) Berhati-hati semua.
8) Yang saya hairan, tahu pula yang saya baru sahaja kemaskini sekuriti semalam. Adakah ini kerja orang dalam? Atau hacker sekarang makin hebat.
9) Yang best tu, kalau kita pergi ke pautan yang diberi, sebiji pula dia tiru muka depan Maybank.

Selasa, 21 Disember 2010

hati-hati dengan scam FB

Hari ini aku dapat email dari "Facebook". Petikannya seperti di bawah:

Baru-baru ini memang aku deactivate akaun FB sebab menyampah dengan macam-macam jenis penipuan. Lagipun aku ingin mencari ketenangan sekejap..hehehe..Jadi email di atas nampak macam benar. Tetapi untuk langkah berjaga-jaga, aku mouse over pada semua jaringan (seperti yang ditunjukkan pada anak panah oren). Semua jaringan tersebut membawa kepada satu laman web yang alamatnya berakhir dengan domain ".hu". Kalau tanya Prof. Google, domain "hu" adalah laman web dari Hungary. Tiada kaitan dengan FB pun. Anda boleh periksa suatu jaringan dengan mouse over dan lihat pada status bar (biasanya terletak di bahagian bawah) pelayan masing-masing. Jadi, saya tahu email ini email scam. Kalau kita login ikut arahannya, pasti mereka dapat mencuri identiti kita. Menakutkan...Jadi berhati-hatilah di alam siber!

Baru-baru ini ada juga dapat email scam supaya aku tukar password CIMC click dan Maybank2U. Alasannya untuk menaiktaraf server. Dengan teknik mouse over, kita boleh mengesahkan syakwasangka sebelum kita benar-benar mengklik jaringan yang diberi. Periksa alamat laman web betul-betul sebelum melakukan sebarang transaksi.

Khamis, 9 Disember 2010

Info Ejen Insurance

Sudahkah anda dilindungi insuran kesihatan? Bagaimana pula insurans hayat?
Oh, ada lagi..ada kereta? Kalau tak bayar insuran memang tak boleh perbaharui cukai jalan taw!
Jangan risau. Saya bukan hendak promosi insurans. Saya bukan ejen.
Tetapi saya memang sudah bengang sama ejen-ejen tidak bermoral.
Tahukah anda berapa komisyen yang diperolehi oleh ejen-ejen insurans komprehensif (Pru, Takaful Ikhlas, etc)?
Anda boleh rujuk laman web ini --> klik sini

OK, umumnya komisyen ejen akan berakhir selepas 6 tahun. Selepas itu, adakah ejen-ejen ini akan terus berkhidmat untuk klien? Jika, anda ditimpa musibah katakan pada tahun ke-8, adakah ejen ini akan sempurnakan tuntutan insurans anda? Jawapannya boleh refer sini--> klik sini

Apa pilihan saya? Saya akan menghentikan kebergantungan kepada ejen. Saya mesti mendidik diri dalam urusan insurans keluarga agar apa saja musibah dan penambahbaikkan polisi boleh dilakukan sendiri.

Apa pilihan anda? Bayar premium bulan2, komisyen masuk kocek ejen, lepas 6 tahun (tak payah tunggu 6 tahun pun tak apa), ejen cabut!!  (^_^)

Apapun, didiklah diri anda. Duit dan ikhlas, dua perkara berbeza.

1 Hari 1 Origami : Unta Kontot

Isnin, 15 November 2010

MLM dan riba' pendapatan tambahan

Malam tadi aku sambung baca blog Adib Mu'addib (http://aididmuaddib.blogspot.com/) mengenai MLM. Aku cuba fahamkan muslihat di sebalik sistem ni. Siap bawa marker dan papan tulis ke bilik tidur untuk simulasikan sistem MLM ni. Ummi pun layan je la.. Jadi, aku mengistiharkan diri aku sebagai anti-MLM. Walaupun sistem piramid ni memang boleh menjamin kekayaan, tetapi mekanismanya membawa kepada rezeki yang HARAM. 

Sekarang ni bukan main ramai lagi orang yang terjebak masuk ke MLM ni. Aku naik menyampah kalau orang tag di Facebook dengan gambar-gambar duit. Iklan tepi di Berita Harian Online pun memuakkan aku. Gambar bersama BMW, duit bersusun... yang membuatkan aku lagi muak ialah orang-orangnya bertudung sopan. Mereka tak sedar ke yang duit yg diorang dapat tu tak berkat. Kemudian sesuka hati tulis pendapatan halal tanpa ada panel syariah yang menilai apa yang diorang buat.

Sekarang ini macam-macam cara orang nak dapat duit. Macam-macam muslihat. Islam hanya pada nama, solat hanyalah sebagai ritual..tiada pengisian. Pada suatu ketika, aku teringin juga menyertai pelaburan emas. Tetapi melalui pembacaan aku ternyata pelaburan emas membawa kepada risiki riba. Cukuplah fungsi emas itu sebagai menambak nilai wang, bukanlah sebagai komoditi yang didagangkan. Jadi aku pun kena jauhkan diri.


Sebelum itu aku pernah juga cuba mempelajari Foreign Exchange. Pun begitu berasa sangsi dengan keuntungan yang diperolehi, aku tinggalkan forex ini.

Kemudian aku berkira-kira untuk sertai ejen insurans. Tetapi aku juga rasa sangsi dengan sistem komisyen. Aku masih lagi mencari jawapan kepada persoalan komisyen ini sebab ia mirip kepada MLM. Pencarian kepada persoalan ini akan diteruskan. Walaupun riba itu berleluasa contohnya dalam pinjaman perumahan dan saham, tetapi adalah tanggungjawab kita untuk meminimumkan hasil riba itu dalam darah daging keluarga kita. Biarlah tidak kaya, asalkan tidak makan duit riba kerana seringan-ringan riba itu adalah seperti berzina dengan ibu sendiri.

“Riba itu (ada) 70 dosa. Yang paling ringan adalah (seperti) seorang lelaki yang menikahi (menzinai) ibunya sendiri” [HR Ibn Majah, al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah & Ibn Abi Dunya]. 

dipetik dari mykhilafah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...