Semalam keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diumumkan.
Jika UPKK diambil pada tahun 5, PSRA diambil pada tahun 6.
Alhamdulillah si Bongsu memperoleh pangkat keseluruhan Mumtaz, walaupun tidak semua mata pelajaran yang diambil mendapat Mumtaz.
Di SRA-nya, 6 daripada 74 murid memperoleh Mumtaz.
7,869 (16.1%) daripada 47,948 calon memperoleh Mumtaz, menurun >3k.
Adakah tahun ini lebih susah?
Atau kelompok murid tahun ini lebih lemah?
Menariknya, Pengarah JAIS dengan tegas dalam ucapannya agar globalisasi pentaksiran pendidikan JAIS tidak berkiblatkan kepada mana-mana pihak, malah mencari identiti sendiri.
Trend biasa dalam pengumuman peperiksaan awam biasanya akan menonjolkan kenaikan bilangan dan peratus pelajar cemerlang.
Jadi, JAIS amat berani dalam usaha mengekalkan kredibiliti pentaksirannya dalam menghidangkan pentaksiran tersebut.
Si Bongsu bukanlah murid genius, tapi adalah kepintarannya sendiri.
Usaha dibelakang tabir banyak daripada ibunya yang memantau.
Banyaklah juga peperangan berlaku ^^.
Saya hanya boleh sokong dari keperluan pembelajaran Si Bongsu.
Cabaran sebagai murid SJKC ialah memahamnya pentadbiran sekolah keperluan untuk beliau ke sekolah petang.
Macam-macam jugalah aktiviti tambahan di SJKC yang terpaksa beliau mohon pelepasan untuk membolehkan ke SRA.
Beberapa ujian kemasukan ke aliran agama telah kami cuma:
- SMA di bawah JAIS
- KAA di bawah KPM
- Sekolah Menengah Agama Negeri Perak (SMAN).
