Isnin, 19 Disember 2011

SBPA dan DS51, DS52, DS53, DS53

Ramai yang tercari-cari tangga gaji baru untuk pensyarah kanan (DS51/52) dan prof madya (DS53/54).
Jadual gaji yang diramalkan boleh di download dari laman ini -->http://askbard.blogspot.com/2011/12/saraan-baru-perkhidmatan-awam-sbpa_17.html

Kalau nak faham mengenai SBPA boleh baca penjelasan yang baik ini --> http://www.budakhutan.com/2011/12/sbpa-sangat-beruntung-penjawat-awam.html
  
Saya mesti pilih!

Kenaikan gaji tidak bermakna kalau kos hidup pun naik sama.
Aku prefer kalau kos hidup dapat dikurangkan berbanding meningkatkan angka gaji.
Gaji ialah apa yg kita bayar, tetapi apakah nilai yang kita bayar itu setimpal?

Khamis, 10 November 2011

ERT dalam sepinggan Kuey Teow Kerang

Aku suka makan kuey teow.
Aku suka makan kerang.
Jadi, aku suka makan kuey teow dan kerang.

Kalau beli kat restoran sekarang ni harga dah RM4.50.
Kalau beli di pasar malam, selalunya lembik semacam je.
For sure, kerangnya sikit. Rasa x tentu sedap. Kuantiti pulak mesti x mengenyangkan.
Oleh itu, untuk kepuasan perut dan lebih ekonomi, maka masaklah sendiri.

Ramuan
Kerang 1 kg RM3.00
Kuey teow sebungkus RM1.00
Taugeh segenggam RM0.30
Sawi seikat RM1.00 (*Sebenarnya aku suka kucai, tapi dah habis pulak kat kedai)

Perencah: (Anggaran RM1.50)
Telur ayam sebiji
Minyak untuk menumis sesuka hati
Bawang merah sebiji - ditumbuk
Bawang putih 4 ulas - ditumbuk
Udang kering 1 sudu teh - ditumbuk
Cili Boh sesuka hati
Kicap ikan sesuka hati
Sos cili sesuka hati
Kicap manis sesuka hati
**perhatikan x pakai garam pun sebab kicap dah memang masin.

TOTAL MODAL : RM6.80
Biasanya di restoran, sebungkus kuey teow akan dibahagikan kepada 3 setara untuk menghasilkan 3 pinggan hidangan. Tapi yang lokek tu dia bahagikan kepada 4 tau ~ RM4.50 x 3 = RM 13.50
Penjimatan RM13.50-RM6.80 = RM6.70 (~50%)
Hasil kopekan dari 1 kg kerang Oh my feberet, bergemerlapan kerang2 itu!!

Keburukan masak sendiri
1) Ambil masa.
2) Tangan busuk sebab kena kopek kerang
3) Kena basuh pinggan mangkuk periuk lepas masak dan guna.
4) Risiko masak x sedap

Kebaikan masak sendiri
1) Berjimat cermat..kalau hari2 masak sendiri boleh jimat kos >50% tu!!!
2) Skill memasak bertambah terer
3) Boleh ubahsuai resipi sesuka hati.
4) Jaminan kebersihan, kalau kat restoran kita x tahu tukang masak tu korek hidung ke, pakai kicap siam ke.
5) Air tangan suami pengerat kasih sayang keluarga..cheewah! hahaha

ok..sapa nak tahu cara masaknya:
1) Rebus kerang sampai mendidih, tunggu hingga sebahagian besar kerang terbuka cengkerangnya. Kalau kerang busuk, dia payah nak terbuka. Sejukkan, dan kopek la dengan penuh kesabaran.
2) Rendam kuey teow dalam air suam supaya helaiannya terbuka. Kemudian tos, jangan lama2 rendam, nanti lembik pulak.
3) Panaskan minyak, goreng cili boh sampai agak2 garing.
4) Tumis bahan2 perencah sampai naik bau. Masukkan air ikut kesukaan, kalau nak kuey teow basah kena la banyak airnya.
5) Dah menggelegak, masukkan kerang. Bila kuah dah menggelegak semula, masukkan kuey teow dan sawi. Gaulkan hingga sebati.
6) Ketepikan sikit masakan, masukkan telur. Biarkan sampai telur memejal, lepas tu gaul semuanya macam orang terer.
7) Akhir sekali, masukkan taugeh. Gaul sehingga sebati tapi jangan lama2. Nanti taugeh lembik. Aku x suka taugeh lembik. Suka dia rangup2 gitu.
8) Ok..sedia dimelantakkan.

** Kuey Teow ni x boleh masak lama2, nanti dia lembik dan kembang. Timing mesti baekkkkk..

Rabu, 26 Oktober 2011

Senangla...

Member: Wife ko kerja apa?
Aku: Tak kerja, full-time house manager.
Member: Oo..senang la ko. Wife tak kerja.
Aku: Apa maksud ko "senang"?
Member: Yela, anak jaga sendiri.
Aku: Dah tu, suruh la wife ko berenti kerja..supaya ko "senang".

Single-income family sudah menjadi semakin asing dalam masyarakat Malaysia.
Kalau isteri tak berkerja, keadaan ekonomi rumahtangga akan terjejas.
Bagi kami sekeluarga, bukanlah keputusan mudah untuk Ummi berhenti dan bertugas sepenuh masa di rumah.
Herdikan dan pandangan sinis dari orang-orang kampung, kawan-kawan dan sekeliling.
"Ada degree tapi duduk rumah, buat apa?"
Ummi lulusan ijazah UUM. Ummi berkerja di beberapa syarikat selepas graduat sehinggalah berkahwin dengan aku. Ummi berhenti kerja dan ikut aku sambung belajar ke Jepun.
Tapi kami sepakat. Kami hidup sederhana. Dua2 anak yatim, biasa hidup susah.

Mengamalkan single-income family, bermakna:
1- Kurangkan makan di luar. Aku selalu bawa bekal dari rumah. Pelik ke?
Member2 selalu ingat aku balik makan tengah hari di rumah (10 minit perjalanan). Tapi sejak aku mula bertugas, boleh bilang dengan jari la berapa kali aku balik tengah hari ke rumah. Itu pun bukan sebab makan tengah hari, tapi tertinggal barang.
2- Menaiki kancil ke tempat kerja. Kalau boleh nak naik motorsikal je. Tapi motorsikal nak kena beli. Duit tu.. alang2 kancil Ummi beli masa dia bujang dulu ada, pakai jelah. Sapa nak beli boleh kontek aku. Kancil Hitam SE 2006 Manual. Harga boleh runding :D
3- Kurangkan perjalanan dan leisure tidak perlu. Kami selesa duduk rumah. Bercucuk tanam di tepi rumah dan main masak2 di dapur..hehe.. macam mana la aku nak kurus macam nih.
4- Berbelanja barangan rumah dengan lebih bijak. Nanti aku sentuh bab ni lain kali.
5- Dan lain2 yang banyak berkaitan bajet. Semuanya harus sederhana. Kadang-kadang meleleh juga tengok rumah orang besaq2, keter besaq2, aksesori branded2. Tapi ku tahu, kebanyakannya hutang pun besaq2 juga kan. Nak 'senang' kena la macam tu..

Walaupun Ummi house manager, tapi Ummi bukan house manager cam dulu2 yang pagi2 pergi mesyuarat tingkap/pagar. Djaman sekarang depa bergossip di forum, blog dsb.
Ummi juga berjinak2 dalam urusan kraftangan online. Ni nak promote sikit --> http://ielazcraft.blogspot.com/

Oleh kerana bajet pon cut sana sini, tangan Ummi xdelah bergayut2 rantai emas. Aksesori Ummi xde lah jenama yang susah nak eja macam wanita2 berKERJAYA masa kini. Sorry Ummi ye, ada rejki lebih Abi hadiahkan.


Melihat, menjaga, mendidik anak sendiri menjadi keutamaan kami buat masa ini. InsyaAllah semoga pelaburan yang ini mendapat pulangan di masa depan.

Jadi, korang ingat "senang" ke kalau tak berkerja. Cuba la korang try..!

Ahad, 23 Oktober 2011

Pengantaramukaan Komputer











1) Semester ini saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar kursus Computer Interfacing In Physics kepada pelajar Sarjana Pendidikan Fizik.
2) Pada awalnya saya merancang untuk mengajar teknik mengantaramuka melalui Printer Port menggunakan BASIC.
3) Masalah 1: Tetapi komputer sekarang tidak lagi mempunyai Printer Port, tetapi dilengkapi oleh USB. Printer Port menggunakan prinsip komunikasi selari manakala USB menggunakan prinsip komunikasi siri. Untuk menjadikan kursus ini relevan dan mengikuti kehendak semasa, saya mesti pilih USB. Tetapi saya tidak pernah ada pengalaman mengantaramukakan USB dengan litar. Haiya!
4) Masalah 2: Walaupun BASIC sangat mudah, tetapi hasilnya tidak cantik. Jadi saya pilih Visual Basic (VB). Versi terkini ialah Visual Basic Express 2010 (VBE 2010). Kali terakhir saya menggunakan VB ialah pada tahun 2002, iaitu versi VB 6.0. Apa yang saya dapati, sintaks dan persekitaran VBE2010 sudah berbeza berbanding VB 6.0. Haiya!
5) Masalah 3: Kebanyakan pelajar ialah guru sekolah menengah yang tiada asas pengaturcaraan dan elektronik yang kukuh, ataupun telah lama meninggalkannya di pengajian Sarjana Muda. Sangatlah sukar dan mencabar untuk mengajar 3 komponen (pengaturcaraan, elektronik dan pengantaramukaan) dalam masa 14 minggu kali 3 jam kuliah kepada kelompok ini. Haiya!
6) Jadi saya mengambil keputusan agar kelas ini dijalankan dengan project-based learning. Dengan bantuan Azrul (pelajar Sarjana Prof Rosly), kami buat satu kit penderia suhu. Pelajar-pelajar ini diberi setiap kit untuk dipasang litar elektroniknya, dan contoh pengaturcaraan diberi. Mereka akan belajar melalui proses pembinaan kit tersebut.
7) InsyaAllah mereka memperolehi ilmu yang bermanfaat dari kursus ini dalam kerjaya mereka.

Isnin, 3 Oktober 2011

Konvokesyen

Sekarang tengah musim konvo. IPT sana sini meraikan konvo.
Pagi tadi dengar Sinar FM, ada hamba Allah ini ada konvo di UUM esok.
Esok isteri dia kena bersalin (Caesar). Jadi beliau tidak dapat hadiri konvokesyen.
Tetapi, beliau sanggup tangguh tahun depan untuk hadiri konvokesyen.
Begitulah bestnya konvo sampai sapa2 yang habis study mesti ingin melaluinya, memakai jubah, bergambar2 sakan sebagai memori indah dalam kehidupan.

Tetapi bagi aku, bila tengok orang berkonvo, mesti aku rasa meluat, benci. Mungkin aku jeles?
Ini ceritanya yang mungkin menyebabkan aku jadi macam ini.

1) Aku berkonvo pada Ogos 2002 di UTM untuk sarjana muda. Oleh kerana kepandaian "seseorang", sesi aku dikelompokkan dengan sesi khas bersama Master dan PhD pada hari pertama. Ini kerana alhamdulliah aku dapat First Class Bachelor. Hanya aku dan seorang kawan shj yg Melayu dalam kursus Fizik pada sesi itu. Yang lain ramai cha ya nun alif. Kawan2 lain dianugerahkan pada sesi yang lain. Pada sesi khas itu, kursus lain Kimia dan Matematik ramai First Class dari kumpulan elit express MARA. Tujuannya dikelompokkan pada sesi khas itu ialah supaya bagi geng2 ini apparent dan menonjol dalam konvokesyen itu disebabkan program khas yang dianggap berjaya menghasilkan pelajar fast track yg excellent. Akibatnya aku terpisah dengan rakan2 dalam meraikan kegembiraan konvokesyen ini. Aku mmg betul2 frust.

2) Aku buat master di Univ Leipzig, Jerman. Di sana lepas aku tamat belajar, aku amik je sijil kat pejabat akademik. Memang tiada acara konvokesyen.

3) Aku terima PhD dari Hokkaido University. Di Jepun konvokesyen nya sangat ringkas (~ 2 jam). Tiada pemakaian jubah, hanya suit formal dan menghadiri majlis ucapan. Yang naik pentas pun wakil pelajar. Sijil di agih2 lepas majlis. Tapi sebab aku x hadiri majlisnya, penyelia aku pos dari sana.

4) Sebagai pensyarah, kadang2 kena giliran masuk dewan konvokesyen. Memanglah terseksa dan memboringkan.

5) Bila tengok student sendiri ada yg liat dan buat hal masa belajar, tapi masa konvo dialah yg paling over. Makeup x hengat.

Begitulah al kisahnya...

Jumaat, 16 September 2011

konflik di tempat kerja

Ada satu masaelah. Terdapat 4 orang rakan sejawatan di Jabatan XYZ, pensyarah universiti. Mereka semua sebaya, mempunyai kelulusan sarjana. Katakan gaji mereka RM4,000 sebulan.

1- Dara seorang gadis yang masih bujang tetapi sudah bertunang.
2- Bujang pula seorang pemuda yang juga masih bujang trang tang tang.
3- Minah sudah berkahwin dan sedang mengandung 4 bulan anak pertama. Suaminya seorang jurutera.
4- Karim sudah berkahwin anak tiga, isterinya tidak bekerja.

Atas arahan pihak Universiti, terdapat kuliah yang mesti dilakukan pada hari Sabtu selama satu semester iaitu selama 4 bulan. Pensyarah yang mengajar tidak akan mendapat insentif tambahan mahupun cuti gantian. Sebagai seorang Ketua Jabatan XYZ, anda perlu memilih seorang dari 4 rakan di atas untuk mengajar kuliah tersebut. Siapakah yang anda pilih dan kenapa?

Sabtu, 27 Ogos 2011

IN Hiroshi 2 Bulan

Hari ini genap Iman Nurhadi Hiroshi berusia 2 bulan, manakala kakaknya Iman Nurbalqis Yumiko berusia 2 tahun 8 bulan.
Berbanding kakaknya, Hiro tidak meragam. Hiro boleh tidur sendiri.
Bila Hiro menangis, tidak sekuat Iman.
Begitulah, masing-masing ada identiti sendiri.
Perkembangan Hiro
- pandai senyum, ketawa dan menyapa kembali bila diagah.
- tidur dalam buaian 
- angkat kepala
- tidur malam pun tidak begitu meragam
Iman?
- memilih baju sendiri untuk dipakai
- boleh diharap untuk buang napkin Hiro
- boleh diharap cari cermin mata dan telefon Abi kalau hilang
- menyanyi, membaca, menulis dan menari ikut gaya sendiri
- selalu tanya 'ini apa?' sampai Umminya malas nak layan (Abi pun sama :)

Video 4 hari yang lalu, Iman memang suka mengadap adiknya. Jangan gaduh-gaduh ya!

Minggu depan dah Hari Raya. Hari Raya kali pertama buat Iman di Malaysia. Tahun 2009 dan 2010 di Jepun. InsyaAllah Hari Raya Pertama dan Kedua di KL dan Ketiga hingga seterusnya di Pontian.
Selamat Hari Raya Semua. Maaf Zahir Batin.

Isnin, 4 Julai 2011

Sindrom 'boncengan gratis' dalam dunia akademik

Dipetik dari laman online Utusan Malaysia / Ruangan Rencana Isnin 4 Julai 2011


Oleh PROF. DR. MUHAMMAD SYUKRI SALLEH


PADA 6 hingga 8 Julai ini, Majlis Profesor Negara buat pertama kalinya akan mengadakan Kongres bagi membincangkan kaedah mentransformasikan negara. Jika kesemua profesor di Malaysia hadir, jumlahnya adalah sekitar 1,600 orang.

Sebagai intelegensia akademia yang pastinya mempunyai pemikiran yang besar-besar dalam bidang masing-masing, profesor-profesor tersebut dijangka akan membincangkan isu-isu menarik dengan analisis mendalam.

Kalaulah di celah-celah pemikiran besar dan analisis yang mendalam itu dapat diselitkan perbincangan tentang masalah dalaman dunia akademik mereka sendiri dan kemudiannya sampai kepada cara penyelesaiannya, tentulah ia lebih bermakna lagi.

Salah satu masalah yang jelas semakin berleluasa dalam dunia akademik di Malaysia sekarang tetapi tidak begitu menarik perhatian sebahagian besar orang akademik ialah masalah yang saya panggil boncengan gratis (free-riderism).


Boncengan di sini bermaksud menumpang, manakala gratis bermaksud percuma. Boncengan gratis oleh itu bermaksud menumpang dengan percuma. Secara lebih khusus, ia bermaksud menumpangkan nama dalam sesuatu hasil kerja akademik, terutamanya dalam penyelidikan dan penerbitan tanpa 'membayarnya' dengan apa-apa sumbangan yang sewajarnya.

Misalnya seseorang akademik meletakkan namanya dalam satu hasil dokumentasi penyelidikan, atau dalam satu penulisan, atau dalam satu penerbitan, walau pun sebenarnya beliau tidak menyumbang apa-apa.

Kalau pun mereka dikatakan menyumbang, sumbangannya itu hanyalah dalam bentuk routine performance, umpamanya dengan hanya sedikit sebanyak mengumpul data, atau hanya dengan memberi idea, atau hanya dengan menyunting, atau hanya dengan menguruskan pentadbiran, atau hanya dengan menguruskan hal-ehwal yang tidak melibatkan penulisan.

Ringkasnya, mereka hanya menyumbang secara pasif dalam bentuk yang sememangnya telah menjadi tugas asas mereka, tetapi mereka tidak menyumbang dalam bentuk penulisan dokumentasi atau penerbitan tersebut.
Sumbangan sedemikian tidak cukup untuk melayakkan seseorang akademik meletakkan namanya dalam sesebuah hasil dokumentasi atau penerbitan akademik.

Konvension kepengarangan menetapkan sekurang-kurangnya tujuh syarat bagi melayakkan seseorang itu meletakkan namanya dalam hasil dokumentasi atau penerbitan akademik tersebut.

Pertama, kesemua mereka perlu terlibat secara aktif dalam menjana keaslian idea penulisan tersebut.

Kedua, mereka perlu terlibat secara aktif dalam membina reka bentuk dan penulisannya.

Ketiga, mereka perlu bertanggungjawab dalam pengamatan dan pengumpulan data.

Keempat, mereka perlu memainkan peranan kepimpinan mengikut kapasiti masing-masing dalam pelaksanaan kajian yang dijadikan asas penulisan tersebut.

Kelima, mereka perlu terlibat sepenuhnya dalam proses menulis dengan bukan sahaja menulis draf manuskrip tetapi juga mengulang kaji dan menyemak manuskrip tersebut.

Keenam, mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas manuskrip akhir.

Dan ketujuh, mereka perlu mampu mempertahankan penerbitan tersebut mengikut disiplin profesional masing-masing.

Ketujuh-tujuh syarat ini walau bagaimanapun tidak semua dipenuhi oleh kesemua ahli akademik masa kini.

Cuba lihat contoh-contoh yang benar-benar terjadi.

Pertama, seorang pelajar PhD mengadu kepada saya bahawa penyelia bersamanya tiba-tiba meminta beliau memasukkan nama penyelia bersama tersebut dalam kertas kerja yang akan dibentangkannya di satu persidangan di Langkawi. Pelajar tersebut terkejut besar kerana penyelia bersama itu sedikit pun tidak mengetahui sebelumnya tentang kertas kerja tersebut, apatah lagi menyumbang apa-apa, sedangkan penyelia utamanya walau pun banyak memberi idea dan membimbingnya, tidak pernah pula meminta beliau melakukan demikian. Apabila hal ini disuarakan, penyelia bersama itu memberi jawapan yang sangat mudah. Katanya, penyelia utamanya sudah menjadi profesor, sedangkan beliau sedang berusaha mengumpul poin untuk memohon jawatan profesor.

Kedua, seorang yang berhasrat menjadi profesor menceritakan kepada saya bahawa beliau sedang merancang untuk memohon jawatan profesor apabila pelajar-pelajar siswazahnya menghasilkan beberapa penulisan lagi. Dengan gembira beliau menyatakan bahawa terdapat pelajarnya yang berkebolehan dan prolifik dalam penulisan. Dalam jangka masa terdekat, beliau yakin beliau sudah cukup bahan tulisannya untuk memohon jawatan profesor tersebut. Saya kehairanan kenapa pelajarnya yang berkebolehan dan prolifik, tetapi tanpa segan silu beliau pula yang merasakan layak memohon jawatan profesor.
Jawapannya senang. Dalam penulisan pelajar-pelajarnya itu, beliau akan menaruhkan namanya sekali dan mendapat kredit sewajarnya.

Ketiga, seorang teman mengadu kepada saya bahawa kawannya yang sama-sama membuat penyelidikan dan kemudian sama-sama menulis sebuah artikel akademik, tiba-tiba meletakkan nama suaminya sebagai salah seorang daripada penulis artikel tersebut. Bila ditanya kenapa, kawan itu berterus terang mengatakan untuk menolong suaminya agar sama-sama mengumpul kelayakan untuk kenaikan pangkat. Teman saya itu akhirnya memberi dua pilihan, sama ada tidak memasukkan nama suaminya, atau memasukkan nama suaminya tetapi membuang namanya. Saya kurang pasti pilihan mana yang dipilih. Yang jelas kemudiannya, hubungan peribadi antara mereka sudah terjejas.

Keempat, seorang pensyarah muda yang baru menyelesaikan PhD bertanya kepada saya dalam satu bengkel penulisan, apakah betul bahawa hak cipta tesisnya adalah hak cipta penyelianya. Pensyarah muda tersebut menceritakan bahawa penyelianyalah yang mengatakan demikian. Penyelia tersebut memberi peringatan agar mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu apabila mahu menulis berkaitan tesis tersebut . Kemudian, dalam apa jua penulisan yang dihasilkan pensyarah muda ini, nama penyelia tersebut mestilah dicatatkan.

Kelima, para pensyarah sebuah universiti yang agak baru, dalam satu wacana penulisan menyifatkan saya sebagai mempunyai pendirian yang berbeza kerana tidak bersetuju dengan boncengan gratis, sedangkan ramai ahli akademik yang datang ke universiti tersebut menasihatkan mereka menggunakan bahan dan penulisan pelajar sebaik mungkin untuk meletakkan nama mereka bersama.
Mereka cukup gusar dengan pendirian saya, sehingga memohon pendapat sama ada berdosa atau tidak jika melakukan sebagaimana saranan ahli-ahli akademik lain itu.
Salah seorang daripada mereka cukup sayang dan terhutang budi kepada bekas penyelia PhDnya, hingga beliau merasakan dalam apa jua tulisannya, beliau harus meletakkan nama penyelianya bersama, walau pun tidak semestinya diketahui oleh penyelia tersebut.

Keenam, pernah dalam satu persidangan antarabangsa yang kami anjurkan tahun lepas, seorang pensyarah agak gelabah kerana teman-temannya tidak datang sedangkan nama mereka tercatat sebagai ahli kumpulan yang menulis kertas kerja bersamanya.
Kumpulan dengan ahli-ahlinya yang sama ini telah cuba membentangkan tiga kertas kerja, dengan hanya menukarkan nama penulis pertama sahaja.
Pensyarah tersebut gelabah kerana beliau hanya mengetahui tentang kertas kerja yang beliau menjadi penulis pertama sahaja, sedangkan kertas kerja kedua dan ketiga tidak begitu diketahuinya walau pun namanya diletakkan sebagai penulis dalam kedua-dua kertas kerja tersebut.

Puncanya kerana yang benar-benar menulis kertas kerja tersebut ialah penulis pertamanya sahaja, sedangkan ahli-ahli yang lain hanyalah menumpangkan namanya, hanya kerana mereka adalah ahli-ahli kumpulan penyelidikan yang sama.
Contoh-contoh boncengan gratis ini merupakan refleksi akan betapa sudah mula tidak beretikanya sesetengah orang akademik di Malaysia sekarang. Masalah etika sedemikian juga berlaku dalam persidangan-persidangan.

Misalnya, dalam satu persidangan di Australia beberapa tahun yang lepas, ada seorang pensyarah Malaysia yang membentangkan kertas kerja pada hari pertama, manakala penulis bersamanya belum tiba lagi dari Malaysia. Namun begitu, walaupun penulis bersama ini tiba keesokannya, beliau tidak hadir ke persidangan tersebut. Sepanjang persidangan itu berlangsung hingga ke hari akhirnya, beliau sememangnya tidak hadir langsung. Saya mendapat tahu dari teman-temannya bahawa ketika Persidangan berehat selama satu hari, beliau bersama teman-temannya berjalan-jalan melihat Australia.
Beginilah antara senario integriti sesetengah orang akademik di Malaysia sekarang. Sebahagiannya tidak mustahil telah pun menjadi profesor. Bolehkah mereka mentransformasikan negara?
Penulis ialah Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia

Ikan Berpantang

Menjadi Tukang Masak bagi Ummi yang berpantang memang tiada masalah.
Tetapi memilih apa yang hendak dimasak memang memeningkan.
Ummi kata dia tak boleh makan ayam, jadinya kenalah masak ikan dan daging.
Ikan pula ada jenis-jenis yang gatal dan tidak sesuai untuk dimakan semasa berpantang.
Jadinya, jom senaraikan ikan-ikan yang boleh dimakan, tak boleh dimakan dan tak dikenalpasti samada boleh atau tidak dimakan.
Harap pembaca boleh bantu saya senaraikan untuk panduan bersama.

BOLEH MAKAN
Haruan
Bawal Putih
Tenggiri
Merah
Rohu
Parang
Bilis
Kerapu

TAK BOLEH MAKAN
Keli
Kembung
Cencaru
Tongkol
Bawal Hitam
Terubuk

BELUM DIKENALPASTI
Sembilang
Belut
Talapia
Salmon

*and the list continues..

Sabtu, 2 Julai 2011

Iman Nurhadi Hiroshi Bin Shahrul Kadri

Hari Pertama: Hiro bersama Kakaknya (Iman Nurbalqis Yumiko)
イマンヌルハディ博ビンシャーラルカドリ
 ايمان نور هادي هيروشي بن شهر القدري

Butiran kelahiran Hiro
27 Jun 2011 3.12 pagi
3.85 kg Kelahiran Normal
Usia kehamilan 41 minggu 2 hari
Hospital Slim River


Alhamdulillah segalanya selamat.
Namun beberapa jam selepas kelahiran, doktor mendapati Hiro mengalami jaundice dan tangan kiri yang kurang aktif.
Hiro di letakkan dibawah sinaran lampu untuk phototherapy dan x-ray bahagian bahu di ambil.
Didapati tulang bahu kirinya mengalami keretakan.
Kerana ketiadaan pakar tulang di Hospital Slim River, Hiro dirujuk ke Hospital Teluk Intan iaitu 60 minit perjalanan dari Slim River.
Hiro dibenarkan pulang pada hari ke-2 setelah aras jaundicenya berkurang dan keretakan tulang yang tidak serius.
Punca keretakan masih tidak diketahui, dan dipostulasi akibat proses kelahiran yang tidak disambut dengan sempurna.
Masalah ini sering berlaku bagi bayi yang beratnya lebih 3 kg dengan kelahiran normal tanpa Caesarian.
Dua minggu lagi Hiro perlu lawatan susulan di Hospital Teluk Intan.
Kelegaan di hati kami kerana keretakan tulang ini iAllah akan kembali sembuh dengan masa dan dapat bersambung semula secara semulajadi.
Cuma adakah Hiro berasa sangat sakit sehingga kurang aktif tangan kirinya, kami tidak tahu.
Kami berharap Hiro bersifat Hero..tabah dan tekal dalam hidupnya.
Setiap hari kaki Hiro dicucuk bagi persampelan ujian darah untuk memastikan aras jaundice di tahap yang rendah di klinik berhampiran.
Rancangan untuk berpantang di kampung terpaksa dibatalkan.
Hiro dan Ummi harus menghadkan pergerakan sehingga kedua-duanya betul-betul sihat.

Hiro! Ummi! Gambare!
 Hari ke-5, alhamdulillah sihat.

Jumaat, 24 Jun 2011

mini CD tersekat dalam drive MacPro

Pinjam CD dalam bentuk mini dari Library U*S*
Masukkan dalam drive MacPro, terus stuck tak boleh keluar.

Jumpa penyelesian di Mac-Forum :

MAKE SURE YOUR MACBOOK IS POWERED DOWN


1. Very carefully inserting a straightened out paper clip about one inch into my cd/dvd drive. Keep it ro the right and you should feel some spring tension. apparently that is a manual release switch you feel there.

2. Press the clip towards the tight so that the "switch" is fully depressed.

3. While the switch is depressed move your laptop in a quick forward motion, thus forcing the disk out of the slot.

May take a few attempts, I had to actually upend my laptop and give it a little shake but the disk came out quickly.

Berjaya!
Moral: jangan masukkan Mini CD dalam drive MacPro

Isnin, 20 Jun 2011

Kos Elektrik Sebatang Lampu Kalimantang

Bulan Mei yang lepas ada taklimat keselamatan di Desa Kenari oleh Ketua Balai Polis Kalumpang. Antara langkah keselamatan yang disyorkan ialah memasang lampu di belakang rumah.
Biasanya kawasan belakang memang gelap. Kalau ada aktiviti pecah rumah, si perompak memang ikut belakang. Oleh itu, kalau cerah, aktiviti tersebut dapat dielakkan.
Semalam saya baru pasang lampu belakang. Memang cerahlah bahagian belakang.
Oleh itu jom kira kos elektrik untuk lampu kalimantang tersebut.

Kuasa sebatang lampu kalimantang = 40 W @ 0.04 kW
Di pasang dari pukul 8 malam sehingga 6 pagi = 10 jam @ 10 hours
Sebulan = 30 hari @ 30 days
Kos seunit kWh = RM 0.218*

Jadi kos elektrik untuk sebatang lampu kalimantang sebulan = 0.04 kW x 10 hours x 30 days x RM 0.218 = RM2.616

OK! RM2.70 untuk keselamatan rumah. Berbaloikah? ^_^

Sekarang ramai yang pasang lampu bilik kecil di bilik tidur. Biasanya lampu ini mempunyai kuasa 2W. Tapi sebelum beli periksa betul-betul kuasanya. Lagi besar kuasa, lebih besar kosnya. Untuk lampu 2W dengan formula di atas, kos elektriknya ialah RM0.13. Murah kan? hehe..

Perlu diingat kuasa tinggi tak semestinya lampu lebih cerah. Contoh lampu pijar mentol (dalam dia ada filamen) yang cahaya oren tu biasanya 40W, tapi lampu putih yang jenis Philip tu kuasanya dalam 10 W (kuasa rendah, kos elektrik rendah, tapi cahaya cerah).

*diambil dari http://www.tnbbuzz.com/

Isnin, 9 Mei 2011

Teh Hijau, Makan tengahari dan Biskut

1) Malam tadi tertonton iklan Teh Hijau Lipton di television. Rindulah pula nak minum Teh Hijau. Masa di Jepun dulu, selalu beli di Hanbaiki (Mesin Jual). Walaupun pahit, tapi segar. Pagi tadi, alang-alang isi minyak di Shell Tol Jalan Duta, belilah sebotol Teh Hijau Lipton. Erk! Teh Hijau manis da..uhuh..rindu teh hijau jepun..mana mau dapat?

2) Makan tengahhari di Restoran Apak belakang U*S*. Nasi lauk ikan keli bersambal, sayur kobis rebus dan segelas ais kosong.  RM3.50! Gembira pula rasa sebab akhirnya sampai juga sasaran makan tengahari bawah RM4. Sedap pula. Heehe

3) Kemudian singgah pasar mini D-Best deret Restoran Apak itu juga. Mahu beli stok biskut, kadang-kadang lapar di pejabat. Bila bayar, juruwang periksa tarikh luput. "Sudah expired loh! Saya tukar lain ya?". Gembira betul saya jumpa juruwang semacam ini. Gembira..gembira..gembira..

Lalala

Khamis, 5 Mei 2011

Kronologi Kad “Bahlol” U*S*


Saya masih menyimpan kad staf lama yang di buat pada tahun 2005. Tetapi saya ada terbaca yang semua staf mesti buat kad baru. Jadi selepas melapor diri, saya inginlah melakukan prosedur baru.
April 18, Isnin
(1) T1 BC, Melapor diri di Bah. Latihan. Saya bertanyakan kad staf, Pn. Z kata boleh rujuk ke Bah. Perkhidmatan, BSM.
(2) T2 BC, Melapor diri di Pejabat Am, FSM. Saya bertanyakan kad staf sekali lagi kepada Pn. Z FSM sekadar mengesahkan pertanyaan kepada Bah. Latihan. Jawapannya sama. Sementara itu boleh guna kad perakam waktu sementara yang diuruskan oleh Encik A.
April 26, Selasa
(1) Encik A tiada di pejabat kerana berkursus, jadi tiada kad perakam waktu disediakan untuk saya, maka tak boleh ketik waktu kedatangan.

(2) T2 BC, bertanya mengenai kad pekerja kepada Bah. Perkhidmatan, dijawab kad perkerja pusat ICT yang menguruskan. Pusat ICT berada di Bangunan e-learning, merupakan bangunan yang paling gah di seantero Tg Malim.
(3) T2 Bangunan e-learning, bertanya kepada kaunter. Di jawab, “Saya staf baru saja masuk kerja. Saya tidak tahu apa-apa, semua orang tiada mengunjungi rumah staf yang meninggal. Nanti datang balik ye”
(4) Depan Bangunan Malim Sarjana, terserempak dengan Dr. Ramlah Mailok (IT). Katanya kad staf yang lama boleh pakai lagi.
(5) Saya mengetik menggunakan kad staf lama di Bangunan Malim Sarjana, memang masih berfungsi. Tak payah buat kad staf baru.
May 4, Rabu
(1) 2.30 ptg Bank Islam Tg Malim, saya ingin mengemaskini akaun bank islam saya kerana kad staf lama yang disepadukan dengan fungsi kad ATM tidak boleh digunakan lagi untuk pengeluaran wang. Sebelum saya pergi ke kaunter, saya cuba masukkan kad staf lama ke mesin ATM. “Your card is detained. Please contact the branch”. Saya pun buat laporan, katanya kad akan dipulangkan selepas sekuriti bukak mesin. Mereka akan telefon saya. Saya pun buat kad ATM baru yang berasingan.
May 5,  Khamis
(1) 9 Pagi. Saya ingat baiklah saya buat kad staf baru. Kad staf lama dah kena telan mesin ATM dan Bank Islam pun belum hubungi saya lagi. Saya dah malas pergi terus ke kaunter Pusat ICT, saya telefon dulu. Hubungi 5826, tak angkat. 5821, tak angkat. 5823 suara toya mengangkat.. Katanya boleh buat di Pusat ICT, dan orang yang bertugas pun ada.
(2) Terus saya ke Pusat ICT. Mamat yang bertugas tanya dah buat bayaran? Katanya kena ke Bendahari, T1 BC untuk buat bayaran RM50, kemudian datang semula ke Pusat ICT. WHAT THE FUCK? (akhir2 ini saya memang agak baran). Saya pun berlalu dengan hati panas…
(3) 9.35 pagi saya hubungi Bank Islam Tg Malim untuk dapatkan balik kad staf lama saya. Katanya pihak sekuriti sedang buka mesin. Nanti mereka akan hubungi saya untuk pulangkan.

The SAGA continue..
RUMUSAN
Untuk membuat kad "bahlol" U*S* yang banyak menang anugerah, cartalir ISOnya adalah seperti berikut : Bah. Latihan /Pejabat FSM --> Pusat ICT --> Bank Islam --> Pusat ICT --> Bendahari --> Pusat ICT --> ? --> ?  bila nak habis da.. 

Terkini 5 May (Khamis) 3:30 pm
(1) 2 pm , pagi tadi Bank Islam kata mesin dah buka. Tapi sampai sekarang belum telefon lagi. Saya terus ke Bank Islam. Pergi Kaunter, katanya belum boleh dapat kad lagi. Pagi tadi orang masukkan duit sahaja. Diorang tiada kunci untuk ambil kad yang ditahan. "SEBENARNYA BOLEH DAPAT BALIK KE TAK?, "Boleh tapi kena tunggu". "BILA BOLEH DAPAT?". "Dalam minggu ini."

Saya memang tak percayakan Bank Islam dah. Sebelum ini banyak juga kes dengan Bank Islam ini. Telan duit. Sistem sangkut masa transaksi online. Macam-macam. Kalau boleh nak tutup akaun terus. Tapi sebab housing loan dengan Bank Islam, tunggulah sampai refinance memang saya cau!

(2) 2.45 pm Bendahari T1 BC, pergi bayar RM50 untuk kad baru. Memang tak boleh tunggu Bank Islam cibai tu. Nanti merah memanjang rekod kedatangan aku. Di Bendahari, lagi dorang mintak surat pengesahan kad hilang. WHAT THE FUCK? Nasib la ada Hafizah, geng induksi dulu. Dia yang bagi setel. Hayya mahu bayar pun susah?

(3) 2.50 pm Dapat panggilan dari Bank Islam. Katanya boleh ambil kad staf yang kena telan tu. PANAS!! Baru bayar untuk buat kad baru. Kirim salam la kad lama.

(4) 3:00 pm T2 Pusat ICT. Buat kad staf baru dengan gambar baru.

(5) 3.15 pm Bangunan Malim Sarjana ketik untuk kedatangan semalam dan hari ini.

Dah selesai, habis cerita.

Rabu, 13 April 2011

PhD: berakhirnya sebuah cerita

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...tak putus mulutku menyebutnya.
Tepat jam 4:30 ptg, bermula sesi Viva terakhir Phd ku yang dihadiri oleh 13 orang professor dan juga beberapa orang rakan dari lab yang sama.
Selepas 30 minit, diaju pelbagai soalan. Alhamdulillah, dapatlah aku menjawabnya dengan ilham dariNYA.
Keputusannya, alhamdulillah lulus. Tidak perlu lagi urusan pembetulan tesis, hanya tinggal urusan penjilidan yang akan aku lakukan esok untuk simpanan di Universiti Hokkaido dan Perpustakaan Negara Jepun.

Jumaat ini genap 3 tahun 6 bulan aku di Jepun menimba ilmu.
Alhamdullilah, penganugerahan Doctor of Engineering atau dalam Bahasa Jepunnya 博士(工学) akan berlangsung di hujung bulan Jun. Tetapi..pos sajalah nampaknya :)
Suka dan duka menjadi sejarah.
Terima kasih Ummi, Iman, Mak2, Keluarga, Rakan2
Terima kasih Rakyat Malaysia dan Jepun yang menaja pengajian pengajianku.
Sabtu ini, kami akan berlepas pulang.
Dan mengakhiri sebuah cerita dari kehidupan yang fana ini.
Alhamdulillah..alhamdulillah..

Ahad, 3 April 2011

masalah ethernet port MacPro

Semalam, tiba-tiba MacPro aku tidak boleh layari internet. Aku cek status Ethernet di Preferences, "no connection". Lampu kabel di router pun tidak menyala. Aku tukar kabel lain, sama juga.
Aku cuba cari penyelesaian di internet gunakan komputer bini. Kemungkinan, ethernet port rosak (akibat kejutan arus elektrik?).
Aku pun buat temujanji pukul 1.45 petang dengan Genius Bar cawangan Sapporo melalui laman web Apple. Kami sampai 30 minit awal, tetapi oleh sebab tidak berapa ramai pelanggan, staf Apple bawa kami terus ke Genius Bar. Cek punya cek, rupa-rupanya salah satu wayar pada port membengkok. Juruteknik luruskan wayar, terus OK! Lega. Tidak payah hantar untuk pembaikian.
Balik, rumah terus cuba sambungan internet. Tiada masalah ^_^
Stor Apple Sapporo
Kenang-kenangan

Jumaat, 1 April 2011

cicir barang di Jepun

2:29 pm Terima voice message dari Polis Jepun. Dengar sekali, tahu dari pejabat polis. "Pejabat Polis Kita 24, Bahagian Akaun. Saya menelefon Shahrul Kadri kerana.......... waktu pejabat 8 hingga 5.30". Yang dot dot dot tu, x berapa nak jelas dan faham butirannya, maklumla aku ni bukan terer lagi pun Bhs Jepunnya. Cemas juga, kalau-kalau ada buat jenayah. Tak tahu sebab apa. Ulang banyak kali, terdengar perkataan sarung duit. Sarung duit? Apa kaitan dengan aku? Kemudian terdetik nak cek sarung duit aku dalam beg. Hah? Xde? Ni mesti ada orang jumpa lepas tu bagi kat polis.
Aku pergi balai bahagian akauntan dan "barang cicir (落とし物)". Tengok aku foreigner, Incik polis tu terus cakap English. Boleh pulak, kira ok la dia cakap..nampak muka dia berpeluh2..hehe.. Incik polis tu bagi semula sarung duit aku, lepas tu aku tandangan surat terima.

Incik polis : Kat Jepun, biasanya kita bagi penghargaan kepada orang yang pulangkan barang kita. Tapi dalam kes ini, pihak yang jumpa tu x mau dedahkan identiti.
Aku : Saya x tau la siapa dia, macam mana saya nak bagi penghargaan.
Incik polis : Kami kena jaga privacy dia. Jadi x perlu penghargaan.
Aku: Terima kasih..
Incik polis: Eee..takpe2 tak perlu terima kasih.

Apa dalam sarung duit itu?
hehe.. ada resit2 transfer duit, inkan (cop mohor untuk urusan rasmi di Jepun), dan juga duit JPY160,000 (~RM6k). Banyak tu, duit aku campur duit Mado dan Mito untuk bayor kos kontena sebenarnya tu. Nasib baiklah pada resit2 transfer tu ada nama aku dan nombor telefon. Tu yang polis dapat trace.

Macam mana boleh tercicir?
Lepas solat Jumaat, pergi pejabat pos untuk tutup akaun pos. Kemudian, duit tunai dalam akaun pos tu masukkan dalam Bank Hokuyo (bank swasta) di mesin ATM dekat2 situ juga. Masukkan duit guna buku akaun, sarungnya tertinggal pula. Tak perasan tinggal sampai la dapat voice message tu.

Tapi aku memang kagum la jugak, aku cicir dalam pukul 2 pm kat Kita 18 (alamat di Sapporo ni). 2.30pm dapat voice message. Rilek2 sat kat ofis, naik basikat ke Balai Polis Kita 24 (1.5 km dari tempat tercicir), pukul 3:30 pm dapat balik. Orang yang jumpa tu pun jujur, pakcik polis pun mesra. Memang JEPUN NEGARA SELAMAT  q(^_^)p

Teringat kes kami sekeluarga ke Kedutaan Malaysia di Tokyo. Naik bas dari stesyen keretapi Shibuya ke Kedutaan. Bila turun bas, perasan kasut sebelah Iman hilang. Dahle baru beli kat Jusco. Mungkin jatuh dalam bas. Jadi redha je lah. Bila balik, alkisahnya naik bas yang sama dengan driver pun sama. Dia ingat muka kitorang, dia kata ada kasut jatuh sebelah. Tapi dia dah hantar ke pejabat bahagian "barang cicir". Kalau nak balik, telefon pejabat tu..dia bagi nombor telefon dan alamat. Aku tengok alamat jauh, tambahan pula kos ketapi nak pergi situ lebih mahal dari harga kasut yang hilang tu. Aku abaikan je lah..hehe. Agaknya kalau kat "negara asal" aku, mesti depa dah buang je kasut seblah tu. Apa kes nak simpan2. Tapi kalau kasut sepasang, memang dah kene kebas jer, baru pulak tu.

Di Jepun, kalau cicir barang dalam pengangkutan awam, jangan risau. Pergi je ke kaunter "barang cicir (落とし物)". iAllah mesti dapat balik.

Selasa, 29 Mac 2011

scam Maybank

(Klik untuk besarkan gambar)
1) Hari ini saya dapat email seperti snapshot di atas.
2) Memang semalam saya ada "register" untuk sekuriti tambahan di Maybank.
3) Saya hampir percaya kandungan email ini.
4) Tetapi saya teringat semalam di laman web Maybank yang menulis yang mereka tidak akan menghubungi pelanggan melalui email.
5) Saya mula syak.
6) Saya "mouse over" di "Click Here". Saya dapati link itu akan pergi ke laman yang mencurigakan. Apa kaitan Maybank dengan laman web "handyman"?
7) Berhati-hati semua.
8) Yang saya hairan, tahu pula yang saya baru sahaja kemaskini sekuriti semalam. Adakah ini kerja orang dalam? Atau hacker sekarang makin hebat.
9) Yang best tu, kalau kita pergi ke pautan yang diberi, sebiji pula dia tiru muka depan Maybank.

Isnin, 28 Mac 2011

Tepati masa

Sebentar tadi saya ikut Sasaki-sensei berjumpa dengan Sueoka-sensei. Temujanji pukul 3 ptg. Kami sampai pejabat Sueoka-sensei 2.55 ptg. Sasaki-sensei kata lagi 5 minit. Dia ajak saya berborak sekejap di ruang legar. Tepat 3 petang, dia ajak bergegas ke pejabat Sueoka-sensei.

2 tahun yang lalu, saya keluar dari rumah lama ke rumah baru. Janji pukul 10 pagi dengan tuan rumah. Tapi saya memang selalu siap awal. Dari 9.30 pagi tunggu. Risau juga kalau tuan rumah tak tepati masa. Tepat 10 pagi, loceng pintu berbunyi. Tuan rumah sampai.

Di Jepun, 10 minit sebelum pasaraya tutup, akan berkumandang lagu sayorana. Tepat waktu tutup, berdesup pintu pagar, suis elektrik ditutup.

Mesin ATM pula bila tepat waktunya, bunyi siren berbunyi, lalu tingkap automatik ditutup.
Keretapi tepat pada waktunya, tambah tolak 1 minit.
(Teringat semasa di Jerman, saya suka naik keretapi. Lepas itu bertukar keretapi, berlari2 mengejar masa. Jadualnya sangat tepat. Saya, terbaca seluruh stesen keretapi di Jerman di serentakkan dengan jam atomik. Memang jitu!)
Bas juga patuh jadual, biasanya lewat 2,3 minit.

Pergi ke Masjid, khutbah dijadualkan 12.15 tgh, 12.25 tgh pun belum tentu bermula.
Tamatnya kadangkala melebihi pukul 1 petang, lebih dari waktu rehat pejabat. Pengisiannya, "kita mesti menunjukkan sikap mulia orang Islam kepada orang Jepun". Apa ke hey??

Khamis, 17 Mac 2011

Anime Loji Nuklear

Untuk memudahkan kefahaman rakyat terhadap isu loji terkini, anime loji nuklear dihasilkan.
Saya cuba alih bahasa ikut apa yang saya faham dan diselarikan dengan video versi English yang juga berada di Youtube.
Watak-watak dalam anime ini ialah:
Genpantsu-kun : loji nuklear di Fukushima
Encik Pemeriksa Bau : Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
Bau : Radiasi dari bahan radioaktif
Kentut : Bahan radioaktif yang bocor dan dibawa angin akibat letupan dan kebakaran
Tahi : Bahan radiaoktif
Chernobyl-chan : loji nuklear di Chernobyl, Rusia  - trajedi 1986
Three Miles Island : loji nuklear di  Amerika - trajedi 1979
Ubat : Kaedah mengawal kebocoran bahan radioaktif
Napkin : Perlindungan keselamatan di sekitar loji

1) Orang Jepun selalu memberi watak bernyawa kepada semua benda. Angin, air, buku, sayur..semua bende mempunyai nyawa, maka setiap benda-benda ini mempunyai perasaan dan watak dalam anime.
2) Genpatsu ditulis dengan kanji Jepun  原発 adalah singkatan bagi Genshi Ryoku Hatsuden (原子力発電) yang bermaksud "Penjanaan elektrik dari tenaga nuklear".
3) Ada beberapa gelaran di letakkan pada penghujung nama seperti -san, -kun dan -chan. -san untuk encik/puan, -kun untuk budak lelaki dan -chan untuk budak perempuan.
4) Apapun, Kerajaan Jepun cuba mengawal aktiviti loji Fukushima.
5) Jika berlaku kebocoran bahan radioaktifpun, ianya berat dan akan jatuh ke tanah dalam lingkungan 30 km dari loji.
6) Bahan radioaktif yang jatuh itu pula, seperti isotop Iodin akan kembali stabil selepas seminggu.
7) Harap sesiapa yang pernah belajar fizik dapat terangkan kepada orang ramai berbantukan animasi ini.
8) Dapatkan informasi tepat, dan kurangkan panik.
++++++++++
Untuk bacaan terkini radiasi di kawasan anda (Jepun) sila lawati laman berikut di section 調査結果. Standard selamat untuk orang awam ialah 1 miliSv/year. Perhatikan unit yang digunakan dalam laporan ialah 1 microSV/h. Untuk menukar perbandingan setara, darabkan nilai X microSv/h dengan faktor sepuluh untuk mendapatkan nilai dalam unit miliSv/year.
http://www.mext.go.jp/a_menu/s
aigaijohou/syousai/1303723.htm
InsyaAllah, semua lokasi dibawah tahap selamat. Bacaan 7 am, 17 Mac, Sapporo ialah 0.3 miliSv/year (jauh di bawah standard 1 miliSv/year)
TIDAK PERLULAH RISAU.
BACAAN RADIASI DI JEPUN PUN MASIH JAUH DI BAWAH NILAI PIAWAI.
INIKAN ANDA YANG BERADA BERIBU-RIBU KM DARI JEPUN.

Sabtu, 12 Mac 2011

TERKINI: STATUS PELAJAR JEPUN

Gempa bumi dan tsunami Jepun 11 Mac 2011

Untuk mengetahui status rakyat  Malaysia di Jepun boleh klik sini
-->http://www.msajonline.net/2011/03/maklumat-status-semasa-gempa-bumi.html
Kepada rakyat Malaysia di Jepun harap dapat kemas kini status anda di pautan yang sama.

Jumaat, 11 Mac 2011

Gempa Bumi

Masa tengah order makan dengan Mado tadi, tiba-tiba restoran bergegar.
Lama juga dalam 20 saat. Lampu gantung bergoyang-goyang dalam 45 darjah (pergh! sempat ukur).
Pelayan restoran pun macam tahan diri dari jatuh.
Kemudian masa makan, bergegar lagi. Tetapi kurang kuat dan pendek dari sebelumnya.
Ummi telefon Abi, risau sebab rumah bergoyang dan berbunyi.
Bila masuk ke pejabat, Sensei kata bangunan institut pon bergoyang dan berbunyi.
Dia hampir menyelamatkan diri keluar dari bangunan. Begitu juga rakan-rakan lain di bangunan yang sama.
Bila periksa di Internet, gempa berukuran 8.9 di luar pantai Sendai. Gempa di laut akan menghasilkan ombak besar dan tsunami. Video rakaman di laman berita internet menunjukkan bandar di pesisiran pantai Sendai habis hanyut di bawa arus teras. Ladang-ladang musnah. Begitu hebat kuasa air.
Sapporo juga mengalami kesan gegaran dengan skala 3. Rasanya yang paling kuat setakat saya berada di Jepun.
Biasanya sebelum-sebelum ini gegaran berskala 1 sering berlaku di Sapporo.
Talian internet dan telefon juga ada yang terganggu. Internet di rumah pun terputus, Terpaksa Ummi dan Iman berebut tengok televisyen. Tetapi, biasalah, mestilah Iman menang tengok Sesame Street.

Sekarang kalau buka laman utama Google.com , Google.co.nz dan Google.com.au akan terpapar mesej
"Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan."

Kalau Google.co.jp
"東北地方太平洋沖地震に関する災害情報をまとめたページを開設しました。"

Kalau Google.ru
"Предупреждаем о цунами от Мексики до Чили после сильного землетрясения в Японии. Волны ожидаются в течение нескольких часов."

Tetapi Google.com.my, Google.com.ph dan Google.co.id tiada apa2 mesej.
Menarik..

Khamis, 3 Mac 2011

pesta patung - hinamatsuri

Hari-hari Abi dapat laporan dari Ummi yang Iman tidak mahu makan nasi.
Berkejar-kejaran kalau mahu disuapkan nasi. Mulut ditutup rapat-rapat.
Pagi ini Abi terlebih rajin, buatkanlah Iman sarapan + makan tengahhari.
Ummi puasa hari ini (konon-konon diet :)
Hasilnya..

Haha.. OK x? Kandungannya ialah :
- agar-agar merah/koko yang Abi buat semalam
- burger ayam
- keju sekeping
- timun
- kek ikan berkarakter pikachu

Abi sengaja buat bentuk bintang sebab sekarang Iman suka nyanyi lagu "twinkle-twinkle little star".
Kalau nampak bentuk bintang, dia jerit "dinggle!!" (~twinkle) sambil kembang kuncupkan jejari kenitnya.

Apabila sampai di pejabat, Abi buka laman google.

Tak perasaan yang hari ini ialah hari pesta patung atau hinamatsuri di Jepun. Sebelum ini pun memang tak peduli pun, sebab bukan cuti umum dan bukannya Abi sambut pun.
Hinamatsuri itu apa?
Hinamatsuri yang bermaksud pesta (matsuri) patung (hina) di sambut pada 3 Mac.
Untuk keluarga yang ada anak perempuan, patung-patung maharaja, maharani dan pegawai atasan di pamerkan dalam rumah pada bulan Februari. Dipercayai unsur jahat akan diserap dalam patung-patung ini.
Pada 3 Mac, patung-patung ini dibuang untuk membuang unsur-unsur jahat ini.
Kalau lambat buang, anak perempuan tersebut akan mendapat jodoh yang lambat.
Di pasaraya, memang set patung-patung ini dijual pada bulan Februari.
Kemuncaknya 3 Mac, di mana pelbagai kuih muih dan produk kiut miut berkaitan hinamatsuri dijual.

Jadi, menu yang Abi buat pagi ini sebenarnya tiada kaitan dengan hinamatsuri.
Tambahan pula kepercayaan dalam hinamatsuri ini bercanggah dengan Islam yang dianuti.

Jumaat, 25 Februari 2011

Cium pipi

Antara detik-detik indah dalam kehidupan seharian Abi ialah:
1) Mencium pipi Ummi sebelum pergi ke sekolah.
2) Pipi Abi dicium Iman (siap bunyi "cup") sebelum pergi ke sekolah.
3) Abi cium pipi Iman bila dia sedang nyenyak tidur.

Hujung tahun ini bertambahlah satu lagi ciuman di pipi Abi ヾ(@⌒ー⌒@)ノ
Bila Iman2 dah besar, mesti sudah malu hendak cium pipi Abi.
Biasanya orang tak kisah kalau cium emak masing2 samada anak lelaki ataupun perempuan, tua mahupun muda.
Tetapi pelik kalau sudah besar panjang cium pipi si ayah.
Ini tidak adil. Huhuhu

Ahad, 20 Februari 2011

Puding Coklat

Hari ini Abi cuba resipi Puding Coklat dari Mama Mazeq.
Oleh sebab senang, main campak-campak bak kata Mama Mazeq, itu yang Abi buat.
Kalau tidak, memang tak kuasa.
Hasilnya..


Memang sedap, Iman suka sangat. Abi pun suka. Ummi  tengah diet, boleh makan sikit sahaja, nanti doktor dia marah hehehe. Tapi rasa coklat macam terlebih sikit, mungkin lain kali kurangkan sukatan. Abi guna serbuk koko Van Houten.

Resipinya:
INGREDIENTS:
1 packet Agar-Agar Powder
½ cup Cocoa Powder
...½ cup Milk Powder
1 cup Sugar
½ tsp Salt
4¼ cup Water
4 tbsp Cornflour
½ tsp Vanilla Essence
3 tbsp Butter

METHOD:
1. Mix all ingredients, except butter & cook until boiled.
2. Add in butter until melted.
3. Pour into mould & cool. Chill.

(p/s: u can subsitute milk powder with coffe creamer or fresh milk....but if using fresh milk put 1 cup of it and reduce the water to 3½ cup.)

Tips: always stir it as it becomes thicker. 


**********
Malam tadi, Abi bawa Iman ke sekolah Abi. Bukan main seronok Iman dapat keluar rumah.
Ini gambar ketika menikmati secawan susu strawberi. Sekarang sudah pandai posing.

Khamis, 17 Februari 2011

Bayi belajar bahasa

1- Saya termenonton video syarahan yang menarik bertajuk "Bagaimana bayi mempelajari bahasa."

2- Kebolehan mempelajari bahasa menurun dengan peningkatan umur seseorang.
3- Umur paling sesuai ialah kanak-kanak di bawah 10 tahun.
4- Otak bayi mempelajari sesuatu secara statistik.
5- Bayi belajar bahasa secara sosial, berinteraksi dengan penutur. Pembelajaran melalui video dan audio tidak berkesan.
5- Saya teruja dengan kaedah ujikaji yang dilakukan menggunakan teknik imbasan tanpa musnah.
6- Kajian ini menguatkan hasrat saya untuk menghantar Iman ke sekolah Cina :)

Selasa, 15 Februari 2011

Tandas Jepun versi 2

Saya ada menulis mengenai jenis-jenis tandas di Jepun di pautan ini.

Kali ini saya ingin menulis beberapa gajet yang berkaitan dengan tandas yang dikomersialkan di Jepun,

1) Penyembur mudah alih.
Keluaran syarikat TOTO yang terkenal mengeluarkan peralatan tandas.Ringan dan boleh dimasukkan dalam tas tangan wanita (disertakan bersama beg sarung). Mampu diisi dengan air sebanyak botol kecil air mineral (~250). Menggunakan bateri bersaiz AA. Pancutan berterusan sehingga 20 saat (kemudian air habis, kena isi semula). Tekanan airnya agak kuat.
Memang sesuai sangat untuk dibawa ke mana sahaja, maklumlah tandas awam di Malaysia macam mana kan? Kalau di luar negara pula biasanya tiada pili air, kena guna tisu tandas. Juga untuk yang beranak kecil, untuk tukar napkin pun sesuai ketika diluar rumah. Saya sudah memiliknya :)
Harganya lebih kurang RM200 (JPY6,000). Mahal juga, tapi sebab guna duit Yen, tak berapa rasa sangat ^_^. Lagipun beli guna point card. Sengaja mahu habiskan point. hehe.
Juga dibandingkan dengan faedah praktikaliti untuk orang yang suka berjalan macam saya, memang berbaloi2 dari segi kebersihan diri.

2) Alat mengeluarkan bunyi flush.
Alat ini biasanya terkenal dikalangan wanita Jepun. Malu jika masuk tandas, kencing menderu-deru atau hajat "plop-plop" bunyinya.
Untuk mengelakkan perasaan segan, picit alat ini semasa melepas melalui pintu depan mahupun pintu belakang. Bunyinya seakan bunyi flush air. Biasanya digantung pada tas tangan wanita.
Yang bijak, boleh gunakan sahaja Iphone atau telefon mudah alih. Masukkan muzik flush dalamnya.


3) Tandas kitar semula
Tandas ini diperbuat daripada cardboard.
Selepas siap, ia mampu menambung berat sehingga 180 kg!
Bila masa mahu guna? Ya..begitu bijak sekali kepala hotak orang Jepun ni.
Tandas ini digunakan sekiranya tandas rumah anda dalam proses renovasi.
Kalau seminggu tiada tandas, boleh la pasang tandas ini.
Kalau ada kenduri kendara ke, boleh juga. Atau berkelah ke..

4) Sofa alas kencing.
 Aduh..macam-macam. Tetapi inovatif. Ini namanya sunnah? Kencing melutut?
Seperti yang diilustrasikan, kencing berdiri atau duduk akan menyebabkan percikan air kencing.
Kalau kencing berdiri, bunyi "beruuuup.."malu kan jiran sebelah. Hehehe.
Penyelesaiannya adalah sofa untuk lutut. Bagus juga benda ini untuk mengurangkan percikan dari pancutan padu kaum adam..hehe


Kalau diperhatikan, memang bagus dan menjaga kebersihan. Orang Islam sepatutnya mencontohi.
Saya terfikir inovasi untuk mengambil air sembahyang tanpa ada percikan-percikan basah.
Kalau orang Jepun ialah orang Islam, apalah yang dihasilkan ya.

Selasa, 8 Februari 2011

Iman melompat-lompat

Iman (2 tahun 1 bulan)
Iman sekarang suka melompat-lompat atas sofa, atas peha, atas tangga.Mungkin pengaruh dari video Elmo mengenai "jump". Hari-hari tengok, mengikut juga. Selalu juga kedebum ke bawah, tapi mana pernah serik.
Malam tadi bila balik dia terjerit-jerit. Rupa-rupanya Ummi pasang video baru Anpanman. Dalam video itu ada satu karakter menjerit kena kejar dengan orang jahat. Itu yang dia mengikut. Haiya..

Iman juga suka melukis. Melingkar-lingkar. Khusyuk pula. Apabila sudah bosan, dia panjat meja. Kadang-kadang sambung melompat atas meja, terjun ke bawah. (Latar : Ummi tengah tengok Hantu Mak Limah)

Terkini Iman suka main susun-susun.

Baby (5 bulan)
Abi nampak baby bergerak dalam perut Ummi. Kedebush! kedebush!
Alhamdulillah sihat dan aktif. Abi cuba kesan degupan jantung dengan stetoskop. Tetapi tidak dapat didengari. Kelongsong tebal sangat kut..hehe

Ummi
Jumaat lepas Ummi sakit lutut. Tergeliat agaknya. Semalam pergi hospital ortopedik. Doktor mahu buat X-ray. Tetapi sebab mengandung, X-ray batal. Kemudian doktor periksa, kemungkinan ligamen dalam lutut koyak. Khamis ini buat temujanji untuk MRI. Tetapi tadi terima panggilan dari hospital kata MRI dibatalkan sebab takut berisiko pada kandungan. Hmm..memang sakit waktu kehamilan memang payah. Esok pagi elok pula ada temujanji dengan Obs. Esoklah tanya macam mana. Ummi tidak boleh bengkokkan lutut. Sembahyang kena duduk.

Jumaat, 4 Februari 2011

Sampah Kertas di Sapporo

Sementara mengunyah onigiri di depan komputer, saya menyelak-nyelak buletin bulanan Sapporo (広告札幌). Buletin ini percuma untuk semua isirumah di Sapporo. Menariknya, buletin ini merupakan sumber informasi bagi penduduk Sapporo mengenai insurans kesihatan kebangsaan, aktiviti menarik sekitar bandar, statistik demografi, laporan dari meja Datuk Bandar, dan yang paling penting peraturan sampah. Sampah memang isu yang paling utama di Jepun.
Dalam buletin kali ini, peraturan untuk sampah kertas akan berubah bermula April 2011. Setakat ini, hari untuk membuang sampah kertas ialah 2 kali sebulan iaitu Rabu minggu pertama dan ke-tiga bagi kawasan tempat saya tinggal. Sampah kertas seperti kotak/suratkhabar/buku di ikat khemas dan bagi kertas-kertas kecil di masukkan dalam plastik lutsinar, di letakkan di suatu tempat berdekatan dengan rumah sebelum pukul 8.30 pagi. Tetapi, peraturan ini akan berubah di mana tiada hari langsung untuk membuang sampah kertas. Jadi, bagaimana mahu buang? Dua kaedah yang dinyatakan dalam buletin ini ialah
1) Berhubung secara terus dengan pengumpul kertas.
2) Bawa ke pusat pengumpulan kertas seperti supermarket, kedai dan pusat pengumpulan kertas terpakai.
Peraturan semakin ketat. Agaknya kalau buat di Malaysia, siapa yang mengamuk?

Khamis, 20 Januari 2011

Prosedur ke Jepun

TERKINI September 2013: Bagi tujuan lawatan jangka pendek, rakyat Malaysia kini tidak perlu memohon visa lagi tertakluk kepada passport. Passport lama masih lagi perlu visa, passport keluaran baru tak perlu visa lagi. Bestnya! Untuk maklumat lanjut lawati laman web kedutaan Jepun di Malaysia --> http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html
 
Baru-baru ini saya ada terima email dari peminat teknologi Jepun yang ingin tinggal di Jepun. Ramai juga kawan-kawan yang berminat melancong ke Jepun. Melancong memang seronok kalau poket berisi.

Visa Jepun
1) Umumnya, semua jenis urusan bagi rakyat Malaysia untuk masuk ke Jepun memerlukan visa. Visa pelawat, visa pekerja, visa pelajar. Macam2 jenis.
2) Saya pernah mohon visa pelawat pada Ogos 2007 untuk menduduki peperiksaan kemasukan universiti. Kemudian mohon visa pelajar pada Oktober 2007. Bayaran kedua-dua visa ini percuma dan boleh dipohon di pejabat kedutaan (KL) atau konsulat jepun (Penang, JB, KK).
3) Biasanya mengambil masa 3 hari berkerja untuk diproses.
Untuk syarat-syarat permohonan boleh lawat sini--> http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html
4) Untuk melancong di Jepun, sila beri pehatian kepada keperluan berikut
"6. Personal savings, latest current account statement, fixed deposit, Tabung Haji or Amanah Saham Berhad (ASB) (original certified true copy by the bank) (need to show the applicant’s name as the account owner, account number and current balance)"
Beberapa rakan saya tidak lepas permohonan visa kerana jumlah terkumpul dalam akaun tidak meyakinkan pihak kedutaan. Sekurang-kurangnya jumlah terkumpul RM10k perlu dibuktikan untuk mengelakkan permohonan ditolak. Syarat ini dikenakan untuk mengelakkan pemohon datang ke Jepun melencong dari tujuan untuk melancong dan bekerja secara haram untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

Tiket penerbangan
1) Bergantung kepada destinasi, kos dan syarikat penerbangan boleh bertanya terus kepada ejen perlancongan atau beli sendiri melalui web. Terkini AirAsia telah melancarkan penerbangan terus KLIA-Haneda, Tokyo.
Syarikat-syarikat lain termasuk MAS, Japan Airlines (JAL) dan All Nippon Airways (ANA).
2) Kadangkala harga di ejen lebih murah dari harga di web. Yang penting, buat sedikit kajian komparatif, dan dapatkan harga terbaik untuk perjalanan yang dipilih.
3) Sila ambil perhatian terdapat dua airport penting di Tokyo iaitu Narita dan Haneda. Jarak perjalanan menggunakan bas limousin antara kedua-dua airport ini adalah hampir 2 jam. Pastikan airport yang betul.
4) Tiket penerbangan laluan terbaik paling murah untuk laluan KLIA-Sapporo yang pernah saya beli adalah RM2.5k
     i) Ogos 2007: Korean Air:  KLIA->Incheon,Korea->Sapporo->Incheon,Korea-KLIA
     ii) May 2009: JAL: KLIA->Tokyo->Sapporo->Tokyo->KLIA
5) Terdapat juga laluan KLIA-Sapporo lain yang lebih murah seperti melalui China Airways, Cathay Pacific, tetapi masa transit yang lama hampir sehari, atau memerlukan transit dari Haneda Airport ke Narita Airport dan sebagainya menyusahkan untuk yang berkeluarga dengan anak kecik atau warga veteran.
6) Untuk laluan KLIA-Tokyo-KLIA, saya pernah ternampak promosi MAS dan AirAsia serendah RM1.5k. Ini merupakan anggaran saya sahaja.

Bila masa terbaik untuk ke Jepun
1) Untuk bermain salji, bulan Januari. Tetapi bandar sepeti Tokyo dan Osaka hanya bersalji dalam sehari atau dua sahaja dalam setahun. Bandar di bahagian utara Jepun seperti Sapporo. Sendai, Akita bersalji lebih dari 3 bulan!
2) Elakkan bulan Julai kerana ia musim taufan. Angin kuat!
3) Mahu melihat sakura berkembang? Waktu sakura mengembang bergantung kepada lokasi dan tahan hanya seminggu sahaja. Boleh rujuk link berikut-->http://www.japan-guide.com/e/e2011_when.html
4) Disneyland Tokyo? Saya tidak begitu enjoy di sini. Sebabnya semua penjelasan, pengumuman..semua kebanyakan dalam bahasa Jepun. Teringat bila masuk rumah hantu, ada penceritaan..orang lain semua menjerit ketakutan..tapi saya terpinga2 tidak faham apa yang diceritkan, siap menguap2 boring.. Mungkin kita boleh lihat kemegahana bangunan dan suasana Disney, tetapi mungkin kita tak faham arahan, walhal ingin pesan makan pun payah.
5) Musim bunga adalah masa yang paling seronok. Di Hokkaido musim bunganya panjang dari bulan 5 hingga bulan 8. Macam-macam jenis bunga, tulip, bunga matahari, ros, termasuk juga memetik buah-buahan, strawberi, anggur, lain, ceri. Seronok betul.

Semoga bermanfaat.

Entri berkaitan visa menghadiri persidangan/seminar/latihan--> http://kadoridesuyo.blogspot.com/2012/07/persidangan-seminar-kursus-di-jepun.html

Khamis, 13 Januari 2011

Bentuk kepingan salji

Aduss, salji semakin lebat di Sapporo. Pagi tadi Abi langsung x boleh nampak jalan. Menderu-deru salji turun dengan lebat berserta angin kuat. Peha Abi rasa kejang macam berjongging 10 km (padahal paling jauh pun 1 km..heheh). Agaknya meredah salji "fresh" setinggi hampir 30 cm memberi tekanan lebih pada kaki. Iman beruntung dapat merasa salji di Sappori ni walaupun nanti Iman mesti sudah lupa pengalaman ini.

Iman perasan x bentuk salji ini ada macam-macam. Ada kecil-kecil macam aiskrim solero. Ada macam gula-gula kapas. Ada macam lidi-lidi kecil. Abi paling suka kalau bentuk kepingan 6-segi. Kalau masa salji keping turun, Abi suka tadah, lepas tu tengok bentuk-bentuk yang bermacam corak. Ni gambar yang sempat Abi rakam dengan Iphone.
Iman nampak x? 6-segi kan? Kalau tengok yang real nampak dia punya corak yang cantik-cantik. Bukan senang nak ambil gambar salji keping-keping nih. Sebab bila kita dah tadah, dia cepat cair sebab tangan kita kan ada haba, haba yang sedikit boleh mencairkan si salji yang kecil. Kalau nak tengok bentuk-bentuk lain boleh tengok sini --> http://www.its.caltech.edu/~atomic/snowcrystals/class/class.htm . Bentuk dan corak salji bergantung kepada suhu dan kelembapan. Subhanallah. Kalau belajar mengenai penghabluran nanti, Iman mesti faham macam mana salji keping terbentuk. Dari titisan wap air yang sangat kecil, kemudian diselaputi wap-wap air lain di permukaannya, lalu membetuk kepingan besar. Bentuk simetri 6 segi disebabkan ikatan kimia molekul air yang membentuk kekisi hablur. Ishk..Iman x faham yer? Xpelah, janji kita bertasbih dengan kekuasan Allah.

Ni pulak timbunan salji depan sekolah Abi. Kesian basikal-basikal tersebut.
Pintu masuk universiti  yang 'simple'.
Laluan ke universiti bagaikan terowong.
Perjalanan sejauh hampir 1 km meredah ribut salji dari rumah ke universiti. Membuatkan kaki Abi kejang dan pipi mengeras.
Yang mengkagumkan Abi, walaupun cuaca dan keadaan geografi Jepun yang selalu terdedah dengan pelbagai bencana alam dan kesukaran, Jepun tetap juga maju. Semua itu bukanlah penghalang. Kagum betul.

Selasa, 11 Januari 2011

Cita-cita

Iman bila besar nak jadi apa? Abi selalu usap-usap kepala Iman, sambil mengharapkan Iman jadi orang yang beriman. Bila ada keimanan, baharulah lahirnya perbuatan yang baik. insyaAllah.
 (Makan sushi, Iman paling suka makan tobikko atau telur ikan kecil2)

Abi tak kisah Iman tak jadi orang kaya raya. Abi tak kisah pun Iman tak belajar tinggi melangit. Janji Iman jadi orang berguna kepada masyarakat. Abi belajar sampai Phd yang belum habis lagi ini pun tak kaya2. Cuba senaraikan, ada tak 10 orang terkaya didunia yang ada PhD? Nak beli PhD pun boleh, tengok ni-->http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/01/meeska-mooska-mickey-mouse.html. Ramai betul penipu besar.


Dulu Abi bercita-cita nak jadi doktor. Tapi doktor haiwan atau veterinari. Abi suka binatang. Masa Abi tinggal bujang dengan Uncle Azmi, Abi bela kucing bernama Enot. Enot ada banyak anak, Candy, Ferdy dan lain-lain. Semua bagi orang kat orang. Abi dapat keputusan SPM bagus. Tapi English sahaja yang dapat C. Biologi Abi dapat A1 tau!. Abi mahu apply kursus Veterinar di UPM. Nenek tak bagi. Nenek kata nanti kena pegang-pegang babi.

Abi buntu. Abi tak tahu nak pilih apa. Kemudian keluar di suratkhabar artikel mengenai Sains Industri. Abi tertarik. Abi pun apply UTM sebab UTM masa itu tiada program matrikulasi. Terus masuk program Ijazah. Cepat habis. Abi ada juga teringin mahu jadi doktor perubatan. Tapi masa pengajian lama sangat sampai 6 tahun. Abi nak cepat habis, nak kerja cepat, nak tolong nenek. Tak mahu susahkan sapa-sapa lama sangat. Kalau x cukup duit selalu jugak Mak Long Juy sponsor. Motor senget yang Abi pakai pon dari Tok Cik. Kalau teringat masa belajar kat U dulu memang sedih juga. Pernah sampai nak pengsan sebab makan roti je seminggu, tapi sebab genetik badan bulat xde pulak Abi nampak kurus kering. Nak telefon nenek, segan pulak. Iman kena ingat, kalau kita berjaya, pasti ada orang di belakang yang berkorban. Kita jangan lupa diri.

Di tahun ke-2 UTM, dari Sains Industri, Abi kena buat pilihan samada Matematik Industri, Kimia Industri, Fizik Industri, Biologi Industri, Fizik Kesihatan dan Fizik Bahan. Abi minat sangat Kimia. Dari sekolah memang Abi skor Kimia berbanding Biologi dan Fizik. Tetapi Abi tengok ramai sangat pulak ambil kimia. Pelajar melayu tak ramai ambil Fizik. Jadi Abi rasa, baiklah Abi pilih Fizik Industri, konon-kononnya untuk meramaikan pelajar melayu dalam bidang Fizik. Walaupun tak berapa minat sangat, tapi Abi teruskan jugalah. Yang penting habis on-time dan kerja cepat. Alhamdulillah, habis on-time dan kerja sebagai tutor di UPSI.

Sekarang Abi sudah berada di Jepun bersama Ummi dan Iman. Dulu oleh sebab English Abi memang selalu dapat corot dan x pernah dapat A, Abi x pernah ada cita-cita mahu belajar di luar negara. Masa sekolah rendah, Abi masuk kelas pertama, subjek lain semua ok, English sahaja yang corot. Memang selalu kena rotan dengan cikgu sebab markah rendah. Orang lain dalam kelas tu semua pandai English.. Tapi itu dulu, walaupun sekarang Abi xdelah terer mana English, tapi Abi juga tahu Nihongo (pun x berapa terer juga). Walaupun Abi tak dapat jadi Doktor Veterinar atau Doktor Perubatan, Abi akan usaha sehingga dapat Doktor Falsafah.
Cita-cita kadangkala tak dapat dicapai. Tetapi yang penting kita usaha dan tidak putus asa. Mungkin kita kena ubah cita-cita ikut situasi. Iman cita-cita nak jadi apa?

Selasa, 4 Januari 2011

Iman NY tiup belon sabun

1) Iman sekarang sudah pandai marah-marah dan merajuk. Kalau marah, dia akan jerit "dame!" sambil pukul sisi badan. Kalau ada barang, dia campakkan barang tuh. Layan sajalah video ini.

Bila air sabun dah habis, dia marah-marah. Ummi pun isilah lagi. Gembira betul Iman sudah pandai tiup belon. Perut pun dah macam Abi da...hheheheh
*dame = jangan
owari = habis

2) Sudah hampir 5 hari Iman tidak menyusu badan, selepas Abi curahkan kicap pada kantung Ummi. Iman takut tengok hitam-hitam. Esoknya, Ummi conteng dengan marker hitam pula. Langsung Iman takut untuk lihat. Susah juga. Kadang-kadang Iman merengek. Kami bagi susu dalam botol. InsyaAllah Iman yakin boleh!

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011
Akemashite Omedetou Gozaimasu

Di Jepun, penjualan fukubukuro menjelang tahun baru sangatlah ditunggu-tunggu oleh sesetengah orang. Fukubukuro 福袋 bermaksud fuku 福 = nasib baik, bukuro 袋 = sarung. sebagai contoh, gedung elektronik gergasi Yodobashi menawarkan fukubukuro dalam pelbagai kategori dan harga. Contohnya, jika ingin membeli kamera kecil, harganya JPY20,000 untuk satu beg. Menariknya, kita tidak tahu kamera jenis apa dan harga yang ada dalam beg tersebut. Kalau bernasib baik, dapatlah kamera yang berharga 2, 3 kali ganda lebih mahal. Kalau tidak, kamera yang sesuai dengan harga JPY20,000 itu sahajalah yang dapat dimiliki. Ada yang sanggup beratur sebelum gedung dibuka untuk mencuba nasib.

Bukan sahaja barang elektrik, pelbagai barangan ditawarkan di awal tahun baru. Contoh lain, seperti pakaian berjenama, barangan dapur, dan sebagainya. Strategi fukubukuro sangat baik dalam perniagaan untuk menghabiskan stok tahun sebelumnya dengan harga yang rendah. Saya tidak pernah beli fukubukuro sepanjang berada di Jepun. Saya tidak berkeinginan pun untuk membeli perkara yang tidak perlu :) 

Hari ini saya hanya duduk di depan komputer di pejabat untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu diselesaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...