Isnin, 2 Disember 2013

How to S.C.O.R.E with your students

I got this a talk at Pusat Sains Negara 2 days ago.

S - Success   : They all want to be able to do/touch/feel/try/experiment/understand
C - Curiosity : Arouse it and your students will be interested. Make them ask WHY.
O - Originality : Don't bore them - do something different & new - get them excited
R - Relationship : Let them work with each other or with material - they love interaction
E - Energy : A teacher with passion inspires & ignites fires! Work in yours.

Khamis, 31 Oktober 2013

Bahasa Melayu bukan punca daya saing kita merudum

Bahasa Melayu bukan punca daya saing kita merudum

Teo Kok Seong
bhrencana@bh.com.my
2013/10/31

Kemahiran berfikir antara jalan penyelesaian pertingkat mutu pendidikan

Kenyataan bahawa daya saing kita di persada antarabangsa dalam bidang pendidikan menjunam selepas kita bertukar kepada sistem yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada 1970 adalah tidak tepat selain bersifat tidak bertanggungjawab.

Malangnya, sekali lagi ia terbit daripada mulut kaum Melayu sendiri yang juga penutur jati bahasa Melayu. Ia semacam menuding jari kepada bahasa Melayu sebagai penyebab utama.

Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan merudum itu wujud, tetapi ia tidak sekali-kali ada kaitan dengan penggunaan bahasa Melayu secara dominan dalam sistem pendidikan negara.

Bahasa adalah alat untuk menyampaikan fikiran. Inilah peranan asasnya. Sehubungan itu, semua bahasa dianggap sama, yakni mampu menyatakan hasrat di hati penutur jatinya. Semua bahasa dianugerahkan Tuhan dengan kecekapan ekspresif walaupun dalam bentuk berlainan.

Walaupun begitu, bagi tujuan pendidikan, bahasa berkenaan perlu melalui proses untuk mewujudkan ragam baku yang akan digunakan untuk pelbagai hal rasmi dan formal. Dalam hal ini, bahasa Melayu memang sudah lama memiliki ragam bakunya.

Bahasa moden

Sebenarnya dengan adanya ragam baku dan juga korpus yang sempurna dibina, bahasa Melayu adalah bahasa moden. Sebagai bahasa moden, ia mampu mengungkapkan segala macam hal, baik yang konkrit mahupun abstrak dalam semua bidang ilmu.

Oleh itu, daya saing yang merudum itu bukan sekali-kali angkara bahasa Melayu. Bahasa Melayu dengan taraf bahasa modennya memang mampu memandaikan anak bangsa kita dalam semua jurusan ilmu.

Keadaan anak bangsa kita yang kurang cekap ini, khususnya dalam sistem antarabangsa, tidak patut dikaitkan dengan bahasa Melayu yang digunakan. Beberapa negara lain yang menggunakan bahasa negara sendiri, antaranya Korea dan Jepun, tidak pun kekurangan daya saing mereka dalam beberapa penilaian prestasi antarabangsa.

Susutnya daya saing kita disebabkan oleh pelbagai faktor. Sebenarnya segala kelemahan yang menyebabkan keadaan susut itu sudah pun dikenal pasti. Ia akan ditangani dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Antara yang terpenting ialah kemahiran berfikir, lebih-lebih lagi pada aras tinggi. Ia bukan aspirasi dalam sistem lama. Kini melalui PPPM, kemahiran ini bukan saja diberi penekanan istimewa, ia dijadikan satu daripada enam ciri yang perlu ada pada anak bangsa kita selepas melalui sistem baharu ini.

Dengan adanya ciri ini, pelajar kita akan diajar untuk menaakul dengan logik bagi menerbitkan gagasan bernas. Untuk ini, mereka akan diajar untuk berfikir dalam bentuk mencantumkan semua pendapat mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini adalah untuk mencapai matlamat akhir dalam kemahiran berfikir, iaitu mempunyai pandangan sendiri mengenai sesuatu perkara.

Dengan cara begini melalui PPPM, pelajar kita pasti dapat memperlihat aspek penerapan ilmu yang dipelajari dalam kelas dan di luar kelas. Inilah yang dicari dalam penilaian antarabangsa itu.

Latih berfikir secara kreatif

Dengan adanya penekanan berfikir begini, daya saing pelajar kita dalam bidang pendidikan pada peringkat global, pasti akan meningkat tidak lama lagi. Pelajar kita bukan saja memiliki ciri yang diuji itu. Mereka juga cekap di dalamnya selepas dilatih sedemikian.

Selain ini, faktor guru juga penting. Kini melalui PPPM, syarat pengambilan diperketat. Pendidik dalam sistem baharu akan diambil daripada kalangan graduan yang berada pada tahap tiga puluh peratus teratas. Ini bermakna guru kita akan terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan akademik tinggi.

Begitu juga halnya dengan kepemimpinan sekolah. Hanya yang memperlihat prestasi kerja tinggi dipilih sebagai guru besar dan pengetua. Kepemimpinan yang baik ini didapati akan ikut memacu prestasi sekolah.

Sesungguhnya pelbagai faktor terbabit dalam hal mutu pendidikan. Oleh itu, PPPM mempunyai sebelas anjakan, lima aspirasi sistem dan enam ciri pelajar untuk memastikan mutu pendidikan kita bukan saja senantiasa tinggi tetapi memiliki daya saing global yang kompetitif.

Bahasa bukan antara pelbagai faktor ini. Oleh itu, salah kalau bahasa Melayu dianggap sebagai antara faktornya, apatah lagi faktor tunggal yang menyebabkan daya saing global kita merudum.

Penulis ialah Profesor Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara Berita Harian 2012 Emel kami untuk sebarang maklum balas.

Sabtu, 28 September 2013

Store clearance

Kami akan let go barang2 dalam stor.
Kami akan berada di Car Boot Sale di parkir pintu utama UPSI kampus lama pada ahad 29 Sept 2013 9-12 pagi.
Siapa nak book barang2, sila watsapp iela zalila +6017 2007114 sebelum org lain ambil.
Kami tidak hantar ke rumah brg yg dibook kena ambil sendiri di rumah kami atau di tapak carboot.
Sapo copat dio dapek
SOLD P01 Satu set cawan puding stail jepun, satu set 4 cawan RM5. (*satu cawan sumbing)
SOLD P02: Satu set piring daun maple. 1 set ada 5 piring RM5
SOLD P03 Satu set 7 piring lutsinar bentuk daun RM7
SOLD P04 Satu set dulang berisi 4 bekas seramik. Dulang boleh pusing2. RM8
SOLD P05 Set 3 Piring sushi RM5/set
P06 Cawan teh jepun 1 set 5 cawan RM5/set
SOLD P07 Satu set 3 piring sushi RM5/set
SOLD P08 1 set 5 piring sushi RM5/set
P09 Bekas plastik nasi jepun dgn penutup bercorak sakura emas. Ada 9 biji. RM1/biji

P10 1 set 4 piring cute made in Japan Tachikichi RM5/set
P11 1 set 13 piring seramik Japanese style RM15/set

P12 Home-made chrunchy almond (PM for price) *made by prior order, free delivery near UPSI area 

P13 2 buah lightweight foldable stroller. RM30 sebuah.

P14 anak patung 50 sen~RM5 sebuah ikut kualiti

P15 1 set 4 cawan Winnie the pooh RM1/cawan

P16 Pelbagai buku 50sen~RM10 ikut kualiti

P17 Bebaju glemer (dari 50 sen ke atas ikut kualiti)


The list continues.. Check it out!!









Jumaat, 26 Julai 2013

Trip ke Porto Portugal : Siri 2

Sambungan dari Siri 1

Tandas Portugis


Saya kini berada di Porto, Portugal untuk persidangan.
Setakat ini saya tidak jumpa lagi tandas cangkung, semuanya mangkuk.
Yang menariknya, di hotel dan restoran terdapat satu mangkuk kecil di sebelahnya.
Pada firasat saya mungkin fungsinya untuk rendam seluar dalam atau pun untuk cuci kemaluan dan punggung.

Pagi ini saya bertanya kepada rakan sepersidangan:

Me            : I am sorry, what is the 'tab looking thing' next to the toilet?
Portugese : You mean the smaller bowl?
Me            : Yup.
Italian       : Oh! That's bidet.
[bidet ialah pemancut air]
Me            : I have never seen such thing.
Italian       : It's common in Latin American Countries such as Spain and Portugal.
Portugese : Yeah, usually at home, hotel and restaurant.
Me            : [owh.... menarik! tandas jepun lain pula halnya --> http://kadoridesuyo.blogspot.pt/2010/03/tandas-jepun.html]

Macam-macam rupanya kaedah manusia mem'buang'.
Terjumpa pula satu laman khas untuk tandas seluruh dunia.
Memang menarik --> http://www.toilet-guru.com/


Semalam saya ingin ke tandas, saya dapati tiada tanda lelaki/perempuan.
Yang tertulis hanyalah SENHORAS dan HOMENS.
Saya keliru.
Saya duga HOMENS pasti untuk WOMEN kerana bunyinya hampir sama.
Manakala SENHORAS untuk MAN, kerana 'senorita' daripada apa yang saya tahu ialah perempuan lawannya mestilah 'senhoras' untuk lelaki.
Jangkaan saya silap, nasib baik ke dua-dua tandas tersebut berkunci.
Bertahanlah saya untuk membuang air kecil ke tandas terdekat yang lain pula.

Isnin, 22 Julai 2013

Trip ke Porto Portugal : Siri 1

Kali ini alhamdulillah saya berpeluang untuk membentangkan hasil penyelidikan di Education and Training in Optics ke-5 (ETOP 2013) di Fakulti Sains, Universiti Porto, Portugal. 
Rezeki saya persidangan ini diadakan dalam bulan ramadan pula. Perjalanan saya bermula dgn penerbangan Air France dari KLIA ke Paris CDG. Kemudian terpaksa pula bertukar lapangan terbang Paris Orly (ORY) yang memerlukan saya menaiki bas pengantara EUR20 utk 90 minit perjalnanan.
Di ORY ada disediakan ruang untuk solat, tetapi bukan hanya untuk orang islam sahaja.
Ruang solat

Penerbangan 12 jam KL- Paris dan airport transfer amat memenatkan. Perut pula amat lapar, makanan yang dijual di cafe tidak menyelerakan kerana kebanyakannya berasaskan rori disumbat pula dgn daging yang pastinya tidak halal. Alhamdulillah ada juga makanan jepun berasaskan nasi. Dapat juga mengalas perut.
Chirashu Sushi

Ketika menulis entri ini, saya sedang menunggu penerbangan seterusnya le Porto dgn Air Portugal yg akan mengambil masa lebih 2 jam lagi. Harap2 disediakan makanan yang menge'bom'kan. Saya telah pun memesan makanan muslim untuk trip penerbangan kali ini.

Bersambung..



Khamis, 13 Jun 2013

Panduan Persediaan ke Luar Negara

Kepada yang biasa pergi membentangkan kertas kerja atau berurusan di luar negara, pasti urusannya mudah kerana agak rutin. Namun bagi yang jarang-jarang atau pertama kali untuk ke luar negara, pasti sesuatu yang agak merisaukan atau terlupa apa yang perlu dilakukan.

Berikut mungkin senarai semak berguna sebelum kita ke luar negara.

1) Passport yang masih aktif.

2) Tidak disenaraihitamkan untuk ke luar negara. Akhir-akhir ini ramai anak muda diisytiharkan muflis akibat keberhutangan dengan bank atau PTPTN menyebabkan mereka tidak boleh ke luar negara.

3) Tiket penerbangan yang sah. Pastikan lapangan terbang, masa tarikh penerbangan adalah betul. Jika transit, pastikan nama lapangan terbang mendarat dan berlepas. Kini, menjadi kebiasaan yang memerlukan kita berpindah lapangan terbang, contohnya Haneda Airpot dan Narita Airport yang berada di Tokyo, Jepun juga Orly Airport dan De Gaulle Airport di Paris. Seperti juga Lapangan Terbang Subang dan KLIA di Malaysia. Jika anda perlu berpindah, silalah rancang kaedah transportasi anda agar tidak ketinggalan penerbangan seterusnya.

4) VisaPeriksa sama ada anda perlukan visa untuk memasuki sesebuah negara.
Boleh check di sini --> http://en.wikipedia.org/wiki/Visa_requirements_for_Malaysian_citizens
Double check di sini --> http://www.kln.gov.my/

5) Keperluan Muslim: Makanan, waktu sembahyang, kiblat Laman berikut mungkin dapat membantu untuk mencari info tersebut --> http://www.islamicfinder.org/

Perkara lain ialah penggunaan tandas. Kebanyakan tandas di seluruh dunia tidak menyediakan paip air untuk kebersihan selepas membuang hajat. Saya cadangkan anda membawa botol kecil kosong di dalam beg atau saya sendiri membawa portable bidet yang sangat bermanfaat --> http://kadoridesuyo.blogspot.pt/2011/02/tandas-jepun-versi-2.html

6) Kewangan Sediakan wang tunai secukupnya dalam mata wang negara yang ingin dikunjungi. Jika sukar didapati, tukarlah kepada mata wang USD sebagai simpanan untuk ditukar di kaunter pengurup lapangan terbang di destinasi.

7) TelekomunikasiTidak banyak lapangan terbang yang menyediakan perkhidmatan WiFi percuma, jadi anda mungkin bermasalah untuk mendapatkan informasi pantas. Pastikan anda mengaktifkan pelayaran antarabangsa dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi anda. Periksa kadar panggilan dan penggunaan internet agar anda tidak terkejut dengan bil yang dicajkan kelak.

Saya menggunakan YesLife Web untuk telefon ke Malaysia. Mereka menggunakan kadar yang rata seluruh dunia.

8) ElektrikPeriksa standard Elektrik di destinasi kunjungan. Di Malaysia standard elektrik ialah 240V 50Hz. Di Jepun 100 V 50Hz memerlukan transformer untuk menaikkan voltan bagi kegunaan peranti dari Malaysia. Periksa juga jenis plug.Terdapat pelbagai bentuk plug yang digunakan diseluruh dunia. Biasanya komputer riba menerima semua jenis bekalan elektrik, cuma pelu dibeli plug untuk disesuaikan dengan negara yang dikunjungi. Belilah universal plug yang boleh diselaraskan dengan apa juga bentuk plug sekiranya anda tidak pasti jenis plug yang digunakan.
9) Pakaian : Negara yang anda kunjungi mungkin berada dalam musim sejuk yang melampau dan anda hanya memakai kemeja pendek. Periksalah suhu dan keadaan cuaca di destinasi kunjungan anda.

10) Perubatan : Pastikan anda membawa ubat-ubat berkaitan kerana pasti sukar untuk mencari farmasi di waktu kecemasan.

11) Bahasa : Satu dunia tidak berbahasa Inggeris sahaja. Bersedia dengan beberapa perkataan asas bahasa pertuturan di destinasi kunjungan seperti Ya, Tidak, Terima Kasih.

12) Perlindungan : Anda mungkin memerlukan Insuran atau Takaful Perantauan untuk melindungi perjalanan anda seperti risiko ketinggalan penerbangan, beg hilang atau pun dimasukkan ke hospital di luar negara. Anda boleh membeli pakej perlindungan sebelum berlepas.

13) Perhubungan : Maklumkan kenalan tentang perjalanan anda. Dapatkan no telefon kedutaan/konsulat Malaysia di negara kunjungan sebagai langkah persediaan jika anda memerlukan bantuan nanti. Pautan berikut mungkin membantu --> http://www.kln.gov.my/

Semoga Bermanfaat!

Selasa, 21 Mei 2013

Penyelidikan Pendidikan : Statistik Deskriptif

Statistik : Indeks ukuran yang mewakili satu-satu populasi
Paramater: Indeks ukuran yang mewakili keseluruhan populasi

Data numerik terbahagi kepada
1) Data kategori : Dilaporkan dalam bentuk kekerapan seperti jantina, bilangan guru yang mempunyai ijazah
2) Data kuantitatif :  Dilaporkan dalam betuk skor berdasarkan skala yang dibina seperti pencapaian akademik dan minat

Teknik merumuskan data kualitatif
1) Poligon frekuensi
2) Histogram
3) Plot daun-tangkai
4) Lengkungan normal
5) Purata: median, mod dan min
6) Sebaran: Kuartil, Rumusan 5 nombor, Plot kotak, julat dan sisihan piawai
7) Skor piawai, skor-z, skor-T
8) Korelasi: plot serak, pekali Person

Teknik merumuskan data kategori
1) Graf palang
2) Carta pai
3) Jadual pecah silang

Khamis, 2 Mei 2013

Sungai Inki, Kalumpang, Selangor.

Cuti 1 Mei semalam kami sekeluarga bermandi manda di Sungai Inki, Kalumpang, Selangor.
Walaupun sudah 2 tahun tinggal di Kalumpang, tetapi kami tidak pernah pun ke sini.
Padahal 15 minit dengan kereta sahaja sudah sampai.

Di mana Sungai Inki?
Dari tol Tg Malim, silalah ke arah Kuala Kubu Bharu atau Rawang. Jangan pula ke Ipoh ya!
Dalam 7 km, akan sampai ke pekan Kalumpang.
Bila nampak jejantas, ke depan sedikit ada Kg Pasir Putih dan Klinik Desa Kalumpang.
Ada papan tanda coklat bertulisan putih "Kawasan Perkelahan Sungai Inki"
Kemudian ikut papan tanda ke Kalumpang Resort and Training Centre (KRTC).
Bila dah sampai pintu gerbang resort, terus lagi masuk ke depan melalui jalan yg tak berapa elok, berlopak-lopak kira-kira 300 m dari KRTC tu memang nampak ada kawasan awam untuk perkelahan.
Tempat parking dia tak berapa rata.
Ada wakaf berbumbung sesuai utk berkelah dan barbekiu.

Yang saya tak suka ialah kebersihan kawan sekitar. Jika anda bawa bekal perkelahan, silalah bawa pulang sampai sekali. Kalau pun PEMALAS nak bawa sampah pulang, kumpulkanlah di tong sampah yang disediakan. Memang bongok betul org yang buang sampah merata. Mandi nak free dan cantik, tapi kesedaran sivik tarak.

Kalau yang inginkan kebersihan, boleh masuk ke Kalumpang resort yang memang dijaga rapi. Tetapi setiap orang dikenakan bayaran RM10 yer. Jadi pilihlah yang percuma, parkir percuma dan persekitaran bersampah sarap ATAU bayar RM10, parkir yang lebih baik dan kebersihan terjamin.

Kami mandi pukul 8:30 pagi memang tak ramai. Air pun seeeeejuuuk. Bila kami balik 9:15 pagi, bersusun-susun kereta masuk.

Walaubagaimana pun, kami lebih suka kawasan perkelahan kolam air panas Kerling (dalam 10 km dari Kalumpang) sebab kawasannya lebih rata dan parkir yg lebih luas sesuai untuk anak kami yang masih kecil. Sungai Inki ini banyak jeram dan tak sesuai untuk beranak kecil.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...