Jadi, kesempatan diambil untuk memupuk minat memasak konon-kononnya sebagai terapi stress.
Hasilnya, tada...sushi!
Muat naik di FB, ramailah bertanya dari mana dapat ramuannya.
Baiklah, aku bagitahu resipi asas sushi.
Yang bab inti itu, ikut suka. Yang paling senang tuna dalam tin lenyek-lenyek, taruk mayonis.
Resipi Asas Sushi
1- Beras Jepun
2- Cuka sushi
3- Rumpai laut (nori / seaweed)
4- Air garam (larutkan satu sudu makan gula dengan dua cawan air)
Kesemuanya boleh di dapati di AEON.
Beras sumo ini ada juga dijual di TESCO, aku beli masa promo jimat 50%!Cuka sushi pula ada di rak kaunter sushi. Ada cap halal uols!
Nori ada macam-macam jenis, tapi aku suka yang jenama NIKO ini sebab dia rangup dan cukup masin. Ada pelbagai saiz, ikut kemahuan sendiri. Insyaallah Halal sebab kandungan yang terpapar meyakinkan.
Cara-cara
1- Masak nasi ikut arahan.
2- Gaulkan nasi dengan cuka ikut sukatan yang diberi.
3- Untuk menggumpalkan nasi. basahkan tangan dengan air garam. Bentuk-bentukkan nasi ikut kemahuan. Kalau tangan sudah melekit, basahkan lagi dengan air garam. Tujuaan senang nak menggumpal dan sushi rasa macin-macin cikit baru sedap.
Aku selalu libatkan anak-anak untuk sama-sama gentel nasi sebagai aktiviti pengikat kasih-sayang gitew.
Pencicah
Untuk kicap, beli je apa-apa kicap cair di pasaran yang halal lagi murah. Yang dalam gambar kat atas tu aku beli RM3, sedap sama macam kicap sushi.
Untuk wasabi boleh beli di Daiso atau supermarket AEON. Pastikan ramuannya ya!
Inti
A. Tuna Mayo
Gaulkan "tuna in water" dengan mayonis. Kalau nak lagi best, masukkan hirisan bawang merah.
B. Bebola bijan
Goreng bijan. Golekkan nasi pada bijan.
C. Salmon
Apa lagi..ikut resipi apa-apa.
D. Ikut kreativiti nak taruk apa, serunding pon boleh, Sambal sardin ke..haha..sushi malaysia.
Sesuai untuk bekal budak sekolah sebab nasi tak bercerai dan senang pegang.
Selamat mencuba!