IDP ini ialah dokumen yang boleh ganti lesen memandu kita untuk bawa kenderaan di luar negara yang tersenarai, antaranya Jepun.
Tempoh sah laku ialah setahun dari tarikh siap.
Alah..kejap je siap.
Dokumen diperlukan:
- Kad pengenalan asal dan salinan
- Lesen memandu asal dan salinan
- Bayaran RM150
- Sekeping gambar berukuran paspot.
Saya pergi ke JPJ Kuala Kubu Bharu tak sampai 30 minit siap.
Ha! ni ini la rupanya IDP, macam buku sebab setiap halaman ada bahasa berbeza.
Untuk pakai diluar negara contohnya bila ambil kereta sewa ke, tunjukkan IDP, lesen Malaysia & paspot.
Boleh wakil mohonkan?
Tak tahu sekarang boleh ke atau tidak sebab 10 tahun lepas sewaktu saya belajar di Jepun, saya minta kakak saya mohon dan pos ke saya sebab saya hendak ambil ujian lesen memandu Jepun.
Lagipun masa mohon IDP ini, tak perlu pun cap jari macam buat paspot.