Jumaat, 18 Oktober 2019

Kesahan Modul

Mahasiswa: Dr boleh sahkan instrumen saya tak?
Saya: ðŸ‘€ [jeling jer...]
APA ITU KESAHAN INSTRUMEN?
Setiap tahun pasti datang musim mahasiswa terutamanya yang membuat kajian sains sosial seperti bidang pendidikan mencari pakar untuk mengesahkan instrumen kajian penyelidikan tahun akhir mereka. Atau mungkin peringkat pascasiswazah.
Instrumen yang dimaksudkan adalah seperti soalan temubual, borang soal selidik, modul, ujian diagnostik dan sebagainya untuk mengukur sesuatu yang ingin dikaji.
Tapi tahukah anda apa tujuan mendapatkan kesahan bagi instrumen anda?
Bukan sebab penyelia suruh.
Bukan sebab kena bantai dgn penilai masa pembentangan.
Bukan sebab senior buat, ikut saja.
Bukan sebab proses nampak gempak.
Sebelum kita nak ukur sesuatu contoh minat membaca, kita kena ada alat pengukur.
Nak ukur berat pakai penimbang.
Nak ukur tinggi pakai pembaris.
Tetapi dalam sains sosial, alat pengukur ini adalah instrumen yang saya nyatakan awal2 tadi.
Untuk pastikan instrumen anda ini mengukur apa yang ingin betul2 diukur, maka proses kesahan diperlukan.
Kita tak mahu penimbang digunakan untuk ukur panjang, pembaris guna ukur berat.
Jadi macam mana nak pastikan instrumen kita sah?
Salah satu caranya ialah dengan penentukuran oleh beberapa pakar. 
Beberapa ya, bukan seorang sahaja.
Kita mahu mereka bersetuju bahawa "ya! instrumen ini memang betul2 boleh mengukur kuantiti yang ingin diukur".
Kalau dalam bidang sains dan teknologi, penentukuran ini ialah proses pengukuran sesuatu berulang2 dengan objek rujukan.
Contohnya, pembaris disahkan dengan mengukur beberapa objek yang sama dimensinya supaya pembaris itu betul2 beri nilai yang betul. 
Begitu juga dengan instrumen, mesti disahkan oleh beberapa pakar bidang yang diukur.
Jangan pula instrumen bidang jawi ko tanya pakar bidang mandarin.
Main sebat ja mmg tak sah lah..
Contoh:
Kuantiti yang nak diukur: kebolehan membaca jawi
Instrumen: Ujian Bacaan Jawi
Jadi katakan anda bina sendiri instrumen itu, anda pun katakanlah buat 10 soalan yang berbeza tahap kesukaran.
Kemudian anda kategorikan markah
9~10 hebat
6~8 mantap
4-5 memuaskan
kurang 3 teruk
Bila dah siap soalan, baru anda bagi kepada beberapa pakar.
Dari 10 soalan berapa yang pakar A setuju, pakar B setuju.
Persetujuan mereka boleh dinyatakan dalam skala Likert, katakan skor 1 untuk sangat tak setuju & skor 5 untuk sangat setuju.
Setuju tentang apa?
Tentang soalan/item yang dibuat itu boleh digunakan utk ukur kebolehan membaca jawi.
Kira pekali kesahan Ujian Bacaan Jawi, boleh guna Cohen Kappa (cari sendiri)
Kalau pekali tinggi >0.7 kita boleh kata instrumen kita sah.
Kalau kureng, boleh perbaiki instrumen.
Kita kena bagitahu pakar apa tujuan instrumen kita.
Instrumen kita nak ukur apa, kalau tak memang kena bambu la dengan pakar.
Buat instrumen tapi tak tahu tujuan nak ukur apa, camno? Haish!
Sebelum bagi pakar periksa instrumen anda, pastikan instrumen anda telah
- bebas kesalahan ejaan
- bebas kesalahan tatabahasa
- bebas kecacatan format
- telah dibincangkan dengan penyelia
- proses membina instrumen telah melalui kajian terperinci, setiap soalan/item yang dibina mesti ada sebab ia wujud
Entri ini hanya sebagai panduan ringan supaya adik2 mahasiswa tidak terkapai dan asyik kena marah je dengan pensyarah kan..hehe
Mohon pakar-pakar yang baca entri ini jangan kecam saya pula, saya pun dalam proses pembelajaran.. mohon kalau ada ralat dimaklumkan.
Tak faham lagi? Pergi tanya penyelia anda, xkan makan gaji buta kot ðŸ™Š
Tapikan, nak senang kan, guna sahaja instrumen yang org lain dah buat.
Boleh skip dah proses kesahan.
Selamat kau dik..
Semoga bermanfaat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...