Rabu, 20 November 2024

Bapak saya yang nak saya jadi cikgu.

"Awak memang nak jadi cikgu ke?"
"Tak mahu, Dr. Mak saya yang nak saya jadi cikgu"

Macam tu lah.
Semalam aku panggil beberapa orang yang tak berapa perform dalam Ujian dan Tugasan.
Pelajar ISM Pendidikan Fizik
Tipah (bukan nama sebenar) mengaku strategi tak berkesan.
Diorang ni semua dah melepasi tapisan MEdSI dan temuduga.
Maknanya mereka layak secara psikologi, kognitif dan kemahiran asas.
TAPI, tak minat.
"Awak T20?"
"Tak..B40 Dr"
"Kita ni B40 kena rebut peluang. Kalau T20 diorang boleh cipta peluang. Boleh capai apa yang diorang nak."
Ntah betul ke tak aku nasihat.
"Belajar bagi habism, kalau tak mahu jadi Cikgu, ada banyak peluang kerjaya yang memerlukan awak berijazah. Timbah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya. Takkan awak nak bazirkan masa 4 tahun dalam keadaan denial sebab tak mahu jadi cikgu, protes dan merosakkan masa depan."


"Bapak saya yang nak saya jadi cikgu, Dr. Saya nak jadi atlit sukan."
"Awak rasa awak layak ke jadi atlit?"
Sengih pelajar dari Borneo itu.
"Awak boleh je nanti ambil minor PJK atau sains sukan, itu pun kalau awak lepas sesi saringan. Kadang-kadang kita ni rasa kita boleh buat benda tu sebab minat, tapi sebenarnya tak layak pun. Tapi boleh cuba"
Ni sorang lagi pelajar lelaki. 
Tak boleh eh jadi cikgu fizik tapi coach bola ke, tinju ke.
Bukan senang nak masuk program ISMP ni.
Tapi itulah, memenuhi hasrat keluarga.

Selamat Maju Jaya.

Jumaat, 21 Jun 2024

MC lagi

Rasa macam tak tahan sakit urat satu badan dengan batuk-batuk, rasa nak demam, Rabu malam aku pergi juga ke klinik panel UPSI, Poliklinik Syifa, depan pintu utama kampus lama.
Jumpa Doktor baru, graduan Poland uol :)
Semangat dia jelaskan keadaan aku ni.
Terbaik.

Dapat MC dua hari.
Pneumonia kata doktor.
Cuba dua jenis antibiotik serentak, Azithromycin dan Clamentin.
Lagi tak tahan kena top-up RM60, sebab UPSI lindungi maksimum RM40.
Syukurlah juga ada perlindungan, kan?
Terima kasih UPSI.


Belum sampai sebulan dari MC sebelum ini.
Esok paginya ada kelas pukul 8 pagi.

Kalau MC sebelum ini aku pergi juga kelas sebab tak mahu batalkan dan berganti.
Tapi ini kali, bagi pengumuman di Whatsapp Group, batalkan.

Nasib baik juga aku batalkan, sebab sampai la ni Jumaat rasa tak elok lagi.
Bila fikirkan, otak macam tak selari dengan badan.
Walaupun otak nak buat macam-macam, badan tak dapat nak sokong, baiklah berehat.

Umur meningkat, keupayaan fizikal berkurang, imuniti pun berkurang, masa untuk sembuh memanjang.
Jadi, ingatlah waktu sihat sebelum sakit.



 

Ahad, 7 April 2024

Pak Arab dan Mak Arab

 Isnin lepas aku dapat whatsapp nomnor bukan Malaysia.

“Assalaamualaikum Dr.”

Aku tak jawab.

Hari Rabu, dia whatsapp lagi.

“Assalaamualaikum Dr.”

“I need your help.”

Aku dah agak, siapalah bagi nombor aku.

“Please introduce yourself.”- aku balas.

Macam biasa minta tolong aku percepatkan permohonan pas pelajar dia sebab flight dia jumaat pagi.

Aku memang tak layan kalau minta cepatkan proses.

Tapi, bagus juga aku buat semakan rawak dalam permohonan pelajar.

Hari Khamis dia datang.

Elok Pak Arab dan Mak Arabnya, sopan santun.

Kalai begini, tak ralat nak menolongnya.

Sambil-sambil itu ambil kesempatan beramah mesra.

Katanya sudah tahun ke empat pengajian.

Belum terbit jurnal lagi.

Penyelia dia mahu dua SCOPUS.

Aku kata UPSI syaratkan dua jurnal, tak semestinya berindeks.

Dia tahu, cuma penyelianya yang mahu SCOPUS,.

Dia cuba hantar artikel pertamanya ke SCOPUS, rejected.

Aku rasa mereka ini perlukam bantuan.

Aku tanya, ada penyelia bersama.? - tiada

Kenal sesiapa di Fakulti? - tidak.

Orangnya baik.

Semoga mereka dapat konvo dengan jayanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...