Isnin, 28 Mei 2018

Sebulan berlalu

Mendarat 25 April 2018 yang lalu, kini sudah sebulan berlalu.
Ramai yang "Eh! Bestnya dapat pergi Jepun."
Memang seronok dapat merasai suasana baru, lebih2 lagi Jepun.

Dalam masa yang sama ada yang perlu dikorbankan.
Jika dulu ke tempat kerja berkereta, sekarang berbasikal tua.
Jika dulu ada yang uruskan makan pakai, sekarang uruskan sendiri.
Jika dulu ada riuh tawa anak di rumah, sekarang sendiri sepi.
Jika dulu boleh makan apa saja yang mahu, sekarang harus berhati-hati.
Jika dulu boleh bersapa sesiapa, sekarang berkira-kira untuk menyapa.
Jika dulu bisa berselipar, sekarang kaki mesti berkasut.
Jika dulu..., sekarang..
Begitulah...ada amanah yang perlu dilaksanakan.

Alhamdullilah sebab 7 tahun lalu pernah bermastautin di sini, maka transisi hidup tidak bergitu sukar.
Cuma rutin harian berubah.
Dulu sebagai pelajar, sekarang sebagai pekerja.
Boleh berdikari, walau masih belum fasih berbahasa Jepun.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

 

Ahad, 6 Mei 2018

Sapporo Lagi

Hari ini sudah hari ke-12 aku berada di Sapporo.

Jika 11 tahun lalu aku datang ke sini sebagai pelajar PhD, sekarang aku datang sebagai staf akademik Universiti Hokkaido selama 11 bulan.

Sesuatu yang tak dirancang.

Kali ini aku datang berseorangan.

Keluarga di Malaysia.

Masa terlalu singkat untuk anak-anak bersekolah di sini.

Hari-hari awal aku di sini terasa begitu asing.

Rutin harian jika pagi dan petang menghantar anak-anak ke sekolah.

Sekarang, seorang.

Tidur, makan, seorang.

Berjauhan ini ada hikmahnya.

Kita menilai apa yang telah kita lakukan.

Menghargai pasangan.

Teknologi kini merapatkan ikatan.

Facetime dan whatsapp video hampir setiap hari dengan keluarga.

Facebook, Instagram dan Whatsapp untuk ikatan bersama rakan taulan.

Kadang-kala terfikir adakah betul keputusan aku ke sini lagi.

Peluang datang tak dirancang, dilepas sayang, disahut ada yang perlu ditinggalkan.

Semoga perjalanan ini diberkati.

Aku mula menulis lagi sebagai catatan perjalanan.



Foto: Kebetulan datang musim sakura mekar.

#PensyarahMudaKadri #HidupDiSapporo

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...