Hari ini sudah hari ke-12 aku berada di Sapporo.
Jika 11 tahun lalu aku datang ke sini sebagai pelajar PhD, sekarang aku datang sebagai staf akademik Universiti Hokkaido selama 11 bulan.
Sesuatu yang tak dirancang.
Kali ini aku datang berseorangan.
Keluarga di Malaysia.
Masa terlalu singkat untuk anak-anak bersekolah di sini.
Hari-hari awal aku di sini terasa begitu asing.
Rutin harian jika pagi dan petang menghantar anak-anak ke sekolah.
Sekarang, seorang.
Tidur, makan, seorang.
Berjauhan ini ada hikmahnya.
Kita menilai apa yang telah kita lakukan.
Menghargai pasangan.
Teknologi kini merapatkan ikatan.
Facetime dan whatsapp video hampir setiap hari dengan keluarga.
Facebook, Instagram dan Whatsapp untuk ikatan bersama rakan taulan.
Kadang-kala terfikir adakah betul keputusan aku ke sini lagi.
Peluang datang tak dirancang, dilepas sayang, disahut ada yang perlu ditinggalkan.
Semoga perjalanan ini diberkati.
Aku mula menulis lagi sebagai catatan perjalanan.
Foto: Kebetulan datang musim sakura mekar.
#PensyarahMudaKadri #HidupDiSapporo
1 ulasan:
Kadori-sensei, 強いままでいて!!! 화이팅!
Catat Ulasan