Isnin, 19 November 2018

Kad Kasih Sayang

Bulan lepas aku pos kad-kad ucapan dari Jepun kepada anak-anak di Malaysia.
Konon-konon nak bagi motivasi peperiksaan akhir.
Sudahnya, hari terakhir periksa baru kad sampai.
2 minggu juga lah ambil masa.

Sebelum itu pernah hantar poskad, langsung tak sampai.
Postkad Hello Kitty, mungkin kena kebas agaknya sebab kiut.
Kira ini cubaan kedua, tapi letak dalam sampul.

Sebagai balasan, anak-anak hantar kad kepada aku.
Aku minta Umminya tunjuk pada Kakak cara hantar pos.
Aku mahu anak-anak tahu fungsi pos.
Pos ke luar negara.

Mula-mula aku rasa macam buang masa saja buat aktiviti hantar kad ini.
Tapi bila kau terima kad-kad yang anak-anak buat, rasa terharu.
Ummi dia kata, mereka buat sendiri.
Dia tak masuk campur.
Ketua projek ialah Kakak.
Si Bongsu tiru tulisan kakak tulisan ucapan.
Tulisannya cantik, dia ini lebih kemahiran seni.
Si Abang dengan tulisan mandarinnya.
Walaupun cincai dan selekeh, tapi ada keunikan yang perlu dibongkar
Si Kakak dengan set kad kecik.
Seorang yang agak teliti dan tekun.

Walaupun tak cantik, tapi nilai sentimentalnya tinggi.
Terutama bila berjauhan.
Walaupun tiap-tiap malam berFaceTime.
Tapi sesuatu yang 'tangible' macam kad ini seolah-olah menyentuh tangan mereka.
^_^

Setem RM6.20, ambil masa 10 hari untuk sampai Jepun

Hasil kerja Si Kecik, Si Abang dan Si Kakak

Manalah dia dapat idea kad kecik dalam kad dalam kad lagi. Menghiburkan hati.

Hiro dengan tulisan Mandarinnya.

Ahad, 18 November 2018

Cabaran Makmal Sejuk

Hari ini Ahad, aku datang makmal untuk penyediaan sampel.
Suhu Sapporo sudah pun jatuh di bawah 10 Celcius.
Jadi, kalau berjalan pun sejuk.
Duduk rumah pun sejuk.
Baik aku datang lab buat kerja.
Lagi aku suka sebab tiada orang di makmal, kecuali ada beberapa pelajar yang datang layan internet dan tumpang pemanas universiti ^^

Apa yang aku perasan, sampel aku cepat menghablur.
Gambar: larutan PVA (kiri) dan CTAB (kanan) dalam suhu bilik
Kedua-dua larutan ini aku guna untuk buat saput tipis pada gelas.
Suhu bilik 16C.
Jadi, setiap kali guna kena panaskan.
Kalau musim panas tak perlu panaskan.

Cabaran ujikaji di negara empat musim ini ialah suhu bilik yang tak stabil.
Di Hokkaido ini suhu luar boleh dari -10 hingga 35C.
Kena ada pengatur suhu untuk kekalkan suhu pada tahap tertentu.
Bersyukur suhu Malaysia stabil.

PVA kiri, CTAB kanan




Ahad, 11 November 2018

Kafe Kucing 猫カフェ (neko kafe)

Kafe Kucing 猫カフェ (neko kafe) 🐈 ☕️
Minggu lalu aku ke sebuah kafe kucing di kawasan Tanukikoji, Sapporo.
Lama dah tak ramas2 kucing, rasa rindu pula nak tonyoh2 hidung diaekor 🤣.
Di Sapporo susah nak nampak kucing berkeliaran, anjing lagilah mmg tak pernah jumpa yang bersiar-siar seekor diri.

Di Sapporo ada beberapa kafe kucing.
Konsep kafe kucing ini, kita boleh berinteraksi dengan kucing dalam jangka masa yang kita mahu.
Ada bayaran untuk slot masa yang kita mahu (lihat foto)
Boleh juga lepak-lepak sambil minum-minum tengok kucing melepak.

Kafe kucing yang aku pergi ini namanya Love Neko.
Kot kalau nak merasa pengalaman masuk Neko Kafe bila berlibur di Sapporo. 👉🏽
Alamat : 南2条西5丁目26-17第一北野家ビル5F
[Minami 2, Nishi 5, 26-17 Daiichi Kitanoka Building 5F]
https://www.loveneko.jp/#spnavi

Sebelum masuk kena steril dulu tangan untuk elakkan kuman.
Aku ambil pakej minum tanpa had (JPY300), jadi sambil minum2, tengok kucing, layari internet.
Beberapa pasangan Jepun kelihatan ber”dating” sambil belai2 kucing.

Ada satu lagi konsep Kafe Kucing di Jepun yang berlainan di mana gadis2 memakai kostum kucing dan melayan pelanggan.
Haish 🙈 yg tu aku tak mau bagitau di mana 🤣.
hehe
ruang minum, snek


suasana tenang

diciptakan untuk tidur



aku swafoto diri sendiri


suasana dalam

poster di depan bangunan
aras 5

depan premis
peraturan dan kadar bayaran
sedap tidur atas pad suam

geram!

#HidupDiSapporo #kadrimy

Sabtu, 3 November 2018

Hadir Seminar Hidup Sihat

Hari ini sepatutnya aku ada kelas bahasa Jepun dengan MADO.
Tetapi hari ini mereka cuti.
Kebetulan ada seminar Hidup Sihat di Sapporo International Communication Plaza, depan Sapporo Clock Tower.

Aku pun daftar untuk ikut serta.
Boleh juga tambah kemahiran berbahasa aku.
Adalah peserta dalam 30 orang pelbagai warganegara.
Lagipun, memang hadkan 30 orang untuk fokus.
Penjelasan dalam dwibahasa, Jepun dan Inggeris.
Jadi, aku bandingkan kefahaman dalam kedua-dua bahasa ini.

Seminar selama 2 jam 30 minit ini terbahagi kepada
1- Diet sihat dan info pemeriksaan kesihatan oleh jururawat dari Nishi-ku, Sapporo
2- Senaman ringkas dan perkhidmatan oleh instruktor Chuo-ku, Sapporo
3- Berjalan di Sungai Sosei dengan iringan ahli Sapporo Walking Association (SWA)

Banyak info yang aku dapat.
Antaranya
1- Purata jangka hayat rakyat Jepun ialah 80.98 tahun bagi lelaki dan 87.14 bagi perempuan.
2- Purata umur sihat rakyat Jepun ialah 72.14 tahun bagi lelaki dan 74.49 bagi perempuan.
3- Sungai Sosei sepanjang 14km adalah sungai buatan yang membelah Sapporo barat dan timur.
4- Ada satu kumpulan sukarelawan Hokkaido Multinational Support Community yang dapat membantu veteran warganegara asing di Hokkaido terutamanya dalam hal kesihatan.

Apa maksud umur sihat?
Contohnya, bagi lelaki Jepun, mereka akan hidup sihat sehingga 72.14 tahun.
Beza antara jangka hayat dengan umur sihat ialah jangka  masa di mana mereka akan berada dalam keadaan tidak sihat sakit 8.84 tahun (80.98 - 72.14 = 8.84 tahun). 
Definisi tidak sihat ialah mereka tidak mampu hidup berdikari, sama ada sakit atau tidak dapat menikmati kehidupan biasa sendirian.

Apa yang aku nampak di Jepun ni, mereka slim sebab banyak berjalan.
Untuk sesi akhir, kami di ajar cara yang betul untuk berjalan.
Disarankan 10,000 langkah sehari ~ 8km untuk kehidupan yang sihat.

Pakcik yang jadi instruktor aku umur dia dah 74 tahun.
Katanya, dia berjalan pukul 5 pagi dalam sejam lebih.
Tidur pukul 8 malam.

Kesimpulannya, aku seronok dapat berkomunikasi dengan sukarelawan Jepun ini.
Kebanyakkannya dah bersara dan suka layan orang asing ^_^
Semoga aku juga istiqomah, terus banyakkan berjalan.


Ahli Sapporo Walking Association, veteran belaka.
Peserta dipecahkan kepada kumpulan kecil diketuai seorang ahli SWA
Pakcik ni kata hobi dia kutip sampah yang ditinggalkan. Waktu berjalan dia akan kutip sampah.
 
Jam matahari di Sungai Sosei, untuk rujukan nak buat di UPSI.

#HidupDiSapporo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...