Sabtu, 3 November 2018

Hadir Seminar Hidup Sihat

Hari ini sepatutnya aku ada kelas bahasa Jepun dengan MADO.
Tetapi hari ini mereka cuti.
Kebetulan ada seminar Hidup Sihat di Sapporo International Communication Plaza, depan Sapporo Clock Tower.

Aku pun daftar untuk ikut serta.
Boleh juga tambah kemahiran berbahasa aku.
Adalah peserta dalam 30 orang pelbagai warganegara.
Lagipun, memang hadkan 30 orang untuk fokus.
Penjelasan dalam dwibahasa, Jepun dan Inggeris.
Jadi, aku bandingkan kefahaman dalam kedua-dua bahasa ini.

Seminar selama 2 jam 30 minit ini terbahagi kepada
1- Diet sihat dan info pemeriksaan kesihatan oleh jururawat dari Nishi-ku, Sapporo
2- Senaman ringkas dan perkhidmatan oleh instruktor Chuo-ku, Sapporo
3- Berjalan di Sungai Sosei dengan iringan ahli Sapporo Walking Association (SWA)

Banyak info yang aku dapat.
Antaranya
1- Purata jangka hayat rakyat Jepun ialah 80.98 tahun bagi lelaki dan 87.14 bagi perempuan.
2- Purata umur sihat rakyat Jepun ialah 72.14 tahun bagi lelaki dan 74.49 bagi perempuan.
3- Sungai Sosei sepanjang 14km adalah sungai buatan yang membelah Sapporo barat dan timur.
4- Ada satu kumpulan sukarelawan Hokkaido Multinational Support Community yang dapat membantu veteran warganegara asing di Hokkaido terutamanya dalam hal kesihatan.

Apa maksud umur sihat?
Contohnya, bagi lelaki Jepun, mereka akan hidup sihat sehingga 72.14 tahun.
Beza antara jangka hayat dengan umur sihat ialah jangka  masa di mana mereka akan berada dalam keadaan tidak sihat sakit 8.84 tahun (80.98 - 72.14 = 8.84 tahun). 
Definisi tidak sihat ialah mereka tidak mampu hidup berdikari, sama ada sakit atau tidak dapat menikmati kehidupan biasa sendirian.

Apa yang aku nampak di Jepun ni, mereka slim sebab banyak berjalan.
Untuk sesi akhir, kami di ajar cara yang betul untuk berjalan.
Disarankan 10,000 langkah sehari ~ 8km untuk kehidupan yang sihat.

Pakcik yang jadi instruktor aku umur dia dah 74 tahun.
Katanya, dia berjalan pukul 5 pagi dalam sejam lebih.
Tidur pukul 8 malam.

Kesimpulannya, aku seronok dapat berkomunikasi dengan sukarelawan Jepun ini.
Kebanyakkannya dah bersara dan suka layan orang asing ^_^
Semoga aku juga istiqomah, terus banyakkan berjalan.


Ahli Sapporo Walking Association, veteran belaka.
Peserta dipecahkan kepada kumpulan kecil diketuai seorang ahli SWA
Pakcik ni kata hobi dia kutip sampah yang ditinggalkan. Waktu berjalan dia akan kutip sampah.
 
Jam matahari di Sungai Sosei, untuk rujukan nak buat di UPSI.

#HidupDiSapporo

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...