Selasa, 20 Januari 2015

Pencarian seorang pelajar Sarjana Fizik (Instrumentasi Optik)

Saya sedang mencari seorang calon pelajar sarjana fizik untuk tajuk penyelidikan di bawah ini.

David (pelajar Sarjana sejak September 2012) sedang

menyelenggarakan sistem penyepit optik.


Pelajar yang dikehendaki

  • mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang fizik atau setaraf terutamanya berkaitan instrumentasi dan elektronik

  • berminat dalam pembangunan instrumentasi optik dan aplikasinya dalam pencirian bahan

  • fasih bertutur, menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu

  • sangat berdikari

  • di tawarkan Skim Pembantu Penyelidik dengan pengecualian yuran pengajian dan elaun tetap bulanan yang boleh dirunding (CGPA>3.00)




Skop tugas penyelidikan

  • mengantaramuka sistem penyepit optik dengan komputer menggunakan LabView/Mathlab/perisian berkaitan

  • membangunkan sistem tentukuran penyepit optik


Berminat? Hubungi  




 

Tajuk : Eksplorasi kelikatanjalan pada aras mikroskopik larutan nanoselulosa menggunakan penyepit optik.


Kata kunci : penyepit optik, nanoselulosa, kelikatanjalan
Nanoselulosa ialah sejenis bahan polimer yang terdiri daripada fibril selulosa bersaiz nano lazimnya bergaris pusat sekitar 5 hingga 20 nanometer dengan panjang sehingga 2000 nanometer [1]. Nanoselulosa menunjukkan kegunaan berpotensi seperti kertas nano yang mempunyai kekuatan 3000 kali ganda berbanding kertas pulpa biasa dan ia merupakan alternatif kepada beg plastik kerana sifatnya yang mudah terbiodegradasi. Istimewanya nanoselulosa ialah sifat kelikatan bendalirnya yang berkurang apabila dikenakan tegasan. Mekanisma perubahan sifat kelikatanjalan pada aras mikroskopik ini belum dapat difahami lagi kerana kesukaran teknikal.

 

Tindak balas kelikatanjalan sering kali digunakan sebagai prob dalam sains polimer kerana kepekaannya terhadap sifat kimia dan mikrostruktur sesuatu bahan. Salah satu teknik pengukuran kelikatanjalan adalah dengan menggunakan penyepit optik.

 

Penemuan inovasi penyepit optik telah merancakkan revolusi kaedah eksperimen dalam pelbagai bidang sains fizikal dan hayat [3]. Penyepit optik berupaya memegang dan mengawal pergerakan zarah tunggal yang lutsinar secara optiknya dalam medium bersesuaian tanpa mengenakan sebarang sentuhan mekanikal tanpa musnah seperti dilustrasikan dalam Rajah 1. Penyepit optik terhasil dengan memfokuskan laser dengan tajam mengunakan objektif mikroskop pada zarah yang ingin diperangkapkan. Ciri luar biasa ini boleh digunakan untuk memanipulasi jasad bersaiz mikro sebagai prob dalam kajian sifat-sifat mikroreologi seperti kelikatanjalan yang dinyatakan sebelum ini [4,5].

 

 Jadi, objektif utama kajian ini ialah

i) membangunkan sistem penyepit optik.

ii)meneroka potensi penyepit optik sebagai alat untuk mengekstrak maklumat kelikatanjalan nanoselulosa dalam bentuk larutan pada pelbagai keadaan kimia dan fizikal.



iii) memahami struktur mikromekanikal larutan nanoselulosa.

 Figure 1: Mikrosfera polisterina sebagai prob dalam larutan nanoselulosa yang terperangkap dalam sistem penyepit optik. Cerapan dinamik pergerakan mikrosfera ini dapat mengakses maklumat kelikatanjalan nanoselulosa pada aras mikroskopik.




Ruang kerja penyepit optik sedia ada di Makmal Fotonik.





Rujukan
[1]     Abdul Khalil, H.P.S., Bhat, A.H. & Ireana Yusra A.F. (2012). Green composites from sustainable cellulose nanofibrils: a review. Carbohydrate polymers, 87, 963-979.

[2]     Csoka, L. Lorinez, A. & Winkler A. (2008). Sonochemically modified wheat straw for pulp and papermaking to increase its economical performance and reduce environmental issues. BioResouce, 3(1), 91-97.

[3]     A. Ashkin. (1997), “Optical trapping and manipulation of neutral particles using lasers.” Proc. Natl. Acad. Sci. USA Vol 94, 4853-60.

[4]     A.I. Bishop, T.T. Nieminen, N.R. Heckenberg, H. Rubensztein-Dunlop. (2004) “Optical

microrheology using rotating laser trapped particles.” Phy. Rev. Lett. 92 (19), 198104.

[5]        Z. Hu and Lie, K. (2008) “Optical Tweezers for single cells”, J. R. Soc. Interface. 5, 671-689.


Penyelidik bersama:

PM Dr. Shahrul Kadri  Ayop : PhD (UPSI) Ketua (Instrumentasi Optik)
PM Dr. Yusof Munajar (UTM) - Mentor

Dr. Rosazley Ramlee (UPSI) Bio-material
Dr. Izan Roshawaty Mustafa (UPSI) Polymer Physics

Makmal Fotonik,
Jabatan Fizik,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris


 

Selasa, 30 Disember 2014

Kotak Sinar daripada Lampu Suluh

Baru-baru ini aku ditugaskan untuk menyediakan 20 set ujikaji optik.
Tetapi, di makmal hanya ada 14 set kotak sinar.
Kotak sinar ialah peralatan penting dalam ujikaji optik geometri.
Alternatifnya, aku gunakan lampu suluh dan dilekatkan pita hitam untuk menghasilkan tiga alur sinar.
Hasilnya...

Untuk kesan yang baik, gunakan alur dari tengah lampu suluh seperti dalam gambar.
Kalau lampu suluh letak atas meja, sinarnya tak menjadi.

Ok bereh!

Isnin, 17 November 2014

Downgrade Java 8 kepada Java 7 untuk Mac

Untuk yang telah terlanjur update Java kepada Java 8, IMS UPSI akan bermasalah untuk dibuka.
Jadi berikut adalah prosedur untuk kembalikan Java 7 bagi pengguna Mac.
Untuk Windows, syoh! syoh!

Prosedur berikut telah berjaya bagi saya (MBA, OS Yosemite) dan bbrp rakan yg lain.

Langkah 1: Tutup semua Application tak berkenaan.

Langkah 2: Uninstall Java 8.

Buka Application Terminal (taip je Terminal pada Spotlight), copy paste commad berikut:

sudo rm -fr /Library/Internet Plug-Ins/JavaAppletPlugin.plugin

Enter/Return

Quit Terminal

Langkah 3: Restart Mac

Langkah 4: Download dan Install  jre-7u71-macosx-x64.dmg
http://www.oracle.com/technetwork/java/javase/downloads/jre7-downloads-1880261.html

Langkah 5: Set Security Level
System Preference>Java>Security
Select Medium

Langkah 6:
Cuba try boleh buka tak IMS?
Kalau x boleh..lantaklah..haha


Ada masalah lagi? Rujuk pautan berikut
Donwgrade Java for Mac


Khamis, 10 Julai 2014

Analisis Mekanik Guna Tracker

Perisian Tracker.


Hari ini saya berkesempatan godek-godek perisian percuma Tracker.
Selepas 2 jam menyelongkar pelbagai fungsinya, saya minta pelajar Sarjana saya, Sugeng, untuk membaling bola ke atas.

Video dirakam dengan iPhone dengan durasi kurang 1 saat!

Video dimasukkan dalam Tracker.

Penentukuran disetkan.

Titik rujukan ditanda pada bola.

Lalu perisian akan menjejak trajektori bola sesudah dilepaskan hingga kembali ke tangan secara automatik, frame by frame.

Graf pula terpapar serta merta.




Mekanik adalah antara topik yang sukar difahami kerana fenomena tertentu yang terlalu pantas untuk dilihat.
Tradisinya, pita detik digunakan, kemudian sensor gerakan yang agak mahal pula diperkenalkan.
Seperti biasa, kos sudah pasti menjadi isu bagi pendidik untuk menerangkan gerak perlahan mekanik kepada pelajar serta interpretasi grafnya.
Dengan adanya Tracker ini, alternatif tersedia.

Saya buat satu tutorial ringkas penggunaan tracker seperti berikut.

Antara ujikaji yang boleh dilakukan dengan Tracker ialah
- perlanggaran dua objek
- kesan landasan condong pada gerakan
- impuls
- hubungan daya-pecutan
- ayunan bandul
- corak pembelauan (perisian boleh mengesan jarak antara pinggir lebih baik berbanding secara manual)
- pengguna juga boleh mengambil mana-mana video contohnya video tendangan penalti dan minta pelajar analisis gerakan bola tersebut.

Kelebihan Tracker
- PERCUMA
- ringkas
- graf terplot serta merta dengan pelbagai kuantiti fizik pada paksi

Jumaat, 4 Julai 2014

IPCSM'14

The 2nd International Postgraduate Conference on Science and Mathematics 2014 (IPCSM'14) akan diadakan di Fakulti Sains dan Matematik UPSI pada 18 Oktober 2014

Persidangan ini memberi peluang kepada pelajar dan pengamal penyelidikan bidang pendidikan sains (biologi, fizik, kimia dan matematik) dan penyelidikan bidang sains (biologi, fizik, kimia dan matematik) membentangkan kajian masing-masing dan berinteraksi antara satu sama lain.

Yang berminat menyertai boleh lawati laman berikut --> http://ipcsm.upsi.edu.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...