Jumaat, 23 Oktober 2026

Teori Beban Kognitif

 Ini adalah pemahaman aku tentang teori beban kognitif (Cognitive Load Theory).

Peolehan maklumat sekunder yang baharu melibatkan tiga proses atau beban iaitu beban luaran, beban dalam dan beban germana.

Maklumat sekunder ialah maklumat yang dipupuk melalui pengajaran langsung seperti kemahiran membaca, dan menulis.

Maklumat primer ialah maklumat yang boleh diperoleh tanpa pengajaran langsung seperti berjalan dan bertutur.

Setiap orang mempunyai kapasiti memori yang terhad.

Kapasiti ini bergantung kepada pengetahuan sedia ada, umur dan pelbagai yang lain.


Dalam satu kelas, setiap pelajar mempunyai kapasiti yang berbeza.

Perolehan maklumat baru melibatkan tiga beban dalam satu kapasiti.

Oleh sebab kapasiti tersebut terhad, beban-beban ini perlu dikawal supaya skema boleh dibentuk dalam memori jangka panjang yang tiada had.

A : Beban luaran ialah sesuatu yang perlu diminimumkan kerana ia tidak menyumbang kepada matlamat pembelajaran. Contohnya adalah teks slaid yang panjang dan pengetahuan tidak berkaitan pengajaran.

B : Beban dalaman ialah sesuatu yang sedia ada dalam pengetahuan dan bersifat kekal. Kerumitan sesuatu konsep, contohnya fizik kuantum, tidaklah semestinya sifat disiplin ilmu tersebut. Namun begitu, ia boleh dirancang supaya dapat dikuasai seperti menyediakan langkah-langkah kecil ke arah memahaminya.

C: Beban germana ialah usaha pembelajaran yang dimilik pelajar. Usaha ini diperlukan untuk membentuk skema yang akan menyumbang kepada automasi.

Kapasiti = A + B + C -> Skema -> Automasi

Dengan mengurangkan A, menguruskan B, lebihan kapasiti boleh difokuskan kepada C.


Berikut merupakan infografik janaan Claude


Bagaimana CLT ini dapat membantu aku merancang pengajaran?

Fizik memang sukar.

Jadi, aku perlu mengecilkan unit dan menyusun bahan.

Rekabentuk bahan hendaklah minimalis.

Unsur-unsur real konteks diperlukan supaya pelajar dapat menghubungkan pengetahuan dan bermotivasi untuk memahami.



Jumaat, 11 September 2026

Terlibat atau Terhibur

 Adakah kita menyasarkan pembelajaran yang menghiburkan atau menglibatkan pelajar?

engagement or entertainment 

Pelajar mungkin aktif secara fizikal, tetapi tidak mengaktifkan mental.

Perancangan pengajaran hendaklah mengambil kira bagaimana pelajar terlibat secara aktif.

Adakah yang dimaksudkan aktif secara fizikal, yang boleh dicerap?

Bagaimana untuk pastikan pelajar terlibat secara aktif dari segi mentalnya? 

Antara bukti pencapaian murid yang boleh diukur adalah ujian atau peperiksaan.

Seringkali kita rasa kita sudah menjadikan pengajaran menarik, pelajar gembira namun hasilnya tidak terjelma pada keputusan peperiksaan.

Keputusan peperiksaan pula ditafsir melalui nilainya mutlaknya, bukan perubahannya.

Pembelajaran hendaklah mendalam, bukan pada permukaan.

Jadi, apabila kita merancang pengajaran, adakah kita sasarkan hiburan atau penglibatan?


Selasa, 12 Mei 2026

Pembelajaran Terbeza

 "Dr. n1 ngan n2 tu apa?"
H tanya aku bila lepas dia snap coretan penjelasan aku di papan putih.
Hari ini aku ajar hukum pantulan dan hukum Snell.
Kemudian, student buat eksperimen.
Maknanya aku dah ajar teorinya.
Tapi masih lagi ada student yang tanya.

H pelajar major matematik, minor sains yang wajib ambil kursus GGO ni.
Aku nak herdik dia ke?
Takkan tak tahu?
Tak penat ke ajar tadi tapi student tak tahu lagi?
Apa yang student dapat waktu aku ajar tadi?


Ada beberapa perkara yang berkemungkinan.
1- Student masih struggle untuk memahami konten walaupun telah diajar.
2- Aku, masih belum dapat memahamkan pelajar dengan ajaran aku.
Siapa yang bersalah dan harus dipersalahkan?
Adakah seorang student ini telah mengeneralisasikan keadaan semua student dalam kelas aku?

OK, mungkin di sini pembelajaran terbeza perlu dipraktikkan.
H ini salah seorang daripada beberapa orang dalam minoriti pelajar bukan major fizik.
Penekanan lebih pada H dan sikap aktif H dalam pembelajaran diharap dapat membantu H mencapai jangkaan kursus ini.
Laluan H berbeza.
Namun, kayu ukur sama.
H perlu disokong, aku mesti bertabah ^^.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...