Jumaat, 16 April 2010

Kompas Arah Kiblat

Kompas Klasik
Menentukan arah kiblat yang tepat merupakan elemen yang penting dalam menunaikan sembahyang bagi umat Islam. Saya masih ingat lagi kompas kiblat pertama saya beli di Plaza Angsana, Johor Bahru pada tahun 2000 dengan harga RM25. Bentuknya lebih kurang seperti di bawah ini (gambar di ambil dari sumber internet).

Kompas ini disertakan dengan buku panduan kecil di mana nombor bagi lokasi tertentu diberikan. Sebagai contoh katalah kita berada di Kuala Lumpur dan nombor lokasinya "22". Maka kompas dipusingkan/dilaraskan sehingga jarum hijau betul-betul berada di atas tanda "22". Arah kiblat ditunjukkan oleh anak panah. Biasanya kawan-kawan akan pinjam sekiranya mereka pindah ke rumah sewa baru, atau bertukar bilik di kolej. Seingat saya kompas yang kini berada di rumah saya adalah kompas ke-3 setelah yang sebelum-sebelumnya hilang entah kemana.

Jam Casio CPW-310
Pada tahun 2005 saya mencari jam tangan di Plaza Bukit Bintang, KL dan terjumpa model jam islamik yang menarik ini. Harganya sekitar RM300. Jam ini mempunyai ciri-ciri berikut
1) Menentukan arah kiblat
2) Menentukan arah utara dsb seperti compass biasa
3) Mengira waktu solat dan "alert" sekiranya masuk waktu


Perhatikan anda bahagian menonjol di sebelah kiri jam dimana terletaknya sensor kompasn. Untuk menentukan arah kiblat dan waktu solat, kedudukan longitud dan latitud perlu dimasukkan. Kedudukan geografi bagi bandar-bandar utama seperti Tokyo, KL, Jakarta telah sedia ada dalam memori jam. Tetapi untuk penentuan yang lebih tepat, kedudukan geografi lokasi semasa boleh dimasukkan jika latitud dan altitude diketahui. Kelemahannya jam ini ialah resolusi kompas agak rendah (+-11.25 darjah). Namun secara kasar dapat membantu saya kerana saya selalu juga outstation di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2008, jam saya ini tertinggal (lalu hilang) di tandas selepas mengambil wudhu' di Jepun. Peristiwa ini menjadi modal utama isteri saya untuk memperli saya sekiranya saya ingin membeli gadget elektronik sehingga ke hari ini :) kerana saya memang seorang yang pelupa dan sering "terhilang" barang. Tetapi pada penghujung 2009, saya telah beli yang baru dengan variasi latarbelakang hitam dari seorang teman di Singapura. Sekarang ia berada kemas di pergelangan tangan saya.

iPhone 3GS
Bulan Mac yang lalu bateri telefon bimbit saya telah mencapai hujung hayatnya setelah 2 tahun digunakan. Model bateri tersebut pun telah outdated dan tiada lagi dipasaran. Jadi saya telah membeli iPhone 3GS 16GB. Antara fungsinya ialah kompass. Saya telah memuatturun aplikasi percuma dari eQibla.

Aplikasi eQibla hanya perlukan liputan 3G. iPhone akan mengenalpasti lokasi semasa dan arah kiblat akan ditentukan secara automatik. Dengan aplikasi ini juga, waktu solat juga akan dikira secara automatik berdasarkan lokasi semasa. Hebat bukan? Jadi kemana sahaja anda pergi di dunia ini, eQibla akan membantu anda dengan syarat adanya liputan 3G.

Ketiga-tiga gadget di atas amatlah membantu sekiranya anda seorang yang selalu berkerja atau melancong di luar kawasan. Di Malaysia, arah kiblat dapat ditentukan secara kasar berpandukan arah matahari terbenam. Namun, bagi negara di luar kawasan Khatulistiwa seperti Jepun, Jerman, New Zealand dsb, prinsip arah matahari terbenam tidak boleh dijadikan panduan yg tepat kerana kedudukan matahari terbenam berubah sepanjang tahun bergantung kepada 4 musim. Waktu solat juga berubah secara ketara sebagai contoh di Sapporo, Jepun, solat subuh masuk pada pukul 1.40 pagi pada Musim Panas dan pada pukul 5:30 pagi pada Musim Sejuk. Bagi solat isyak pula pukul 9:30 malam pada Musim Panas dan 5:57 ptg pada Musim Sejuk.

Perkara yang penting dalam penentuan arah kiblat menggunakan sebarang jenis kompas termasuk gadget2 di atas ialah JAUHI DARI BAHAN LOGAM DAN PERALATAN ELEKTRONIK ketika penentukuran. Ini kerana kesan medan magnet dari logam dan arus elektrik pada alat elektronik akan memesongkan kompas anda.

Sekian Wallahua'alm

5 ulasan:

My Mind's Eye berkata...

macam tak percaya je bateri jam casio tu dah outdated/tak dijual lagi? boleh bgtau apa jenis/model number bateri tu? CR series ke...?

kadori-san berkata...

minta maaf, saya x tahu
m(_ _)m

Anonymous berkata...

kordinate dalam nilai "latitude" dan "longitude". "altitude" bermaksud ketinggian.

kadori-san berkata...

Anon,
terima kasih atas makluman.

Tip Solat Ketika Melancong – Shahrul Kadri Ayop berkata...

[…] 5️⃣Tip 5: Arah kiblat. Disinilah tatkala kemahiran geografi dipraktiskan 😛 Oleh sebab Jepun bermusim, maka tempat naik dan turun matahari amat berbeza setiap hari! ☀️Berbanding negara kita dekat dengan garis khatulistiwa, sekurang-kurang kita boleh anggar tempat terbenam matahari. Kiblat di Utara Jepun (Hokkaido) amat jauh berbeza dengan Selatan Jepun (Okinawa) relatif kepada tempat terbenam matahari. Jadi, kalau boleh dapatkan sejadah ada lekat kompas dan baca panduan kompas tu elok-elok. ATAU: siap2 update lokasi app solat anda setibanya di Jepun. Oleh sebab melancong, bateri cepat habis jadi kalau terlalu bergantung pada smartphone tanpa backup jadual solat yang dicetak (Tip 2), payah juga. Saya ada tulis mengenai kompas kiblat di sini-> http://www.kadri.my/2010/04/16/kompass-arah-kiblat/ […]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...