Sebelum saya ke Jepun, saya ada terbaca di media tentang kempen tidak memakai tali leher penjawat awam di Jepun. Apabila saya tiba di Jepun, saya lihat sendiri pak menteri berbahas di Parlimen dengan pakaian kasual. Tanpa suit formal. Alasannya, menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Apakah perkaitannya?
Apabila berpakaian formal, terutamanya suit bertali leher kita akan cenderung berasa panas disebabkan haba yang terhasil oleh badan terperangkap dalam ruang pakaian. Bila panas, pendingin hawa dibuka untuk menyamankan badan. Semakin banyak haba dikeluarkan oleh badan, semakin kuat penyaman hawa bekerja untuk menghasilkan udara sejuk. Jadi, lebih banyak kuasa elektrik diperlukan untuk operasi pendingin hawa. Bil elektrik pun akan melonjak. Adakah anda bersetuju dengan kempen ini? Bayangkan jika sejuta orang kakitangan awam di Malaysia melakukan kempen ini, agaknya berapa RMkah yang dapat dijimatkan?
Poster di atas adalah kempen berpakaian kasual bagi mengelakkan pemanasan global di Universiti tempat saya belajar kini, Hokkaido University. Tempohnya adalah dalam Musim Panas. Apa pula kaitannya pakaian kasual dan pemanasan global? Seperti yang dijelaskan di atas, lebih banyak kuasa elektrik diperlukan untuk penghawa dingin. Kuasa elektrik ini dihasilkan dari pelbagai sumber janakuasa elektrik. Penjanaan kuasa elektrik yang kurang cekap akan menghasilkan karbon dioksida dan pelbagai gas sampingan. Pendingin hawa juga menhasilkan karbon dioksida dalam operasinya. Gas-gas yang terhasil ini menyumbang kepada kesan rumah hijau, seterusnya berlakunya pemanasan global.
Jadi saya mencadangkan agar etika berpakaian yang di gariskan dalam pekeliling perkhidmatan awam terutamanya bagi golongan professional di longgarkan. Di tempat saya berkerja UPSI , pensyarah dan pelajar lelaki diwajibkan berlengan panjang dan bertali leher. Dapat dilihat pelajar berpeluh-peluh memasuki dewan kuliah akibat kedudukan dewan kuliah yang jauh dan kaedah berpakaian. Mungkin satu kajian pendek boleh dilakukan untuk mendapatkan kesan penjimatan elektrik sekiranya kempen seumpama ini dijalankan di UPSI. Mungkin cara ini dapat melonjakkan ranking UPSI di mata dunia. Hanya pendapat si kecil :)
2 ulasan:
Salam
Saya akan ke tokyo penghujung oktober ini utk kursus jangka pendek.Boleh kongsi pengalaman dari segi pakaian, makanan & perbelanjaan di sana?
Puan (maafkan saya kalau tersalah),
Tokyo dan Sapporo (tempat saya tinggal) berada pada latitud berbeza dan perbezaan suhu ketara antara kedua2 tempat ini. Namun begitu saya dpt katakan sekarang Tokyo dalam musim Luruh dengan suhu 18C dan ke atas. Berpakaianlah seperti di waktu pagi di Malaysia. Makanan tiada masalah kerana banyak restoran Muslim di sekitar Tokyo. Boleh tanya kawan2 muslim disana. Kalau susah cari makanan, makan sushi dan seafood byk di Supermarket. Tentang perbelanjaan, bergantung. Cuma living cost di Jepun 3 kali ganda dari Malaysia. Contoh kalau Ayam 1 kg di Malaysia RM6, disini RM18. Coke RM1 di sini RM3..semoga bermanfaat
Catat Ulasan