Selasa, 11 Januari 2011

Cita-cita

Iman bila besar nak jadi apa? Abi selalu usap-usap kepala Iman, sambil mengharapkan Iman jadi orang yang beriman. Bila ada keimanan, baharulah lahirnya perbuatan yang baik. insyaAllah.
 (Makan sushi, Iman paling suka makan tobikko atau telur ikan kecil2)

Abi tak kisah Iman tak jadi orang kaya raya. Abi tak kisah pun Iman tak belajar tinggi melangit. Janji Iman jadi orang berguna kepada masyarakat. Abi belajar sampai Phd yang belum habis lagi ini pun tak kaya2. Cuba senaraikan, ada tak 10 orang terkaya didunia yang ada PhD? Nak beli PhD pun boleh, tengok ni-->http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/01/meeska-mooska-mickey-mouse.html. Ramai betul penipu besar.


Dulu Abi bercita-cita nak jadi doktor. Tapi doktor haiwan atau veterinari. Abi suka binatang. Masa Abi tinggal bujang dengan Uncle Azmi, Abi bela kucing bernama Enot. Enot ada banyak anak, Candy, Ferdy dan lain-lain. Semua bagi orang kat orang. Abi dapat keputusan SPM bagus. Tapi English sahaja yang dapat C. Biologi Abi dapat A1 tau!. Abi mahu apply kursus Veterinar di UPM. Nenek tak bagi. Nenek kata nanti kena pegang-pegang babi.

Abi buntu. Abi tak tahu nak pilih apa. Kemudian keluar di suratkhabar artikel mengenai Sains Industri. Abi tertarik. Abi pun apply UTM sebab UTM masa itu tiada program matrikulasi. Terus masuk program Ijazah. Cepat habis. Abi ada juga teringin mahu jadi doktor perubatan. Tapi masa pengajian lama sangat sampai 6 tahun. Abi nak cepat habis, nak kerja cepat, nak tolong nenek. Tak mahu susahkan sapa-sapa lama sangat. Kalau x cukup duit selalu jugak Mak Long Juy sponsor. Motor senget yang Abi pakai pon dari Tok Cik. Kalau teringat masa belajar kat U dulu memang sedih juga. Pernah sampai nak pengsan sebab makan roti je seminggu, tapi sebab genetik badan bulat xde pulak Abi nampak kurus kering. Nak telefon nenek, segan pulak. Iman kena ingat, kalau kita berjaya, pasti ada orang di belakang yang berkorban. Kita jangan lupa diri.

Di tahun ke-2 UTM, dari Sains Industri, Abi kena buat pilihan samada Matematik Industri, Kimia Industri, Fizik Industri, Biologi Industri, Fizik Kesihatan dan Fizik Bahan. Abi minat sangat Kimia. Dari sekolah memang Abi skor Kimia berbanding Biologi dan Fizik. Tetapi Abi tengok ramai sangat pulak ambil kimia. Pelajar melayu tak ramai ambil Fizik. Jadi Abi rasa, baiklah Abi pilih Fizik Industri, konon-kononnya untuk meramaikan pelajar melayu dalam bidang Fizik. Walaupun tak berapa minat sangat, tapi Abi teruskan jugalah. Yang penting habis on-time dan kerja cepat. Alhamdulillah, habis on-time dan kerja sebagai tutor di UPSI.

Sekarang Abi sudah berada di Jepun bersama Ummi dan Iman. Dulu oleh sebab English Abi memang selalu dapat corot dan x pernah dapat A, Abi x pernah ada cita-cita mahu belajar di luar negara. Masa sekolah rendah, Abi masuk kelas pertama, subjek lain semua ok, English sahaja yang corot. Memang selalu kena rotan dengan cikgu sebab markah rendah. Orang lain dalam kelas tu semua pandai English.. Tapi itu dulu, walaupun sekarang Abi xdelah terer mana English, tapi Abi juga tahu Nihongo (pun x berapa terer juga). Walaupun Abi tak dapat jadi Doktor Veterinar atau Doktor Perubatan, Abi akan usaha sehingga dapat Doktor Falsafah.
Cita-cita kadangkala tak dapat dicapai. Tetapi yang penting kita usaha dan tidak putus asa. Mungkin kita kena ubah cita-cita ikut situasi. Iman cita-cita nak jadi apa?

18 ulasan:

Anonymous berkata...

huhu..cmne abg kadri leh terer english skang?
bagi tips sket..hehe

kadori-san berkata...

Ano,

x nak jwb soalan Anonymous..heheheh

Anonymous berkata...

hahaha..
マイラでございます~^^

kadori-san berkata...

マイラちゃんですか。
英語能力だったらマイラちゃんのほうがtererだと信じる。
恥ずかしい私。。(^^;)

マイラ berkata...

ははは。。:DD
私の英語能力はまだまだだから、教えてほしいの。。
恥ずかしがらないで教えてください~
よろしくお願いします。。カドリ先生!

My MAA berkata...

InsyaAllah Yumiko jadi anak yg beriman....
betul tu, kejayaan yg digapai bukannye dtg dari diri sendiri sahaja....pengorbanan dan doa dr insan2 yg tersayang...

kadori-san berkata...

マイラちゃんへ
ポイントはこれからご主人と一週間の一日に英語で話しないと。そして、ルビちゃんのようなブロッグを書いたり英語の歌を聴いたり。。(^O^☆♪

My MAA,
kejayaan kita adalah kejayaan bersama
Remember ha... I guarantee U, U guarantee me hokey
Hehe

マイラ berkata...

頑張ってみます!(^^)//
教えてくださってありがとうございます~

kadori-san berkata...

マイラ先生も
日本語が上手になるポイントは教えてほしい
うらやましい

Anonymous berkata...

Aku dulutakada cita3...nak jadi apa pun jadilah ku terima semua ketentuan ilahi....semua ku serahkan kepada takdirnya......

Anonymous berkata...

sedih la kisah ko kad. Tp ko dah berjaya dah. Alhamdulillah

ur fren..

kadori-san berkata...

Anon1:
usaha dulu baru tawakkal

Anon2 @ my unknown fren,
sedih ke? biasa jerk.. org mesken mmg x byk pilihan..hehe

Anonymous berkata...

hai .. boleh tahu tak matematik industri camne? nnti kerja kt kilang ea?

kadori-san berkata...

Hai.. kawan2 sy ramai math industri yg keje industri, guru n pensyarah univ n ada juga yg membina perniagaan sendiri

Anonymous berkata...

salam. nak tanye bolee. hee.
physics industry ade design2 tak? mcm engineering drawing tu. and ape peluang kerjaya after grad?

kadori-san berkata...

Saya x jawab soalan org/makhluk x dikenali

naqib berkata...

salam. saya nak tanya pasal kursus fizik industri ni. lepas kita grad kita kerja di bidang macam mana sebenarnya ya? saya masih tidak faham. terima kasih.

kadori-san berkata...

Naqib,
Kerja di industrilah.
Kadang-kadang ada jenis industri yang tak perlukan jurutera tetapi saintis contohnya industri semikonduktor, yang berkaitan nuklear.
Belajar apa2 pun x menjanjikan kerja, yang penting jati diri yang dipupuk semasa pembelajaran di U.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...