Khamis, 28 Januari 2016

Viva Pelajar Sarjana Fizik

Alhamdulillah pelajar saya Sugeng Riyanto melepasi viva tesis Sarjana Sains (Fizik) bertajuk "Microrheological Measurement of Cellulose Solution Using Single Particle Tracking.

Sugeng datang ke UPSI untuk memulakan pengajian pada September 2013 dan hantar tesisnya pada Ogos 2014.

Viva beliau semalam pada Januari 2016 dan lulus dengan pembetulan yang wajib diselesaikan dalam masa 6 bulan.


Menyelia beliau sebagai pelajar antarabangsa walaupun serumpun memberi pengalaman baharu dan mencabar bagi saya, lebih-lebih lagi sebagai pelajar antarabangsa pertama saya.

Pelbagai prosedur wajib dipatuhi.

Perbezaan komunikasi juga ketara walaupun berjiran, terdapat terma saintifik yang berbeza dan laras bahasa yang tak sama.

Semua ini mematangkan diri saya.

Semoga Sugeng sukses di masa hadapannya.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...