Khamis, 4 Februari 2016

Tukar Pad Brek Exora

Lepas waktu kerja terus pergi ke kedai tayar.

Exora berbunyi tayar belakang bila membrek.

Saya jangka pad brek sudah haus.

20160204 pad brek

Sejak beli Feb 2012 tak pernah bertukar.

Yang depan pernah ditukar tahun 2014.

Minggu lepas mekanik kedai yang sama sudah pandu uji, tiada bunyi dan pad nampak ok katanya.

Baliklah sebab katanya tiada apa-apa.

Kemudian, makin lama makin kuat bunyi geselnya.

Tu yang tadi pergi cek semula.

Mekanik lain, pandu uji dan dapat rasa gesel brek lain macam dan bunyi kuat.

Kena buka tayar dulu untuk tahu.

Bila buka tengok pad brek dah haus, tinggal besi.

Ayo!

Tukar pad dua-dua tayar belakang.

Kena RM120 all-in tak termasuk GST (kena tambah RM7.20), pad jenama Bosch.

Lepas tukar lega rasa hati nak balik kampung hujung minggu ini sempena tahun baru Cina.

Brek kembali beraksi!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...