Ahad, 27 Mac 2016

Muzium Bugis, Pontian, Johor

Hari ini baru berkesempatan ke Muzium Johor.

Balik kampung isteri di Pontian, akan terlihat papan tanda coklat ke Muzium Bugis, dari susur keluar Simpang Renggam sampai la ke bandar Pontian Kechil.

Tapi tak pernah pun pergi.

Orang umah walaupun anak jati situ pun tak pernah jejak. Haish!

Muzium Bugis ini terletak 8 km dari simpang empat bandar Pontian arah ke Kukup.

Ia terletak di Taman Rekreasi Sg. Rambah.


Gambar Kompleks Muzium Bugis, belakangnya adalah kawasan lepak-lepak mengadap pantai Selat Melaka.

Kawasan rekreasi ini sendiri sangat bagus untuk santai dengan keluarga sambil mengadap laut.

Ada menara tinjau dan gerai makan-makan, juga taman permainan.

Kawasannya terjaga.

Yang best, percuma!

Untuk Muzium, hulur-hulurlah seikhlasnya dalam tabung di pintunya.

Muzium ini dijaga sendiri oleh Pakcik Abdullah.


Orangnya ramah.

Dari segi tuturnya, seorang yang benar-benar minat akan sejarah Bugis dan tak penat bercerita.

Dalam muzium ini terpamer pelbagai koleksi warisan Bugis seperti senjata, alat masak, barangan kemas, pakaian, rekod salasilah keturunan.

Selain itu, terdapat koleksi sejarah Malaysia seperti keratan surat khabar isu Natrah, kemerdekaan dan duit lama.

Gambar sebahagian koleksi.


Gambar keratan Utusan Kanak-kanak yang menarik perhatian saya.


Gambar jadual aksara lontara yang menjadi skrip bahasa Bugis klasik.
Muzium ini memang bagus untuk anak-anak sekolah menengah untuk mempelajari dan menghargai subjek sejarah.

Kalau saya sorang-sorang memang lama saya belek-belek koleksi yang ada atas dasar ingin tahu.

Tetapi bila anak-anak dah terkejar sana-sini dalam muzium, cau lah..

Sementara pakcik Abdullah, sebagai pengasas muzium masih ada, saya sarankan anak-anak Bugis semua melawat dan kenali asal usul anda.

Saya ini Bugis celup-celup aja.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...