Isnin, 16 Mei 2016

Autism: Kenali Anak Anda

Semalam saya terserempak sahabat lama di sebuah restoran.
Kami berbual banyak perkara, maklumlah sudah lebih 10 tahun tidak ketemu.
Sampai perkara ke bahagian anak-anak, alhamdulillah masing-masing sudah beranak 3.
Anaknya ke-2 telah disahkan autism.
Dia tunjukkan kad OKUnya.
Ada ibubapa tidak selesa untuk secara terbuka menceritakan anak autism.
Syabas buat sahabat saya ini.
Saya pun tidak begitu tahu apa autism, cuba melalui pembacaan autism ini merupakan sindrom mental yang memberi kesan kepada komunikasi, dan menunjukkan tingkahlaku berulang.
Autism ini ada peringkat, yang ringan sehingga yang teruk.
Autism tidak boleh dirawat, cuma  boleh dididik agar apat menguruskan diri.
Terdapat si autism yang menunjukkan bakat luar biasa dalam sesuatu bidang seperti lukisan, matematik dan hafazan.

20160515

Orang kata, kalau dah kena pada kita, baru kita peduli.
Kami perhatikan anak ke-2 saya, Hiro pada umur 4 tahun tidak berkomunikasi macam kawan sebayanya yang sudah petah bercerita.
Jadi kami sudah bersangka kemungkinan Hiro ada masalah.
Sebagai ibubapa, kita sendiri yang mesti ambil peduli masalah anak.
Kami ada ajukan pertanyaan pada guru tadikanya dan rakan2.
Semuanya kata normal, nanti2 eloklah tu, bagi contoh yang dikenali elok nanti bila masuk sekolah.
Kami juga perhatikan tulisannya terbalik-terbalik, macam ada ciri-ciri disleksia. (mujur saya ada pengetahuan berkenaan masalah pembelajaran kanak-kanak)
Setelah membuat pembacaan sendiri, kami putuskan untuk buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Tg Malim.
Disitu ada satu unit yang mengendalikan ujian dan terapi untuk psikoterapi.
Setelah beberapa kali ujian, kata doktor berkemungkinan Autisme ringan.
Ujian selanjutnya mendapati beliau tiada masalah mental, cuma penutur lewat.
Jadi Hiro tidak layak berstatus OKU.
Kurang keyakinan bertutur.
Jadi perlu dilatih bertutur.
Oleh sebab kami tahu Hiro sebegitu, maka kita perlu lebih fokus tentang masalahnya.
Bukan asyik nak marah-marah pada dia yang bermasalah begitu.
Tidak dapat dinafikan, kadang-kadang naik hangin juga kalau kita cakap dia buat tak tahu atau tak berjawab.
Oleh sebab dia susah hendak berkomunikasi, dia ini agak baran.
Tak dapat nak ekspresi diri dengan perkataan, jadi dia ekspresi dengan perbuatan.
Dicampak, ditendang benda2 yang berdekatan dengannya.

Apapun, jika beliau ada masalah pembelajaran, kami sedia membantu beliau dalam menyediakan pendidikan intervensi.

Saya sarankan ibubapa yang syak anak mereka bermasalah dalam mengenal nombor, membaca dan berkomunikasi, lekaslah membuat ujian saringan.
Berikan intervensi bersesuaian sebelum melangkah masuk ke sekolah rendah.
Masalah seperti Autisme dan disleksia atau lain-lain akan mendapatkan kemudahan kad OKU dan pendidikan khas untuk mereka.

Janganlah aniaya mereka dengan memasukkan mereka dalam kelas biasa.
Mereka perlu dibimbing agar tidak disalah anggap bebal, bengap padahal mereka hanyalah berkeperluan khas.
Sekarang ada sekolah-sekolah yang menawarkan pendidikan khas untuk pelajar berkeperluan khas.
Sekolah pendidikan khas ini tidak semestinya untuk orang buta, pekak atau masalah fizikal, tetapi untuk orang masalah mental seperti autism.
Cara mereka belajar berbeza dengan orang biasa dan dapat dipupuk jika dididik dengan cara yang betul.
Ada yang bergitu cemerlang seperti Mozart & Einstein!
Jangan pula samakan masalah mental dengan gila.
Orang normal pun boleh jadi gila.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...