Anak2 suka sangat udon.
Kalau makan kedai mahu dekat RM10 semangkuk, cenonet pula isinya.
Saya kongsikan cara masak udon segera. Segera ok. Bukan nak buat udon tu.
Bahan
1- udon kering
2- serbuk udon
3- air
Tu jer.. Haha.. Tapi mana nak dapat benda2 ni?
Ini sahaja bahannya
Dua2 benda ni saya beli di Daiso Cheras Leisure Mall. Udon RM5.30, serbuk sup RM5.30. Tapi tak semua Daiso ada jual, contoh Daiso AEON Rawang xde pun bende ni. Selain Daiso ada juga jual di pasar raya AEON, tapi jenama lain. Pernah beli juga di Giant, tapi hapak..huhu. Cap Halal? Memang xde, iAllah dari ramuan yang tertulis untuk jenis yang dalam gambar kat atas ni xde benda2 meragukan dalam tu. Udon ni dari tepung gandum, sup dia dari ekstrak ikan.
Dalam satu paket udon ni ada 4 ikat mee so boleh buat 4 sajian.
Dalam satu paket serbuk sup dia ada 8 paket, boleh buat 8 sajian.
Untuk famili saya 2 gedabak & 3 kenit, memang cukup satu paket udon.. Kos semua baru RM10.60, jimat uolzzz. Kalau kat kedai mahu RM50
Cara sediakan udon
Proses sediakan udon
1- Didihkan air
2-Rebus mee sehingga lembut, dalam 10 minit macam tu.
3-Tos mee, masukkan dalam air sejuk. Air sejuk k, bukan air suhu bilik.
Proses ini akan hilangkan kanji yang melekat-lekat pada mee. Mee akan kelihatan licin dan tulus gitew.
4- Tos mee, dah siap di makan. Di Jepun memang ada udon yang di makan panas atau sejuk. Kalau yang sejuk gaya makan dia celup2 dengan sup sejuk juga. Kalau yang panas, udonnya berenang dalam sup panas.
Cara sediakan sup udon
1- Koyakkan paket serbuk masukkan dalam mangkuk.
2- Bancuh dengan air panas.
3- Adjust kepekatan sup yang dikehendaki. Dah siap supnya!
[
Teruja dapat udon
3 ulasan:
xde isi² haiwan ke sayur² ke?
Udon basic memang ni je.. Kalu nak aksesori tambahan letaklah macam tempura sayur/udang.
Nak buat inovasi taruk la serunding ke rendang ke.. Kui kui
Udon jenis ini termasuk langka, dibuat dengan cara menarik-narik adonan dan melipatnya berkali-kali dengan menggunakan dua batang kayu atau sumpit panjang.
Catat Ulasan