Isnin, 17 Julai 2017

Cara daftar Portal MyASNB

Yang ada akaun PNB tu, sudah daftar portal MyASNB?

 

Apa manfaatnya?

Tanpa hadir ke cawangan/ejen,

1- anda boleh periksa baki semasa.

2- mencetak penyata transaksi. (lepas ini tak guna buku dah)

3- membuat pelaburan tambahan melalui FPX.

**Portal tidak menawarkan khidmat pengeluaran atau pindahan keluar.

 

Macam mana nak daftar?

Saya bahagikan proses pendaftaran sehingga lengkap kepada 5 Proses, iaitu

Proses A: Kemaskini akaun

Proses B: Daftar portal MyASNB

Proses C: Log Masuk Kali Pertama

Proses D: Pengesahan Email

Proses E: Nagivasi Portal

 

Kenapa banyak sangat proses?

Kebanyakan web/blog hanya jelaskan sehinggga proses C. Saya akan bagitahu sehingga habis. Dalam promo pun tulis "Langkah Mudah", tapi teknikal sangat. Ini untuk menjamin keselamatan pelabur. Setiap langkah penting akan memerlukan no TAC melalui SMS.

Jom kita mulakan.

Proses A : Kemaskini akaun

Benda yang diperlukan:

  1.  MyKad dan 2 salinan

  2.  Buku akaun


Langkah-langkahnya:

A1- Pergi ke mana-mana cawangan/ejen PNB. Saya pergi ke Maybank.

A2- Beritahu petugas, anda ingin daftar Portal MyASNB.

A3- Petugas akan bagi borang kemaskini akaun. Penting untuk kemas kini nombor telefon bimbit untuk penghantaran nombor TAC kelak.

A4- Anda akan dapat nombor akaun baharu 12 digit.

A5- Selesai

Proses B : Daftar portal MyASNB

Benda yang diperlukan:



  1. Komputer berinternet *Saya sarankan pendaftaran dilakukan pada komputer berbanding tablet atau telefon untuk mengelakkan kekeliruan dalam proses mengisi maklumat.

  2. Telefon bimbit yang aktif

  3. Nombor akaun baharu

  4. Pen & kertas


Langkah-langkahnya:

 

B1- Layari https://www.myasnb.com.my/

B2- Klik "Mari daftar Portal MyASN Sekarang"



B3- "TERUSKAN" dan "SETUJU"





B4- Isikan "Maklumat pemegang unit"



B5- Buat permintaan TAC melalui isi dalam "Pengesahan melalui pesanan ringkas/SMS." *Pada hari saya kemaskini akaun, ruangan ini masih nyahaktif. Sehari kemudian baru aktif dan saya boleh teruskan proses pendaftaran.



B6- Isikan "Maklumat peribadi pemegang unit". Pastikan emel anda betul untuk proses pengesahan berikutnya.



B7- Maklumat Akaun Portal



ID pengguna : Cipta ID pengguna sendiri

Frasa Rahsia : Cipta Frasa anda sendiri. Frasa ini akan terpapar setiap kali anda login portal kelak. Jika Frasa lain yang terpapar, jangan login.

Soalan Keselamatan : Soalan-soalan ini ditanya oleh sistem sekiranya anda terlupa kata laluan kelak.

B8- Pendaftaran Berjaya. Catatkan Kata Laluan Sementara anda. Cetak atau screenshot skrin untuk sebagai backup. Klik "TUTUP"



Proses C: Log Masuk Kali Pertama

C1- Pergi semula ke laman utama portal. Klik "Log Masuk Kali Pertama"

Masukkan "ID Pengguna". Klik "TERUSKAN"



C2- Frasa yang anda cipta di langkah B7 akan terpapar. Sekira salah, jangan teruskan.

Jika betul, masukkan Kata Laluan Sementara yang diperoleh dalam langkah B8.Klik "TERUSKAN"



C3 - Kemaskini Kata Laluan. *Pastikan kata laluan anda memenuhi 4 kriteria yang tertera.



C4- Tahniah anda berjaya. "Log masuk ke portal".



Proses D : Pengesahan Email.

1- Periksa inbox email anda. Klik "Verify Email"



2- PASTIKAN ANDA DI BAWA KE PORTAL MYASNB YANG SAH DENGAN MEMERIKSA RUANG ALAMAT URL PELAYAN IALAH https://www.myasnb.com.my/. Log in menggunakan ID dan Kata Laluan baharu anda.



3- Pendaftaran Selesai.



Proses E : Navigasi Portal

Ambil masa anda untuk navigasi fungsi

E1- periksa baki semasa.

E2- membuat pelaburan tambahan. Hanya pada waktu yang tertera sahaja.



E3- kemaskini maklumat-maklumat lain.

E4- Buat masa ini, pengeluaran hendaklah dilakukan di cawangan/ejen

BERJAYA!!!


Semoga bermanfaat.

*setengah jam juga saya habiskan masa untuk lengkapkan, fuh!

2 ulasan:

Sabrin bin guntor berkata...

ASNB

Sabrin bin guntor berkata...

MYASNB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...