Sabtu, 26 Ogos 2017

Percutian Keluarga Pandu Bebas Musim Panas Hokkaido, Jepun :Perbelanjaan Asas

☀️☀️☀️☀️

Saya kongsikan untuk panduan semua dan rujukan diri saya sendiri utk masa depan.

Mendarat tiba di Jepun 9 pagi 20/8/17 (Ahad)
Berlepas pulang dari Jepun 11 pagi 26/8/17 (Sabtu)

Keluarga 5 orang= 2 dewasa + 3 anak (9, 6 & 3 tahun)

Salah satu ladang bunga di Biei, kira-kira 130 km dari Sapporo

**KOS ASAS**
A✈️Penerbangan: RM4,374.50
BPenginapan: RM1,293.00
CSewa Kereta + Hokkaido Expressway Pass: RM1,521.00 (JPY39,000)
DPermit Memandu Antarabangsa: RM165.00
EParkir Kereta @ Salak Tinggi Park & Ride: RM59.00
FKLIA Transit return @ Salak Tinggi: RM32.80
G Insurans Kembara: RM138.00
H Sewa Samurai WiFi: RM105.00

TOTAL: RM7,698.30

JPY100 = RM3.90 (tukaran semasa)

✈️A**PENERBANGAN**
Saya mula survey harga dari hujung 2016. Lepas diskus suami isteri, dan kena pula harga promosi, saya dapat Thai Airways, all-in, iaitu ada panel hiburan, sajian makanan dan bagasi 30kg setiap orang.
Jadi tak perlu risau anak bosan dalam pesawat sbb ada panel hiburan, atau lapar/haus sebab memang dia serve.



KLIA->Bangkok->New Chitose
Masa transfer pun hanya sejam sahaja di Suvarnabhumi Airport, Bangkok.

Pecahan harga tiket.
Dewasa: RM1,026.10x2 = RM2,052.20
Kanak2: RM774.10x3= MYR2,322.30
SUBTOTAL = RM4,374.50

Harga ini dah termasuk cukai, tiada kos tambahan lagi.
Pastikan masa tempah, pesan sajian halal.

Masa saya tempah ada juga promosi penerbangan AirAsia terus KLIA-New Chitose, tapi bila banyak sangat kena add-on, last2 lagi mahal daripada Thai Airways. Lagi pun saya kematu dok lama-lama dalam pesawat. Oklah tu transfer sekali untuk stretch badan. Pandai-pandailah cari ya.

B**PENGINAPAN**
Sejurus beli tiket, terus survey penginapan. Tempah online guna Airbnb. Oleh sebab sewa kereta, pastikan penginapan ada tempat parkir. Sebab kat Jepun ni tak boleh parkir sebarang karang kena saman. Biasanya ada caj pembersihan, bergantung kepada hos. Apartmen yang saya pilih ni memang terbaik. Parking depan apartment, masuk pintu utama terus rumah di Aras Bawah. 7-Eleven & Famili Mart pun tak sampai 3 minit jalan. Pasar raya pun dekat. Apartment lengkap semua ada, mesin basuh, dapur, mikrowave, mesin basuh. Puas hati sangat.

C**SEWA KERETA**
Hokkaido ini luas memang seronok kalau memandu, kalau sekadar berjalan di kawasan Sapporo naik Subway sahaja. Untuk memandu, kena tunjukkan lesen memandu Malaysia, passpot dan permit memandu antarabangsa (International Driving Permit-IDP), boleh mohon di JPJ nanti saya jelaskan.

Saya gunakan http://www.otsinternational.jp/otsrentacar/en/hokkaido/.

Driver side sama dengan Malaysia. Cuma bila kita membelok, jangan main cilok macam slalu buat ya. Biasanya lampu isyarat membelok takde di simpang. Bila lampu hijau, kereta dari depan pun sama jalan, kita kena tengok kereta depan clear, dan tiada pejalan kaki melintas. Baru perlahan-lahan masuk simpang. Sebabnya, lampu isyarat untuk kereta dan lampu pejalan kaki simpang yang kita nak belok tu sama-sama hijau.Memang kena perlahan-lahan, kalau main cilok kena tiba-tiba ada basikal melintas, habis la ko nak... Peraturan semua akan dijelaska syarikat bila kita nak ambil kereta.

Banyak syarikat lain, tapi saya terjumpa promosi syarikat ini. Jangan buat hal macam di Malaysia main sumbat ja berapa ramai dalam satu kereta. Masa tempah, ada diberitahu muatan penumpang. Kereta plat kuning hanya boleh naik maksimum 4 orang sahaja. Kalau bawa budak 6 tahun ke bawah, wajib pasang child seat, kena buat pesanan siap-siap masa tempah tu.

Biasanya insurans wajib ambil sekurang-kurangnya basic package masa buat tempahan. Untuk cover kemalangan tak dijangka atau sebagainya.

Lebuh raya & jalan kat jepun ni had laju dia memang perlahan. Contoh Sapporo ke Otaru, walaupun naik lebuhraya maksimum laju 80 km/j. walaupun dekat 30 km sahaja, kalau dah perlahan lambat la sampainya. Kalau ikut jalan biasa lagi lambat sebab banyak lampu isyarat. Kalau nak jimat masa perjalanan kawasan tengah Hokkaido baik pakai pass Hokkaido Express Pass (http://www.driveplaza.com/t…/drawari/hokkaido_expass/en.html). Boleh add-on masa buat tempahan. Dia konsep macam touch & go, unlimited use. Berbaloi sangat. Lagi banyak hari kita beli pakejnya, lagi murah kalau kita puratakan kos per hari.

Kalau menyewa waktu winter (Nov~Mac), pastikan add-on tayar winter. Jalan berais dan merbahaya sangat.

[caption id="attachment_666" align="alignnone" width="300"]

Kereta sewa kami. Kereta kotak memang popular di Jepun. Pintu belakang jenis sliding.

D**PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA**
Yang ini saya dah tulis dalam web. Kena mohon sebelum berlepas ya! --> IDP

E**PARKIR @ SALAK TINGGI**
Ini kali pertama saya parkir di sini. Sebelum ini selalu parkir di Putraya Park & Ride. Kadar dia RM3 sehari, RM5 overnight. Jadi, kereta saya bersiang 8 hari dan bermalam 7 hari total RM59.

F**KLIA TRANSIT**
Kalau saya park di putrajaya mahal la sikit KLIA Transitnya untuk berlima. Dengan ambil kira masa perjalanan dan kos tiket, saya pilih Salak Tinggi. Beli siap-siap return tiket, takdelah kalut bila balik nanti.

G**INSURANS KEMBARA**
Huiii..penting woi. Kena mungkin terbaca kemalangan di luar negara waktu bercuti tak dapat cover kos perubatan. Beg hilang. Kapal terbang lewat. Saya beli di AIG Travel Guard (https://mvp.travelguard.com/), RM138 untuk satu famili. Untuk ketenangan jiwa, ambillah. Kita tak tahu apa jadi. Insurans ni akan cover medical expenses, baggage delay, flight delay, travel document loss, macam2 lah.

H**WIFI**
Hui penting ni, walaupun di apartment sudah ada wifi tapi bila kita kembara ke kawasan luar bandar biar ada bekalan internet. Sesat karang.. nak layan FB & Whatsappa lagi kan..
Siap2 tempah online dan ambil sebelum berlepas di KLIA.
Saya ambil yang ni -> Samurai WIFI

Hanya RM105 sepanjang berada di Jepun, boleh share up to 10 devices. Harga ikut bilangan hari kita guna.

I**KOS LAIN-LAIN**
Bab makan, minum dan tiket masuk semua bergantung kepada bajet sendiri. Kalau nak bawa makanan sendiri pun ok, masak pun ok sbb ada dapur di apartment. Ikutlah...Masa saya pergi ini, minyak petrol kira2 RM5/liter (JPY130/liter). Harga berubah ikut hari dan ikut stesyen minyak.

☀️J**WAKTU BERCUTI**
Suasana Hokkaido ni setiap bulan berubah. Buah, bunga, qmakanan, pokok, fesyen semuanya ikut perubahan musim. Walau pun musim panas, siang suhu tak mencapai 30 darjah Celcius pun. Malam pun kurang 20 darjah Celcius. Terik tapi dingin, best! Jadi cek dulu kalendar bunga buah etc di web. Jangan lah ingat sepanjang tahun ada sakura, salji, strawberi ye.

Saya belanja beberapa gambar. Gambar2 lain saya kongsi untuk entri2 akan datang (kalau rajin )

 Shirogane Blue Pond, Biei.

Ladang bunga matahari terluas di Jepun, Hokuryu.

Ladang buah pic, Yoichi, ke barat Sapporo.


SELAMAT BERLIBUR!!
#TipKembaraKadri


3 ulasan:

sharmien berkata...

boleh kongsi tips bawa famili i.e anak2 macam mana, ok ke sepanjang trip, harga tix tu murah benar!

nadiah berkata...

Waktu panas terik tak..mcm malaysia ke panas dia

kadrimy berkata...

Bulan 8 kalau siang macam Malaysia waktu pagi, maksimum dalam 32C. Tapi malam dingin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...