Hari ini aku ke Kutchan, bandar kecil di Selatan Sapporo.
Walaupun berpuasa, bukan halangan.
Lagipun, berjalan-jalan terapi..hehe
Tujuannya hanya satu, menikmat Shibazakura (Pink Moss) di sebuah taman persendirian iaitu Mishima-san's Shibazakura ( 三島さんちの芝桜) yang terletak kira-kira 1km dari Stesyen Kereta Api Kutchan.
Boleh taip "shibazakura kutchan" untuk info-info yang orang lain tulis pasal tempat ni.
Ada lagi dua lagi spot kawasan shibazakura ni yang lebih luas giler iaitu di Takinoue dan Higashimokoto (terbesar di Jepun), kedua-duanya di utara Sapporo.
Dua-dua tempat aku dah pergi, tinggal yang Kutchan ni saja belum.
Tetapi aku naik Bas Chuo (Niseko Line) dari Terminal Bas Sapporo Mae (Platform 1) terus ke perhentian bas berdekatan Kutchan Jyujigai (倶知安十字街) ambil masa 2 jam setengah.
Harga tiket pergi balik JPY3,350 boleh beli dalam bas, jimat JPY350 daripada beli asing-asing.
Tiketnya comel bebenor, jangan lah terhilangkan.
Kalau naik tren kena tukar stesyen di Otaru, malaslah..baik ambil bas, tidur atau nikmati permandangan luar.
Yang bagusnya bas ni sediakan plug untuk caj henfon (soket warna putih dalam gambar).
Ni rasanya rumah pemilik taman.
Bila dia dah pencen, luangkan masa bercucuk tanam bunga-bungaan ini.
Setiap tahun makin meluas kawasan tanamannya.
Ha! Cantik kan? kan?
Patutnya nampak Gunung Yotei, adik beradik Gunung Fuji kat belakang tu, tapi diselimuti awan pula.
Tiada rezeki.
Parit pun cantik kan? Jernih airnya, datangnya dari mata air bukit yang mengalir.
Ada anjing palsu di situ.
Kecil saja bunganya.
Ini bunga canola, yang buat minyak sayuran tu..
Sampah jangan merata-rata, pandai buat sampah, pi bawak balik sendiri.
Waktu sesuai untuk melawat ialah minggu terakhir Mei dan minggu pertama Jun.
Alhamdulillah sempat datang, rasanya minggu depan gondol semua.
Yang ada ni pun dah mula kecut-kecut bunganya.
Kutchan ni pekan yang terkenal untuk ski musim sejuk sebenarnya.
Jadi, selain ke taman ini bolehlah luangkan masa ke kedai-kedai cenderamata berdekatan Stesyen Kutchan.
Jadual bas dan tren tak banyak dalam sehari.
Jadi kena betul-betul rancang jangan sampai terlepas bas/tren.
Aku bertolak dari Sapporo 8:30 pagi sampai Kutchan 11:00 pagi.
Jalan kaki dalam 20 minit berlenggang2 ke taman, tak rasa penat sebab suhu dingin sekitar 17 Celcius.
Bertolak pulang 14:00 sampai Sapporo 16:30.
Semoga bermanfaat.
Pautan berguna:
http://teikan.chuo-bus.co.jp
https://good-hokkaido.info/en/mishima-private-garden-kucchan/
Akhir sekali, pesanan hari raya untuk peminat2 di luar sana..haha
#HidupDiSapporo
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=pSBwLKJoxfc[/embedyt]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan