Oleh kerana 4 Januari adalah Ahad, maka ramai yang terus bercuti seminggu,
Premis-premis perniagaan banyak yang tutup pada 31/12 dan 1/1.
Jadi, waktu ini adalah paling tak sesuai untuk berlibur di Jepun.
Semalam aku ke Tanukikoji untuk beli stok makanan di Gyoumu dan Jupiter di Odori.
Ini video aku buat sunting sikit guna iMovie untuk sesiapa yang nak ke Sapporo yang cari ramuan untuk masak-masak.
Yang cari penginapan ala-ala homestay boleh cuba Airbnb.
Sejak kelmarin dijangka ribu salji.
Memang cepatlah naik ketinggian salji.
Salji Hokkaido memang terbaik sebab macam tepung.
Tempat lain diselatan macam air batu campur, kasar-kasar.
Laluan ke rumah aku, sudah membentuk parit. |
Halus dan senang barai. Susah nak buat orang salji sebenarnya. |
Kawasan kejiranan, tak nampak jalan sudah. |
Antara aktiviti yang aku buat
- tambah share button (rupa-rupanya senang saja tak perlukan third party widget, hanya pergi pada layout> Main Post> Enable share post)
- tambah widget "Entri Berkaitan" guna http://www.linkwithin.com, tak perlu daftar dan percuma.
- tambah widget "Entri Popular" guna widget sedia ada dalam blogger.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan