Khamis lepas aku buat pindahan wang ke Malaysia.
Pindah dari akaun bank Jepun aku ke akaun Maybank aku kat Malaysia.
Ini kali ke-7 aku guna TransferWise.
Ada cara lain, contohnya melalui bank dan postbank.
Tapi aku malas nak isi-isi borang dan pergi ke sana.
Tambahan pula aku tengok cas servis TransferWise ok.
Kita boleh trek proses.
Transaksi pertama aku cuba dengan JPY10,000.
Yelah..takut scam ke kan.
Lepas sudah faham caranya, baru aku berani transfer banyak.
Macam mana nak guna TransferWise?
1- Daftar boleh melalui web atau pasang app, ada dalam iOS dan Android.
2- Lepas daftar, TransferWise akan hantar surat pengesahan ke alamat yang kita daftar dalam website dia. Tak sampai seminggu.
3- Boleh mula pindah.
Pengalaman aku untuk pindahan kali pertama, ambil masa tiga hari.
Kali ke-2 dan berikutnya, sehari boleh sampai.
Contoh, Jumaat lepas aku pindah pagi, petang dah masuk Maybank.
Rekod transaksi |
Kita boleh dapatkan tukaran harian dan caj yang dikenakan. |
Kita boleh set siap-siap akaun Malaysia dalam app kita, senang kalau selalu buat transaksi. |
Kena pilih "reason" pindahan. |
Sebab mesin atm ada kat tempat institut aku kerja.
Mulakan transaksi di app.
Pindahan bank kat mesin atm.
Kemudian cek progress dari masa ke semasa dalam app.
Transfer Money from Japan to Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan