Isnin, 10 Jun 2019

eCCRIS

Hari ini ambil cuti sebab sekolah pun masih bercuti pertengahan tahun.
Alang-alang uruskan pelbagai perkara termasuk daftar eCCRIS.

CCRIS itu apa?
CCRIS ialah Central Credit Reference Information System oleh Bank Negara Malaysia.
Laporan CCRIS membolehkan kita semak senarai fasiliti bank yang kita guna seperti pinjaman peribadi, pinjaman rumah, kad kredit dan sebagainya.
Kita boleh cek status pembayaran 12 bulan ke belakang.
Bank akan tengok sejarah pembayaran kita melalui CCRIS utk tengok kelayakan kita.
Kalau rekod bersih, sukalah bank nak bagi fasiliti mereka.
eCCRIS pula portal online untuk kita akses sendiri laporan secara percuma.
Sebelum ini, kita kena ke BNM atau cawangan untuk cetak laporan ini.
Tapi sekarang boleh muat turun percuma dari eCCRIS.
Cuma, untuk langkah pertama, kena daftar dulu di BNM atau cawangan.
Aku pergi ke BNM KL, sebab ada urusan lain di Jalan Ipoh.
Parking RM1 je untuk 30 minit pertama.
Urusan mudah sahaja, daftar di Kiosk.


Tadi aku ada masalah sebab mesin tak dapat kesan MyKad aku.
Nasib baik bawa pemadam pensel.
Aku tonyoh2 pada cip MyKad.
Alhamdulillah boleh kesan.
Imbas cap jari, pilih daftar eCCRIS dan masukkan nombor telefon.
Terus dapat nombor pin ke telefon kita.
Aku pun terus lah masuk ke portal eCCRIS.
Login Kali Pertama.
Muat turun laporan dalam bentuk pdf.
Selesai.. 
Lepas ini bolehlah cek laporan kewangan dari semasa ke semasa.
Mana tahu ada orang gunakan nama kita buat pinjaman kan.. boleh lapor segera ke BNM.

Video ringkas tentang eCCRIS dari BNM-->


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...