Rabu, 25 Mac 2020

Google Online Tools Percuma

Google Online Tools Percuma untuk dimanfaatkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Saya rasa ramai ada sekurang-kurangnya satu akaun Gmail.
Tahukan anda, selain e-mail dan akses Play Store, anda boleh manfaatkan pelbagai online tools percuma Google dengan akaun yang sama?
💡perbincangan video --> Google Hangout (https://hangouts.google.com/)
💡nak buat website --> Google Sites (https://sites.google.com/)
💡nak uruskan kelas/kuliah --> Google Classrooms (https://classroom.google.com/)
💡nak buat survey, ujian --> Google Forms (https://docs.google.com/forms/)
💡nak buat lab report/tugasan bertulis --> Google Docs (https://docs.google.com/)
💡nak buat graf/analisis data --> Google Sheets (https://docs.google.com/spreadsheets/)
💡nak buat presentation slides --> Google Slides (https://docs.google.com/presentation/)
💡nak buat lukisan/diagram --> Google Drawings (https://docs.google.com/drawings/)
💡nak tulis blog --> Blogger (https://www.blogger.com/)
💡nak mengembara satu dunia --> Google Earth (https://www.google.com/earth/)
💡sesat jalan --> Google Map (https://www.google.com/maps)
💡nak kongsi/simpan file --> Google Drive (https://drive.google.com)
💡nak e-mail -->Gmail (https://mail.google.com)
💡nak buat temujanji --> Google Calendar (https://calendar.google.com/)
💡nak cari/upload video--> Youtube (https://www.youtube.com)
💡nak cari jurnal/artikel --> Google Scholar (https://scholar.google.com)
💡nak buat catatan ringkas/idea --> Google Keep (https://keep.google.com/)
dan banyak lagi!
Tak ingat link takpa, hanya taip & cari produk di atas di browser anda, dan terus guna tanpa membuka akaun baharu.
Kebanyakan tool ini pula sangat compatible antara satu sama lain, contohnya Classroom+Docs+Sheets+Forms+Calendar+Drive
Jom manfaatkan Google Online Tools untuk Bekerja/Belajar dari Rumah dengan pemanjangan tempoh MCO ini.
Semoga sentiasa produktif.

Selasa, 24 Mac 2020

Google Certified Educator Level 2

Alhamdulilah, saya lulus Google Certified Educator Level 2 pagi tadi.
Mula menjawab 7:40 pagi, masa diperuntukkan 3 jam.
Saya ambil kesempatan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Khamis lepas untuk ulang kaji di https://edu.google.com/.
Bayaran USD25, exam ready dalam masa 24 jam selepas pembayaran dan kena akses dalam masa 7 hari.

Soalan-soalanya lebih mencabar dan teknikal berbanding Level 1.
Saya dapat 25 soalan aneka pilihan dan 12 tugasan.
Kesemuanya merangkumi pelbagai senario penggunaan produk Google dalam pendidikan.

Antara tugasan-tugasan yang saya terima ialah
- membina Sites untuk kursus yang diajar
- membina Sites untuk portfolio pelajar
- membina Blogger untuk tugasan kolaborasi pelajar
- membina YouTube playlist
- membuat Appointment Slot pada kalendar
- berkongsi destinasi pada Google Map
- membina Pivot table dari Sheets data pelajar yang diberi
- mengubah suai Docs bagi tujuan penulisan silibus
- membina borang tinjauan dengan Forms
- membina kuiz autograding dengan Forms

Ada tugasan yang saya tak pernah buat, tetapi sempat untuk saya google kan cara-caranya.
Apapun, sebab mungkin saya terbiasa dengan produk-produk Google, jadi tiada masalah untuk navigate struktur produk-produk Google.

Jadi, saya ambil ujian ini untuk mengukur kompetensi dalam penggunaan produk Google for Education.

Walaupun saya pengguna peranti Apple, untuk tujuan kerja saya gunakan Google kerana UPSI melanggan GSuite for Education.
Lagipun Apple for Education hanya terhad untuk pengguna gajet Apple, sedangkan Google lebih umum untuk semua tak kira pengguna Apple, Windows, Android dan Chromebook.


Paparan keputusan Exam 5 minit selepas Submit.
OK, sasaran berikutnya ialah Google Certified Trainer ^_^

Ahad, 15 Mac 2020

Google Certified Educator L1

Saya menduduki Ujian Google Certified Educator L1 pada 1 Mac 2020.
Alhamdulillah Lulus.
Bayarannya USD10 (~RM45).

Kenapa ambil ujian GCEL1?
UPSI menyediakan akaun google bagi staf dan pelajarnya menggunakan Google for Education.
Saya mengambil peluang ini untuk memanfaatkan Google Classroom GC dalam mengendalikan kuliah saya.
Saya dapati ia amat mudah digunakan.
Banyak perkhidmatan Google seperti Calendar, Form, Sheet dan Keep memudahkan urusan saya.
Jadi, saya ingin mengukur kompetensi saya dengan ujian GCEL1.
Setelah mengikuti latihan percuma melalui https://teachercenter.withgoogle.com, dan merujuk pengalaman GCE yang lain, saya daftar untuk ujian.

Apakah format ujian?
Ujian dijalankan dalam 3jam.
Selepas daftar, kita kena duduk ujian dalam masa 3 hari.
Pilih masa yang kita lapang, tetapi bila kita mula, kita kena habiskan dalam masa 3 jam.
Jadi, pastikan dalam masa ujian, internet kita stabil dan tiada gangguan.

1- Ujian dilakukan dalam mode incognito di Google Chrome.
2- Log in ujian menggunakan akaun yang dibekalkan.
3. Webcam sentiasa aktif, kerana sistem akan snap gambar secara rawak semasa ujian untuk memastikan tiada penipuan seperti orang lain yang menjawab.

Ada soalan objektif dan soalan tugasan.
Soalan tugasan memerlukan kita menyelesaikan tugasan-tugasan seperti membuat Google Site, menetapkan temujanji dengan Google Calendar dan menetapkan Task dalam GMail.

Saya mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk selesai menjawab, dan selebihnya untuk menyemak jawapan.

Untuk yang berminat mengambil GCEL1 ini, saya sarankan
1- Guna dua monitor/skrin. Satu skrin untuk paparan soalan, dan satu skrin untuk mencari jawapan. Kadang-kadang kita lupa langkah untuk tetapkan event dalam Calendar, jadi boleh rujuk site. Ujian ini jenis open book, mengukur kemahiran digital kita.
2- Pastikan tiada gangguan sewaktu ujian.
3- Baca soalan dengan teliti, kerana ada trick dalam soalan/tugasan yang diberi.

Setelah tamat ujian, keputusan diperolehi lebih kurang 5 minit.

Ujiannya susah?
Bagi saya agak mudah, tetapi mencabar.
Saya sudah menggunakan GMail, GCalendar, GForm, GDoc, GSheet dan lain-lain dalam tugasan harian saya.
Jadi, saya tidak kekok untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Sekarang, saya layak menggunakan ikon berikut ^_^
Langkah berikutnya, mengambil GCE Level 2.

*lama tak kemaskini blog ^_^;


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...