Ahad, 15 Mac 2020

Google Certified Educator L1

Saya menduduki Ujian Google Certified Educator L1 pada 1 Mac 2020.
Alhamdulillah Lulus.
Bayarannya USD10 (~RM45).

Kenapa ambil ujian GCEL1?
UPSI menyediakan akaun google bagi staf dan pelajarnya menggunakan Google for Education.
Saya mengambil peluang ini untuk memanfaatkan Google Classroom GC dalam mengendalikan kuliah saya.
Saya dapati ia amat mudah digunakan.
Banyak perkhidmatan Google seperti Calendar, Form, Sheet dan Keep memudahkan urusan saya.
Jadi, saya ingin mengukur kompetensi saya dengan ujian GCEL1.
Setelah mengikuti latihan percuma melalui https://teachercenter.withgoogle.com, dan merujuk pengalaman GCE yang lain, saya daftar untuk ujian.

Apakah format ujian?
Ujian dijalankan dalam 3jam.
Selepas daftar, kita kena duduk ujian dalam masa 3 hari.
Pilih masa yang kita lapang, tetapi bila kita mula, kita kena habiskan dalam masa 3 jam.
Jadi, pastikan dalam masa ujian, internet kita stabil dan tiada gangguan.

1- Ujian dilakukan dalam mode incognito di Google Chrome.
2- Log in ujian menggunakan akaun yang dibekalkan.
3. Webcam sentiasa aktif, kerana sistem akan snap gambar secara rawak semasa ujian untuk memastikan tiada penipuan seperti orang lain yang menjawab.

Ada soalan objektif dan soalan tugasan.
Soalan tugasan memerlukan kita menyelesaikan tugasan-tugasan seperti membuat Google Site, menetapkan temujanji dengan Google Calendar dan menetapkan Task dalam GMail.

Saya mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk selesai menjawab, dan selebihnya untuk menyemak jawapan.

Untuk yang berminat mengambil GCEL1 ini, saya sarankan
1- Guna dua monitor/skrin. Satu skrin untuk paparan soalan, dan satu skrin untuk mencari jawapan. Kadang-kadang kita lupa langkah untuk tetapkan event dalam Calendar, jadi boleh rujuk site. Ujian ini jenis open book, mengukur kemahiran digital kita.
2- Pastikan tiada gangguan sewaktu ujian.
3- Baca soalan dengan teliti, kerana ada trick dalam soalan/tugasan yang diberi.

Setelah tamat ujian, keputusan diperolehi lebih kurang 5 minit.

Ujiannya susah?
Bagi saya agak mudah, tetapi mencabar.
Saya sudah menggunakan GMail, GCalendar, GForm, GDoc, GSheet dan lain-lain dalam tugasan harian saya.
Jadi, saya tidak kekok untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Sekarang, saya layak menggunakan ikon berikut ^_^
Langkah berikutnya, mengambil GCE Level 2.

*lama tak kemaskini blog ^_^;


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...